31 December 2010

Bila Semua Orang Berkata-kata Mengenai Bola..



Jutaan terima kasih kepada semua pemain bola sepak Negara yang menang piala Suzuki semalam. Memang aku tak pernah pun appreciate player bola sebab aku bukan minat atau menonton bola. Tapi, oleh kerana diorang menang hari itu membuatkan satu Malaysia cuti hari Jumaat ini! 

“eleh, setakat cuti satu hari, tak effect pon hidup aku”


27 December 2010

Pendidikan Seks : Wajar?





Nabi bersabda, “Sungguh, kamu akan mengikuti (dan meniru) tradisi umat-umat sebelum kamu, bagaikan bulu anak panah yang serupa dengan bulu anak panah lainnya. Sampai kalaupun mereka masuk ke lubang dhob niscaya kamu akan masuk ke dalamnya pula.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, orang-orang Yahudi dan Nasranikah?” Beliau menjawab, “Lalu siapa lagi.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Pagi tadi, bangun saja dari tidur hati aku terus tak tenang. Aku rasa gelisah memikirkan apa yang akan jadi dalam 5 hingga 6 tahun akan datang. Ini semua gara-gara aku stay up, blog walking. Ditakdirkan aku jumpa satu blog yang menceritakan kewajaran pendidikan seks disekolah. Masuk entri itu, dah dua kali penulis bercerita pasal ini. Kali ini gambar yang dipaparkan sangat terbayang-bayang di dalam otak aku ini. Blog ini memang agak politik sikit. Tapi aku ambik the positif side. Tak pula ikut mana-mana pihak. Aku tak nak linkkan blog dia. Sebab aku rasa banyak entri dia yang agak keterlaluan. Tapi entri itu, sangat merisaukan aku. 


26 December 2010

Sempit





Sudah 2 minggu kulliyah start. Weekend kedua barulah berpeluang untuk balik rumah. Menjenguk umi dan ayah di rumah. Melihat wajah ibubapa antara 5 perkara yang apabila kita lihat, kita dapat pahala. Mudah kan? Jadi, aku pun mengambil kesempatan yang tidaklah berapa nak sempat untuk balik rumah. 

Aku sedia maklum dah kalau balik hari jumaat, selepas ofis hour keadaan yang sangat sesak pasti akan terjadi di KL central stesen komuter. Kalau difikirkan keadaan ini, memang berat sangatlah kaki nak balik rumah. Tapi tak apa, bukan selalu pun aku bersesak-sesak macam ini. 


21 December 2010

Pemergiannya Terasa


mas afzal dan ibunya


Beberapa hari yang lepas, aku dikejutkan dengan pemergian seorang aktivis Islam yang aku kenali masa hadiri program D.I.A anjuran ataphijau. Entri yang aku pernah tulis tentang camp aku pergi dan kenapa aku tonton cerita Transformer. Dan salah seorang daripada main penceramah adalah Mas afzal. Seorang doctor tempatan yang belajar di luar Negara. Oleh kerana camp ini dianjurkan oleh pelajar Malaysia yang belajar luar negara, mas afzal ini bagaikan tidak asing untuk mereka. Insan yang selalu memberikan kata-kata semangat untuk meneruskan perjuangan dakwah Islam walau apa jua keadaan.


19 December 2010

Aurat : Sejauh Mana Kita Bertindak?



Sekarang ini, sudah banyak sangat artikel-artikel atau blog-blog yang menulis, mengutuk, mengeji, menunding jari, tentang aurat wanita, perilaku wanita, atupun mangsa-mangsa rogol  yakni wanita. Pendek kata, segala tentang perkara buruk yang dilakukan oleh wanita. Dan kebanyakkan yang menulis adalah dari golongan lelaki. Don’t get me wrong here. Aku bukan nak jadi feminism, tapi aku agak terkilan. Ini catatan aku. Ini pendapat aku. Aku harap ramai lelaki yang membaca.


Intense Debate Comments