02 July 2011

Istimewanya Muhammad





Sementara tunggu gap exam yang ada lebih kurang 4 hari, aku terpanggil untuk memenuhkan hari-hari dengan bukan hanya menelaah buku je. Decision science subject untuk aku exam hari ahad ni. Tapi memang tak sanggup nak mengadap buku selama 4 hari in row. Tapi bukan ar bermaksud aku mampu untuk score tinggi-tinggi. It is just not me. 

Senior di UIA ni offer untuk jadi baby sitter kepada seorang fellow merangkap doctor gigi di UIA ni. Aku tanpa berfikir panjang, terus terima offer dia. Niat hati just ikhlas sebab nak pengalaman baru jaga baby orang. Tak sangka pulak ianya dikira sebagai di upah.

Malam sebelum hari kejadian, aku macam mengelabah tak tentu pasal. Pastu roommate aku siap pelik cakap, “nape ain macam excited lain macam je malam ni?” hohoho. Risau gak nak jaga anak orang. Kalau anak buah ke, sepupu ke, ok lah jugak kan? Boleh gak sekeh-sekeh kepala sikit kalau degil. Ini anak orang lain. Anak orang yang tak ada kene mengena dengan darah daging aku. Mula fikir, nak bawa coklat ar, tapi mak dia dentist, mesti payah sikit pasal coklat-coklat ni. Ok, nak bawa game ar, leh ajar dia main angry bird. Wow ! lupa pulak aku tak ada laptop, iPad apatah lagi. Tak apalah, pergi tangan kosong je lah. First experience kan? Tak dapat nak agak apa-apa. 



Sampai-sampai je kene tunggu kat luar dental. Maklumlah, excited. Datang awal sikit. Bila doctor sampai je, “farahin ke nih? Dah lama sampai?” sambil dukung anak dia. Memang aku ni di jamu pada mata dia atas ke bawah. Memang nak scan habis-habis untuk anak dia. “ye saya. Taklah, baru je sampai”. Ok, masuk ke dalam dental. Duduk dengan tenang.  Tak sabar nak dukung anak dia. Gebu + comel + putih melepak + chubby = nama dia Muhammad.




Keadaan dalam klinik sangat tenang. Tambah-tambah pula dengan pendingin hawa yang memang sedap suhu je untuk pagi tu. 

Anak saya ni sakit. Sebab tulah mintak ada orang jagakan time saya rawat patient. Bukan nak suruh buat apa pun, tengok kan masa saya tak ada. At least kalau jadi apa-apa, ada orang bersama dia.”

Ok, Farahin berlagak tenang.

“farahin jangan risau, saya ada je kat sini. Farahin perlu teman kan dia je. Tak perlu buat apa-apa. Saya ada. ”

Owh, lagak tenang tak menjadi. Ok, cool plak.

nah, cuba pegang dia. Tangan kena support bahagian leher. Tengkuk dia tak kuat lagi. Walaupun umur dia dah setahun, development dia agak slow sikit. Bila dia dalam keadaan terkejut (sawan), usap mata dia macam ni. Peluk dia. Kalau tak larat boleh je letak kat bawah. Usap dan tepuk-tepuk sikit badan dia.”

Fuhhh..! Mood tukar menggelabah.

“dia dulu lahir normal je, tapi ada kejadian di nursery, jatuh sampai tertelangkup. Masa tu baru umur 5 bulan. Errmm.. Tuhan nak uji sikit saya dan suami. Bersabar lah sikit kami sekeluarga. Sedih dah tak larat dah. Yang penting saya dan suami optimis. Mesti ada penawar untuk anak ni. Lagipun, dia bayi lagi, sel-sel dia masih aktif berkembang, insyaALLAH boleh sembuh sepenuhnya. ”



Wow ! memang tak terfikir lah pulak sangat istemewa pengalaman aku hari ni. Bukan hanya bertemu dengan bayi yang sangat comel tapi juga seorang ibu yang gigih dan tak pernah kenal erti kalah. 

“saya dah 5 bulan cuti, ni hari pertama masuk kerja. Jaga dia kat rumah lah. Memang susah dah nak percaya nursery jaga anak. Biarlah saya jaga sendiri. ”

Aku dah kembali tenang masa ni. Muhammad baik je. Tak cerewet. Ada juga sekali dua dia terkejut. Tapi, sikap tenang doctor, buat aku pun turut sama tenang. Sikit-sikit aku dah mula tahu bila dia akan mula terkejut. Kalau dah ada tanda-tanda tuh, terus je angkat dan peluk dia. Usap-usap dan biarkan dia tenang.

Sayu.








Pandang Muhammad macam tak pernah habis. Bayi kan? Pasti ada satu ketenangan bila tengok bayi. Tapi di sebalik ketenangan Muhammad, ada  satu kekuatan yang tak mungkin ada pada insan lain. Ibunya sendiri. Gigih dan tetap tabah hadapi dugaan untuk anaknya. Kasih ibu membawa ke syurga. Muhammad sekarang dah banyak perubahan. Kalau dulu, terkejut nya lebih kerap. Sekarang dah sangat kurang. Tapi, trauma nak tinggalkan dengan sebarangan orang. Doctor still jaga sendiri. Berharap agar Muhammad akan terus bertambah baik dan sihat lincah macam anak-anak kecil yang lain.




Aku? Terfikir, kalau aku berada di tempat doctor, nak tabah satu hal. Nak menghadapi satu hal lain. Mungkin itu yang aku belum ada. Naluri dan sifat keibuaan yang sangat tinggi pada anak-anaknya. 





Hari ini aku puas, walaupun aku hanya keluar lebih kurang 300 meter dari bilik aku, seakan aku melihat the other side of the world. Tuhan maha adil. Di adakan satu ujian yang hebat, tapi ada seorang hamba yang lebih kuat untuk menghadapi. Ah, wanita yang menghayun buaian itu mampu menggoncang dunia kan?

Bila ada patient je, doctor terus keluar, tinggalkan aku dengan Muhammad. Meneruskan khidmatnya sebagai seorang doctor gigi. Melayan karenah pelajar dan staff berkenaan dengan bidang professionalnya. Really impressed ! 





 
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

(Al-Ankabut: 2-3)



p/s: kalau apa sahaja ujian dihadapkan pada aku. Aku harap, aku bersabar ..... dan terus sabar.











No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments