30 March 2011

Best Wishes




Hari ini tergerak nak mem “blog” kan beberapa message yang di hantar oleh kawan kat handphone aku. Lama dah biarkan message-message ni dalam hanphone. Kalau masukkan dalam blog, boleh lah jugak share dengan orang-orang lain. Manalah tahu, memanfaatkan orang lain. Daripada berzaman dekad dalam memory handphone ni. So, enjoy!
  


Ya ALLAH,
Sentuhlah hati saudara ini, saat dia jauh darimu.
Peluklah hatinya saat dia mencintai sesiapa lebih darimu,
Pelihara imannya selalu, agar dia tidak goyah ketika dugaan bertamu,
Dan tak gentar ketika cubaan bertalu-talu.
Engkau jaga dan sayangilah saudaraku ini ya ALLAH,
Kerna aku tahu engkau akan menjaganya dengan lebih baik.
Salwa Sawari

Hati manusia boleh diumpamakan seperti ikan dilaut.Semasa hidup, semasin mana pun laut takkan masin isi ikan. Namun, apabila ikan sudah mati, secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya. Hati yang hidup akan resistant dalam persekitaran jahilliyah tapi hati yang mati, suasana jahilliyah sikit pun mampu menghayutkan ia. Hati yang dipilih ALLAH tentulah hati yang menyesali dosa-dosanya.
                        Shark

Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginnanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, bukan ALLAH tak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan NYA.
Anonymous  

Bila hati diserah kepada ALLAH, tak ada resah dan gelisah, bila apa yang diburu hanyalah mardhotillah, hilang rasa gundah dan hidup rasa indah. Jadikan ALLAH sebagai pergantungan setiap saat agar dia sentiasa melindungi kita, semoga sentiasa dalam jagaan Tuhan.
Asma’  

Dah ! cukuplah 4 rangkap. Yang lain-lain boleh buat next entri. Haha. Bila rasa hati ini sering diuji dan di beri dugaan, aku selalu baca semula messages ini untuk tenangkan hati dan dalami semula segala hikmah yang ada. Mungkin sebab kita selalu lupa benda yang kita tahu. We just need something to remind us back ! (^^,)V

p/s: copy paste di benarkan. Ada ke yang nak copy?  






No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments