27 July 2011

Review Filem: Perempuan Berkalung Serban




Malam tadi pertama kali aku menonton filem di TV alhijrah. Bila dah duduk rumah barulah nak berjinak-jinak dengan channel baru di astro nih. Perempuan Berkalung Serban ini adalah cerita lama dari Indonesia. Aku dah dengar pasal cerita ini lama dah. Dan dulu pernah di “banned” dari di tayangkan di Malaysia. Mungkin sebab nilai perjuangan hak wanita yang agak ekstrem dalam filem ni.

Aku pelik mulanya, kenapa pula boleh ditayangkan sekarang? Mungkin masyarakat dah mula faham apa sebenarnya yang diperjuangkan dalam filem tu. Bila menyentuh soal sensitivity jantina ini, membuatkan aku sangat semangat untuk menonton filem ni. Siap buat reminder 2 minggu awal. Haha..



Cerita berkisar tentang seorang anak perempuan bernama Anissa anak kepada kiyai (ustaz) yang mengendalikan sebuah pesantren (sekolah pondok). Sejak dari kecik sangat suka mempersoalkan perbezaan layanan yang diberikan oleh ayahnya berbanding dengan abang-abangnya. Contohnya, kenapa si abang boleh bermain kuda sedangkan dia tidak dibenarkan? Kenapa hanya lelaki yang boleh menjadi ketua kelas sedangkan dia mendapat undian tertinggi? Semakin besar, dia semakin pelik dengan pembelajaran yang dihadapinya hanyalah melebihkan lelaki berbanding perempuan. Sedangkan dalam ajaran Islam tidak begitu. Sehinggakan ayahnya tidak membenarkan dia sambung belajar di YogYa hanya kerana dia tidak mempunyai mahram untuk menemaninya belajar di situ.



Anissa akhirnya dinikahkan dengan anak kepada ustaz yang banyak membantu ayahnya membangunkan pesantren. Malangnya nasib anissa kerana suaminya yang garang dan menyalahgunakan kuasa sebagai seorang suami ke atas Anissa.  Di sinilah bermulanya perjuangan Anissa dalam memperjuangkan hak-hak wanita. Anissa juga mempunyai seorang sepupu yang belajar di Kaherah dan sedia maklum dengan kongkongan di pesantren yang di hadapi Anissa.  Namun pemergiannya ke Kaherah menyebabkan dia tidak berkahwin dengan Anissa pada mulanya.

Setelah diceraikan oleh suami pertama, barulah Anissa meraih cinta dari sepupunya, yang sangat memahami apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh Anissa. Watak Khodori ini menunjukkan sifat seorang suami yang menjadi idaman setiap wanita. Sentiasa menyokong selagi benar perjuangan Anissa dan sangat memahami penderitaan Anissa. 



Sedikit sebanyak, begitulah synopsis dari cerita itu. Kalau nak tahu the whole story trylah cari untuk di download mana-mana atau di youtube pun ada. 

Pengajaran yang aku dapat dalam filem ini ialah, sehingga kini tak semua wanita atau golongan isteri tahu akan hak mereka sebagai seorang perempuan atau isteri. Selalu menggunakan alasan anak dan nafkah membuatkan mereka terus terusan hidup dalam kongkongan atau deraan para suami. Mungkin ini adalah sebabnya kenapa adanya kes-kes simbah asid ke muka isteri. Kes dera isteri. Dan seribu satu lagi kes-kes yang sehingga parah barulah di hadapkan ke mahkamah.

Cerita ini mengajar aku untuk berdiri teguh di atas kaki sendiri dan tidak mengharapkan belas kasihan lelaki semata-mata. Feminism? Tak pulak. Tapi lebih pada berdikari dan memperjuangkan hak. Ini semua bagi mengelakkan masalah mengambil kesempatan ke atas kelemahan wanita. 





Dan kalau kita perasan sememangnya wanita adalah sekadar alat dan selalu di eksploitasi oleh masyarakat. Rogol, ragut, simbah asid di jalanan, dera, bunuh, pelacuran, semua inilah jenayah yang memangsakan wanita. Nampak kan betapa lemahnya wanita.  Memang kita tiada pilihan lain, selain daripada terus menuntut ilmu tentang hak wanita dalam Islam dan bijak menangani masalah seumpamanya. 

Aku harap, diri aku, keluarga dan sahabat handai aku dijauhkan dari jenayah ini. Amin.         


“jangan sebut aku perempuan sejati jika hidup hanya berkalang lelaki.tapi bukan bererti aku tidak memerlukan lelaki untuk aku cintai. ”
Ontosoroh






No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments