11 July 2011

BERSIH 2.0 : Peranan Pengundi Baru ?




Hari ini aku tak tahu macam mana aku boleh habiskan masa pagi aku ke satu seminar. Dahlah hari ahad, pagi-pagi pulak tuh. Anyhow, aku dapat something dari seminar itu. Something yang sangat precious untuk aku fikirkan dan timbangkan.

“Majlis Orientasi Pengundi Baru”. Macam tu lah lebih kurang nama majlis ini. Dan terang-terangan ini adalah anjuran UMNO. Tak kisahlah orang nak kata aku pro kerajaan atau tidak. Aku rasa ini adalah lubang-lubang untuk membuka fikiran aku memikirkan hal-hal politik dari dua pihak yang berbeza. Mungkin lebih dari dua pihak. Ermm...




Kalau di UIA aku di omok-omokkan dengan risalah pembangkang. Tapi bila balik rumah, ianya seakan-akan seimbang dengan darah yang mengalir dalam diri ini adalah dari keturunan UMNO. Aku tak lagi memihak pada mana-mana parti. Kalau tak takkan aku ke majlis orientasi PENGUNDI BARU. Aku cuba sedaya upaya untuk membuka minda dan menyeimbangkan antara emosi, agama dan bangsa dalam memikirkan masalah sekarang.

aman lagikah malaysia?



BERSIH seakan-akan mencetuskan ura-ura ke arah kejadian 13 MEI 1969. Dulu masa Selangor masih lagi di laksanakan Biro Tata Negara (BTN), aku dapat tahu betapa teruknya tragedy 13 Mei itu. Dan tidaklah sesekali aku ingin berada di situasi itu. Apabila suratkhabar bangsa asing berani mengutuk-ngutuk orang melayu. Bangsa asing berani mengugut pemerintahan melayu. Dan tuntutan mereka seakan-akan tidak lagi menghiraukan kedudukan mereka sebagai pendatang yang di muliakan oleh tuan rumah(orang melayu).

Namun melayu yang terkenal dengan sifat ketimuran, sopan santun, berbudi bahasa, mengamalkan adat-adat yang tinggi nilainya terus terusan menerima kehadiran bangsa asing dalam Negara ini. Hak-hak istimewa, pendidikan dan juga perkhidmatan perubatan semakin sama dengan tuan rumah sendiri.

Analogi mudah, bayangkan mak kita sendiri memberikan bilik yang lengkap berhawa dingin, katil dan tilam yang empuk, perkhidmatan pembersihan bilik hari-hari, makanan enam kali sehari kepada orang yang datang menumpang di rumah. Dan semakin lama, wasiat dalam pembahagian harta dan tanah juga akan dapat padanya. Marah atau tidak kita sebagai anak kandung dan pewaris jelas? Walaupun kita mendapat benda yang sama, tetapi persoalkan semula, siapakah dia?

Aku bukanlah ingin mencetuskan kemarahan pada mana-mana pihak. Tetapi lebih kepada mempersoalkan apakah peranan kita sebagai bloggers, vloggers, remaja, mahasiswa, pengundi baru, generasi yang bakal memimpin dan juga anak merdeka hasil daripada keringat orang-orang tua dahulu. Berdiam diri? Menyertai perhimpunan? Buat tak tahu? Atau terus score CGPA 4 flat? Hahaha (terlebih sudah)



Bukan masalah parti, point of view aku. Tetapi pada attitude manusia kini. Semua parti pasti menginginkan kejayaan, glory, gold, god, peace and of course lah power. Tapi apa je yang kita buat untuk dapatkan semua itu? Parti orang melayu sendiri, tiada beza aim untuk penubuhan sesuatu organisasi itu. Tapi mungkin dari segi pelaksanaan yang berbeza dan tidak dipersetujui semua. Di sini lahirlah perbezaan diantara kita. Dan kita, agree with the disagreement.

Pada aku sebagai pengundi baru, aku hanyalah memandang pada sahsiah dan pembawaan individu itu sendiri. Bukanlah pada jenis parti. Dan masalah kita sekarang adalah apabila pemimpin itu sendiri yang rasuah, masalah moral ataupun melanggar hukum-hukum Islam. Kalaulah UMNO masalahnya, takkanlah dahulu UMNO pernah berjaya menyakinkan British memberi kemerdekaan? Dan kalaulah PAS masalahnya, takkanlah Kelantan mampu menyekat iklan-iklan tanpa menutup aurat masuk ke negeri mereka? Tapi, segala alasan penolakkan sesuatu parti itu adalah pada pemimpin atau individu itu sendiri.  



Siapa sebenarnya yang lupa akan ketuanan melayu atau hak-hak mutlak melayu? Adakah pengundi ? atau pemimpin semasa sekarang ? Pemilihan calon ADUN hanya pada kroni. Latar belakang calon tidak berpendidikan tinggi. Rekod buruk calon. Politik wang dan kotor. Ilmu agama yang cetek. Memimpin dengan hanya membabi buta. Rasuah berleluasa dan masalah social terlepas pandang. Terus terusan menyalahkan pengundi yang leka dengan hak istimewa hari ini. Pengundi yang tidak sedar untung dan sebagainya. Tetapi, adakah pejuang di tahap pemimpin sendiri yakin tidak lupa diri? Bersusah payah seperti pemimpin dulu? Sanggup bersusah demi rakyat? Menjadi pertahanan awal ketika masalah menyerang rakyat? Menikmati susah bersama rakyat dan melayari senang juga bersama?

Kami adalah pengundi ciptaan pemimpin kini. Kami diberi keistimewaan belajar dan menikmati kehidupan itu dari pelbagai cara. Dan ini semua membuatkan kami berfikiran lain atau lebih luas. Atau kami semakin sedar apa yang terjadi di politik kini. BERSIH sememangnya banyak mendatang kemudaratan berbanding kebaikkan. Agenda disebaliknya sangat meenggerunkan. Tapi, rakyat seolah-olah tiada pilihan lain untuk menunjukkan ketidaksetujuan pada pimpinan kini. Andai itulah satu-satunya perjuangan yang mampu mengubah sesuatu, itulah yang lebih dari 100 000 orang berhimpun untuk BERSIH.



Kepada generasi hari ini yang akan memimpin hari esok. Tanggungjawab kita lebih besar dalam memacu Negara ke arah yang lebih islamik dan bermoral. Sememangnya Negara akan jadi seperti ini kerana pemuda pemudi kini yang rosak. Mengembalikan kesatuan dan keamanan Negara bukan lagi pada bahu mak ayah kita. Tapi atas kita untuk masing-masing memainkan peranan masing-masing.
Andai anda adalah pemimpin pelajar, pimpinlah dengan telus dan adil. Andai anda adalah pelajar yang dipimpin, tegurlah pemimpin yang salah. Janganlah terus leka dengan Akademi Fantasia, Mentor, Maharaja Lawak semata-mata. Anggaplah ianya cabaran dan bukan hidangan untuk dinikmati. Pemimpin yang hebat itu bermula dari memimpin gologan yang kecik dahulu. Kesenangan dan kemewahan juga adalah ujian bukan sekadar ganjaran. Jajahan orang kafir pada kita pada hari ini bukanlah perlu berkuda dan berpedang. Tetapi pada intelek dan pemikiran yang rosak dan itu adalah lebih bahaya dan merugikan.

“Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun.”

Kata-kata saidina Ali
     


   





No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments