05 October 2011

Wordless Wednesday











Lecturer aku pernah cakap yang kita ni dah terlalu banyak makan ayam. Apa-apa pun ada ayam. ayam di Malaysia atau di mana-mana pun khasiatnya dah kurang. Tambah-tambah lagi sebab ayam sekarang dah banyak kene inject. Cepat je besarnya ayam tu sebab nak tampung bekalan makanan di dunia ni.  Jadi apa jelah ada khasiat ada pada ayam tu. Lecturer aku lah yang kata. Aku kempen untuk diri aku je. hahaha..






4 days to go !!  Aja-aja fighting !!




Anak Perempuan Lebih Mencabar





Pergi ke staff room cari Mdm Dzun untuk consultation subjek Seminar, tiba dapat tazkirah pendek dari Mdm Dzun. Dahlah tak cari bahan untuk consultation tu, selamber je buat muka tak malu mintak Mdm bagi bahan. Suka suki.

Tengah tunggu-tunggu sambil madam cari bahan untuk di emelkan ke emel kitorang, tiba-tiba mdm keluar tajuk tentang kegusaran dengan masalah anak-anak perempuan sekarang.

“macam manalah ye masalah social sekarang, makin menjadi-jadi. Buang anak sana sini. Takut jugak mdm kalau-kalau di turunkan bala, kan kalau bala turun semua dari kita akan kena.”

“tulah mdm, nak dapat anak tu tak senang, boleh je buang sana sini”

“tulah, kan memang kalau jaga anak perempuan ni lebih susah. Dosa ditanggung oleh ayah sampailah disambung ke suami. Tapi kalau dah sekali tegur tak dengar memang tanggung sendiri. Tapi kalau ayah/suami tak tegur…hurrmm.. ”

“perempuan kan macam punca pada kemaksiatan”

“haa, tulah. Kalau perempuan yang buat masalah nih, akan melarat. Melibatkan keturunan. Entah-entah, generasi kamu nanti ada masalah kawin dengan adik beradik sendiri. susah tuh.”

Aku lebih pada mendengar. Sebab nak cari isi-isi untuk entri kali ni. #eh.

“moga-moga kita dijauhkan dari masalah ni. Tak naklah nanti ada pula pada keturunan kita.”


“amin”



Rupanya mdm baru je lepas habis bercuti panjang bersalin. Bila anak dah bertambah, mesti rasa tanggungjawab yang dah semakin bertambah. Memikirkan masalah atau cabaran yang akan di hadapi oleh anak atau mak itu sendiri. Sampaikan ke kitorang yang datang nak consultation pun dapat nasihat serba sedikit.

Aku termenung juga lepas perbincangan tuh. Semakin lama, semakin aku faham kenapa “tangan wanita yang menghayun buaian itu mampu menggoncang dunia”.  Maksud yang tersirat dalam frasa itu lebih meremangkan bulu roma berbanding dengan maksud tersurat sahaja. 

Wanita tak perlu jadi body builder kuat-kuat untuk mengertak isi dunia. Wanita tak perlu buat FB atau pengasas Twitter untuk menghancurkan isi dunia. Wanita juga tak perlu jadi pencipta bom nuclear untuk rosakkan bangsa. 

Atas kelembutan dan ketenangan seorang ibu itu, mampu untuk melahirkan anak-anak pejuang yang mampu buat semua benda yang payah-payah yang aku sebut tadi. Atas sifat semulajadi seorang wanita itu jugalah mampu merosakkan satu keturunan tok iman atau tok bilal. 

Setakat FB tuh, ada je beberapa wanita letak gambar manja sana sini, mata bulat-bulat tambah pulak ala-ala comel. Comel ke? Berapa ramai lelaki yang patut lebih bertanggungjawab pada keluarga atau anak isteri tergugat imannya dan memporak porandakan rumah tangga sendiri. 

Bila wanita mula bergaya seksi lepas tu upload gambar di FB, ramai ustaz-ustaz dan golongan yang masih mejaga agama ni sibuk mencari fatwa dan berbahas sana sini. Hah! Mudah kan ? bila ada program reality tv yang melibatkan wanita semata-mata, pasti ramai orang pertikai dan terus mempertahan maruah dan kesucian wanita.

Wanita kalau melakukan kerosakkan, ianya melibatkan orang ramai dan banyak pihak. Sedangkan kalau lelaki yang melakukan kerosakan, ianya tidak terlalu melibat ramai orang. Contohnya merempit, kalau apa-apa jadi, accident atau meninggal, jenayah itu akan terhenti di situ. Tapi, letaklah seorang wanita di belakang mat rempit itu. Pasti permasalahan itu boleh diungkaikan hingga ke anak cucu. See? 

Marilah mengembalikan ketinggian budi dan maruah wanita. 

Hanya wanita hebat melahirkan lelaki yang hebat. 

Peringatan untuk diri sendiri.
  








Hormoscilla pringsheimii


Tajuk presentation aku dalam subjek Seminar “Productin of Anticancer Agent Using Cynobacteria”. Aku pun tak berapa nak faham lagi tajuk ni. Subjek yang sepatutnya belum ambil lagi. So, new things will make me better, perhaps ! 

















04 October 2011

CONVEST 2011. Malam ini banyak kalkatu~



Apa tu kalkatu? Nama biasa dia pepatung lah kot. Banyak betul di luar kawasan mahallah aku. Beratus-ratus yang mengelilingi lampu. Jaga-jaga juga bawa motor pakai helmet tak ada visor. Langgar seekor kat muka, mahunya birat sampai esok. Tunduk je bawah bawa motor perlahan-lahan. Nampak pulak katak sedang menjerat mangsa. Gemuk lah katak tu esok.

Minggu ni macam akan menjadi sangat hectic. Hari ini baru hari isnin nak masuk selasa dah rasa tidur yang hanya akan cukup kalau tambah tidur dalam kelas, pre reading before kelas yang kucar kacir. Kekerapan basuh baju guna mesin akan meningkat. Dan juga masuk minggu ke 4 dah tak jejak rumah lagi.

Semuanya gara-gara Convocation Fiestadi UIAM (Convest’11). 

Semalam. Ke kelmarin entah ada promosi tertinggi bagi pihak penganjur. Executive program dan pengurus salah satu program convest ni di temu ramah dalam tv Alhijrah. Rasalah jugak agaknya pengalaman-pengalaman macam #retis. Haha. Suka hati. 

Ada 6 program yang perlu aku dan 2 lagi team mate as a programme coordinator untuk selia sepanjang fiesta ni. Mula-mula tak rasa berat. Sebab perlu menyibuk je kalau-kalau orang tak buat kerja. Soal-soal time meeting. Lepas tu follow up. 

Tapi bila dah nak dekat event, orang still tak buat kerja, memang kena kerah tenaga sendiri untuk jayakan program. Pendek kata, tugas kami bertiga "prepare for the worst" je. Haha. Suka hati lagi.


Seminar penulisan putra putri nusantara (SERUMPUM)



Grand Exhibition (GREX)



Chocolate Fair



National Seminar




Islamic Performance Night (IPN)




Fit For Fun Race (Triple F R)




Kebanyakkan programme ala-ala warisan dari senior-senior, super senior dan super duplet senior. Tapi adalah sikit-sikit yang di tambah baik dan di ubah suai agar sesuai dengan masa kini.
  
Setiap programme ada keistimewaannya sendiri. 

Kalau orang tu suke makan chocolate, pergilah choc fair hari-hari.

Kalau suka tengok orang nyanyi-nyanyi, pergilah IPN. 

Kalau suka bersenam keluar peluh, bolehlah lari-lari masa Triple F R.

Dan sebagainya….

Ini programme besar terakhir yang aku akan join. InsyaALLAH. Rasa dah letih untuk menganjurkan programme lagi. Kalau masa mula masuk UIA, orang kata soft skill lah, pengalaman lah, kumpul kawan lah. Hingga aku lupa pada pointer yang semakin menyedihkan. So, it is time boost up my pointer. insyaALLAH…

Untuk maklumat lanjut pasal program-program di atas, sangatlah mengalu-alukan untuk rujuk blog ini untuk maklumat yang lebih detail. Banyak je program yang dibuka untuk orang ramai.

Jom !



Abang aku : ye ye je sibuk-sibuk hari convo orang, wat programlah apa lah. Sampai tak balik rumah. Nanti time ain convo, buat hal tak nak pergi majlis
Aku : errkk…. 








