08 January 2011

Lelaki Tunjuk Pandai? Ok With Me!

 


Masuk minggu ketiga dalam sem ini, dah 2 kali motor rosak. Arghh.. satu cabaran untuk aku bila motor rosak. Banyak hal yang tak dapat nak beres on time. Semua jadual lari dek kerana makan masa berjalan kaki. “eleh, orang lain dah berkurun kot jalan kaki, boleh je survive..!” hahaha. Pada muka aku bila aku mengeluh pasal penat jalan kaki kat member-member. Tak apelah, dugaan kita berbeza-beza.





Ini masalah motor yang orang duk panggil SCOOTER. Argghh. Peristiwa-peristiwa motor rosak ini yang membuatkan aku lebih memahami fakta mengenai scooter. Meh nak cerita sikit.

      1)      Cara untuk menghidupkan enjin adalah sangat senang. Hanya dengan tekan satu button dan brek tangan, enjin boleh ter”start” dengan jayanya.

       2)      Scooter ni tak ada gear dan rantai motor ye. Harap maklum.

      3)      Di saat-saat genting, kita juga boleh startkan enjin motor ini dengan menggunakan kaki. Tapi pemijaknya di belakang ya.  Cari kat tepi macam motor biasa memang tak akan jumpa.

      4)      Scooter juga kelihatan sangat sopan kalau ditunggang oleh gadis berbaju kurung. Macam aku. Ini pandangan aku je. Haha

      5)      Scooter memang banyak menggunakan tenaga dari beteri. Dan Scooter Passion 125 Modenas baterinya terletak di bahagian hadapan tempat letak kaki penunggang.

      6)      Baterinya akan tercas dengan sendiri kalau kita kerap kali menggunakanya. Dan juga, akan ternyahcaskan kalau kita dah berkurun tak gunakannya.

      7)      Air bateri tak boleh ditambah-tambah seperti bateri kereta ye. Air bateri itu datang dalam satu kotak sekali dengan baterinya.

      8)      Dan, bateri itu boleh juga dicaskan menggunakan tenga elektrik, tapi bawa motor ke workshoplah. Tak pandai pula nak pasang plag sendiri. 

      9)      TAPI kalau dah kekeringan air dalam bateri tu, jangan haraplah nak cas-cas. Sila beli bateri baru! RM98! Harap maklum juga.



Berbalik pada cerita aku tadi, oleh kerana sebab yang ke 9 tu, membuatkan aku positive yang air dalam bateri itu masih ada dan kalau aku bawa pergi ronda-ronda sampai ke JJ Wangsa Maju, maka bateri itu akan eloklah seperti sediakala. Optimist kan? Ada juga 2 jam aku meronda sekeliling Gombak ini.

Malam itu aku dah memperjudikan nasib aku menunggang motor aku, yang aku pun tak pasti boleh start atau tak enjin dia. Roommate ajak makan kat kedai makan luar kampus. Nak tukar selera kata dia. Aku pun ok je. Lagipun motor ni dah lama tak bawa keluar jalan jauh. Sekali boleh start enjin dengan yakinnya aku bawa keluar jalan-jalan. Biasalah, memang perempuan disinonimkan dengan “berfikiran pendek”. Ha, itulah! Sedang elok je dah abis makan, nak balik kampus semula boleh la plak motor ni berdrama dengan aku. Tak boleh nak start enjin tuh! Malunya bukan kepalang! Dahlah parking depan kedai je. Bila dah terkial-kial tak boleh nak start mulalah orang pandang-pandang. 

Sebernanya aku rasa, aku mampu je nak startkan enjin motor tu guna pemijak kaki. Tapi, perasaan cemas, malu, segan, orang pandang dan segala perasaan yang lain membuatkan tak boleh pula nak start motor ini. Ini part yang agak best nak cerita. Tiba-tiba adalah seorang mamat datang offer nak try startkan enjin. Ini buatkan bertambah malu lagi. Dia pun try, try dan try lagi. tak boleh jugak. Ok. Saat ini aku dah tak rasa malu sangat. Sebab bukanlah aku nie lemah tak boleh nak startkan enjin motor ini. Lepas itu, dia ajak lagi geng-geng motor dia tengok-tengokkan motor aku.  

Nasib baik, ada kawan dia yang tahu serba sedikit mengenai motor ini dengan jaya dan kembangnya dapat hidupkan enjin motor ni. Fuhh.. selamat aku nak balik kampus. Ribuan terima kasih untuk mamat motor ni. Kalau lah tak ada mamat motor, macam mane nak balik? Malam-malam pulak tuh! Eish anak dara ni! 

Balik dari kedai makan tuh, apa lagi gelak sakanlah kawan-kawan aku yang lain. Sangat sakan ye! Tak apa. Ini juga satu pelajaran untuk aku belajar. Walaupun dah jadi untuk kali kedua. Dari dulu lagi, kalau aku ke mana-mana, baik dengan keluarga atau dengan member-member, aku cukup mengelak untuk terserempak dengan mamat-mamat motor ini. Jangan haraplah nak dapat sekelip pandangan dari aku bajet hot. Sebab terlalu banyak dah media memburukkan mereka. Dari merekalah puncanya masalah social, dari merekalah masalah rempit dan seribu satu masalah lagi.


Tapi, malam itu dah mengajar aku sesuatu. Mungkin mereka bukanlah salah satu dari seperti  yang media katakan selama ini. Mungkin nasib aku baik berjumpa dengan mamat motor yang “baik”.  Mereka juga ada adik perempuan, ada ibu juga, atau mungkin ada isteri. Mungkin so called mamat motor ini, ada yang cukup solatnya, hormat orang tua. Peka dengan masalah sekeliling, prihatin.  Pendek kata, jom didik hati jangan terlalu berpegang dengan “kerana nila setitik rosak susu sebelanga.” Dan juga, “don’t judge a guy by its motorcycle.” Haha. Dah! Jom, leburkan RM98! (^^,)v

3 comments:

  1. gaya penulisan anda bagus.. syok gak bace entry2 awak... errmmmm tapi punggung dah kebas, nak gi mandi jap. :)

    ReplyDelete
  2. hahahaha btul tu~!! xsume mmat motor ney jhat sbnarny... ade yg baik, jge solat tpi rmai yg xnmpak cs lgi rmai yg jhat dri yg baik... :)

    ReplyDelete
  3. pengalaman ni mngajar jgn "stereotaip" pd insan...

    ReplyDelete

Intense Debate Comments