30 September 2011

Islam ke Kejuruteraan Ni?




Masa mula-mula masuk UIA ni ada satu rasa double standard pada student yang ambil bidang keislaman dan sains. Yelah, UIA sendiri suatu ketika dulu memang unggul dengan bidang-bidang yang jelas dekat pada ilmu-ilmu Islam. Contoh macam ilmu wahyu, usuluddin dan juga syariah. Jadi bila bidang kejuruteraan atau pun sains computer atau pun yang paling mudah bidang mass comunitcation mula diserap dalam UIA ini, macam mane nak relate dengan Islam? Pasti ke yang semua ilmu ni adalah diperlukan dalam Islam? 

Buat aku terfikir bila berkawan kawan-kawan yang ambil bidang usulluddin atau syariah ni yang selalu dengan Quran. Selalu je rujuk tafsir. Dah tu, aku belajar segala bagai rumus ni, mana ada dalam Quran. Yeke?  

Ada satu subjek dalam pengijazahan aku dalam Biochemical-Biotechnology Engineering ni iaitu subjek "Seminar". Actually, semua majoring dalam Kulliyyah Engineering ada subjek nih. Apa yang aku rasa istimewanya seminar untuk major aku adalah, aku semakin dapat “relate”kan apa kepentingan pembelajaran aku dengan Islam.

Dan aku bolehlah konon-konon rasa penting juga kewujudan student course aku disamping student yang ambil usulludin atau syariah etc. dan tanpa wujudnya graduate macam dari majoring aku suatu hari nanti, susah sikit nak praktikan apa yang ada dalam Quran tuh.

Satu subjek yang aku rasa best, adalah "Genetic Engineering". Dalam subjek nih, aku akan belajar bagaimana nak gunakan gene dari sumber lain (khinzir, kuda, etc) untuk dijadikan ubat, makanan, ataupun bahan mentah lain. Dan kadang-kadang ada je hanya pada khinzir sahaja gene itu boleh digunakan untuk mengubati. Contohnya macam insulin yang orang guna untuk ubati diabetis. 

Kalau dulu, memang sah-sah ambil dari unsur khinzir. Tapi, dengan adanya technology, kita boleh imitate insulin ni dan ubati diabetis. Itu salah satu contohlah. Kalaulah tiada kepakaran dari subjek begini, sampai bila-bila pun orang akan terus guna insulin untuk mengubati diabetis. Kan? 




Seminar ini membuka minda aku untuk apa jenis research yang aku boleh buat untuk terus menjana umat islam tanpa khinzir. Ada satu cara penggunaan gene khinzir, tapi pada akhir proses itu, tiada lagi gene khinzir yang terlibat. JAKIM masih lagi mengambil masa untuk selidik boleh atau tidak, halal atau haram penggunaan seperti ini. Ha… saat ni aku rasa kalau JAKIM tiada orang yang berkepakaran dalam penyelidikan seperti itu, mesti ramai scientist dah kencing JAKIM. Eh, terkasar disitu.. mesti ramai scientist dah tipu JAKIM. Sama ada tipu sebabkan keuntungan ataupun personal interest. 

Sekarang banyak dah Halal Research di Malaysia ni. Di universiti penyelidikan biasanya mesti ada, seperti UPM dan juga UKM. UIA pun ada dan kebanyakkan researchers dalam tu adalah dalam kalangan lecturer aku. 

Bukan nak belagak dengan department sendiri. Aku hanya mencari-cari sinar keislaman dalam pendidikan aku. Walaupun aku tahu bahawa segala jenis ilmu adalah datangnya dari Allah, tapi sejuh mana kita yakin dan kita mampu untuk mempraktikannya? 

Hari itu, ada lecturer aku “Transport Phenemona” bercerita tentang anaknya yang baru gred lapan. Ala-ala darjah dua agaknya.

“dad, who ever believe  newton 1st law is syirik”
“why did you say that?”
“because it stated that, energy can’t be made nor destroy. But it is contradict with Islamic principle. Only Allah can’t be destroy.. ”

Haa.. Nampak tak? Kalau kita percaya je segala jenis law yang ada dalam buku teks kita, mungkin serba sedikit lari lah aqidah kita. Tapi terpulang gak dengan sejauh mana kepercayaan kita tuh. 

Lecturer tu jelaskan bahawa, memanglah energy tidak boleh dicipta dan di musnahkan. Ia hanyalah boleh transform dari satu bentuk ke bentuk yang lain. Tapi itu pada level kita sebagai manusia. Tapi pada level ALLAH yang lebih agung, memusnahkan energy pasti perkara yang mudah. Sangat mudah.

Ilmiah sikit entri kali ini. Jom cari relationship antara Islam dan apa yang kita belajar sekarang. Tak kiralah nak jadi akauntan ke, nelayan ke, perniaga ke, cleaner ke. Mengislahkan setiap pembelajaran kita InsyaALLAH kan meningkatkan mutu muslim pada masa akan datang. Tak mudah Islam di perkotak katik kan dan di permainkan Islam dan muslim itu sendiri.




Nak jadi macam albert einstain? 

“I left my god outside my laboratory door”



Ermmm…..  (^^)





No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments