Lebih kurang beberapa hari je lagi ramadhan akan ketuk pintu kalender kita. Dan kali ini mungkin tak ada satu hari pun aku akan berbuka puasa atau bersahur di UIA. Memang sedang elok je cuti kali ini lengkap sebulan puasa di rumah. Kalau ramadhan lepas, aku tak dapat pun berpuasa pada hari pertama dirumah, tahun dapat balas dendam..haha *devil.
Setiap kali datang ramadhan, pasti ada unsur-unsur sentimental value yang membuatkan kita tersenyum atau terkenang keseronokan ramadhan. Nak-nak lagi zaman kanak-kanak. Zaman yang tak tahu apa-apa pasal masalah, dosa, pahala. Tahu enjoy je..! lepas tu tahu nak raya je. Anyhow, mungkin sebab berkat ramadhan itu sendiri, bulan barakah ini pasti membawa banyak erti pada umat Islam. Tapi as worldly matter, ada 5 perkara yang sangat seronok bila datangnye ramadhan.
Tarawih
Mana ada bulan lain yang ada solat sunat tarawih ni. Ramadhan satu-satunya bulan yang ada tarawih. Seronok kan? Tapi masalah umat sekarang, awal-awal ramadhan sampai tak cukup ruang nak solat tarawih. Tapi bila dah hujung-hujung ramadhan, tak cukup orang pula nak solat tarawih. Lepas tarawih ada moreh. Ini lagi lah moment best. Tapi selalunya, lelaki yang boleh moreh habis-habisan, yang perempuan agak malu plak untuk moreh-moreh ni.
Pasar ramadhan
Yang ni part kalau tak kawal boleh jadi membazir. Tapi memang tak boleh miss pasar ramadhan setiap tahun. Kalau tak hari-hari pon, mesti ada satu hari ke pasar ramadhan. Air tebu yang paling best ! tak tahulah kenapa. Sangat terliur dengan air tebu waktu berpuasa. Tapi kalau dah dua hari berturut-turut minum air tebu masa berbuka, esoknya kalau sakit tekak jangan tanya dah kenapa. Kalau ikut keluarga, murtabak paling perlu. Tapi taklah hari-hari. Aku paling berharap, walau dah semaju mana pun Negara kita, tolonglah jangan dimansuhkan bazaar nih.
Bertukar Juadah
Kalau bulan ramadhan eloklah kalau memanjang-manjangkan sedekah kan? Dan tak perlu tunggu kaya nak bersedekah kan? Itulah yang dilakukan di kawasan kejiranan. Mahu kehujung kampung nak bertukar juadah. Best lah bila ada juadah yang lain dari yang lain masa berbuka. Terbuka gak selera dengan masakan baru. Dulu aku antara anak yang boleh diharap untuk pergi hantar juadah-juadah nih. Masa tinggal di rumah teres dulu, satu line nak kena hantar. Bila dapat balasan yang paling syok. Huhu..
Sahur
Kalau bukan di rumah sendiri, aku malas jugak nak bersahur. Rasanya boleh je tahan kalau tak bersahur. Tapi terlepas pulak dengan keberkatan bersahur itu. Kalau di rumah, dulu adik dan abang aku paling tak boleh tahan. Dah lah makanan semua dah siap sedia hidang, lepas tu bile dikejutkan gosok-gosok mata je terus makan. Rasa pengotor pon ada. Hadoiai.. Tapi bila dah besar ni hygienic lah sikit.
RAYA !!
Memang ini saat yang paling ditunggu sejak 1 ramadhan lagi. Dan aidilfitri itu pun memang hari kemenangan pun untuk orang yang berpuasa kan? Bila bangun pagi 1 syawal tu ada rasa seronok yang tak terungkap meraikan syawal. Tapi bercampur baur dengan rasa kehabisan ramadhan. Mungkin rasa itu yang membuatkan ianya seronok. Bermaaf-maafan dan jumpa dengan sanak saudara yang lama dah tak jumpa. Ditambah pulak dengan halwa telinga lagu raya yang tak lekang asyik berkumandang di corong-corong radio. Fuuhh..belum masuk lagi dengan masakan dan juadah hari raya.. ok, nie kene masuk entri “5 kenangan syawal yang tak ada pada bulan lain”. Huhu
5 je perkara yang mampu aku coretkan untuk entri kali ini. Mungkin banyak lagi perkara dan kenangan yang ada pada bulan ramadhan. Dan mungkin juga ia berbeza-beza pada setiap individu. Bubur lambuk, tadarus setiap malam, qiyamulaiil, drama-drama dan lagu-lagu khusus di bulan ramadhan dan banyak lagi aktiviti pada bulan ramadhan yang menjadi budaya kita.
Tapi masa cuti-cuti semester dirumah ni, membuatkan aku rindu pula pada kemeriahan ramadhan di UIA. Errmm.. tak pelah, ada dua tahun lagi. Until then, jomlah kita bersedia untuk menghadapi bulan ramadhan kali ini. Kita pun tak pasti sama ada sempat atau tidak untuk menangguhkan ibadat kita ke ramadhan seterusnya. Best of luck ! (^^,)
[QS 2:183] Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,
p/s: tanggal 17 ramadhan 2 tahun yang lalu, Wan pergi meninggalkan kami semua. Huurmm, pasti tak lupa..
No comments:
Post a Comment