02 October 2011

Tak Nak Biar Tak Terluah. #KitabTerfaktab





Hari ni balik dari subang pkul 10.30 malam. Tak pernah lagi setakat outing dengan member dari siang sampai pukul 10.30 malam baru sampai bilik kat UIA ni. Kalau dengan family tu ada gak sampai pukul dua pagi baru sampai bilik. Semuanya sebab semangat nak ke launching kitab terfaktab. 

Aku nak bagi impression sebelum aku mula baca buku ni. At least boleh aku reflect semula lepas aku baca. Yelah, kan orang selalu kata, don’t judge a book by it’s cover. Setakat tengok muka depan buku ni, buat aku terfikir “lelaki ke perempuan yang jadi cover page nih?” “budak ke orang tua yang jadi cover page nih?” 

Anyhow, on the way balik dari event tu, dalam KTM memang aku tak bukak lagi buku tu. Aku nak merasai setiap patah kata dalam buku tu dengan penuh perasaan. Ececeee….

Yup, buku indie pertama yang aku beli seumur hidup ni. Apa yang aku expect ada dalam buku itu adalah satu penulisan yang sejajar dengan life sekarang. Aku nak baca something real yang diambil dari pemerhatian keadaan sekeliling. Yang praktikal dan tidak hanya pada teori. Dan ianya di harap menjelaskan aku pada keadaan remaja sekarang yang kadang-kadang terlalu taksub dengan cinta. Walaupun apa-apa penulisan pun hanya terkesan pada certain people yang membaca, tapi aku harap kitab terfaktab ni boleh di aplikasi pada apa-apa keadaan. 

Wah ! Macam tinggi sangat expectation aku. Adil tak nih?

Suka hati lah nak expect macam mana macam mana pun kan? Hahaha..



Aku beli tiga buah semuanya. Mulanya tekad nak beli Kitab Terfaktab je. Tapi sangat tak boleh kalah dengan “ Awek Chuck Taylor” dan “Sperma Cinta”. Bila agaknya nak habis baca semuanya, tak tahulah. Takut workload belajar yang menimbun-nimbun ni mengganggu gugat aktiviti pembacaan aku.

Sedikit keadaan masa kat Uya Bistro tadi. 

Naik teksi dari KTM stesen ke Uya Bistro itu sangatlah merugikan. Boleh jalan kaki je, aku pergi bayar RM15 untuk teksi. Ah ! Sampai-sampai je, macam rasa salah tempat sebab ala-ala sunyi. Tapi sampai depan tangga ke Uya Bistro tu tanya pada sorang mamat baru keluar dari situ.

“ni, Uya Bistro ke? Yang ada launching buku tuh?”
“ha, yelah. Naiklah atas.”
“dah start ke?”
“oh, belum lagi. tapi dah ada orang dah. Cuma tak ramai. Naik lah, tunggu kat atas.”
“oh, ok”





Ok, tenang. Rupa-rupanya, mamat nih Mr.K. 

Bila dah setengah jam kat dalam tu, barulah tahu. Hahaha..

Agenda mengikut je tentative yang dirancang. Tapi start lambat sikit sebab tunggu orang datang ramai kot. Banyak pada dendangan lagu ala-ala cool je.

Tapi part yang aku paling suka masa perkenalkan penulis. Ada seorang skuad terfaktab yang beri kata-kata ala-ala jiwang karat sambil tangan terketar-ketar. Haha. Tapi best je quote dia. Aku balik awal. Tak tunggu sesi photography pun. 

Make things clear. Aku bukanlah hard die fan nak mati pada terfaktab nih. Aku hanya cuba mengambil peluang untuk merasai apa yang sangat mengujakan pada aktivit seperti ini. Apa yang membuatkan sebuah blog boleh menerbitkan buku secara indie dan membina sebuah persahabatan antara mereka. Apa yang membuatkan orang muda remaja sebaya aku ada kekuatan untuk perkara-perkara seperti ini. Tidak hanya pada kebiasaan dan peraturan. Dan aku rasa, pada level aku sebagai blogger baru...


aku dapat rasa.


Aku tidak mengatakan sangat menyokong atau tidak menyokong. Namun pada amatan aku, ada beberapa nilai yang perlu lebih dijaga. Selebihnya, aku sangat hormat dan kagum dengan semangat dan idea yang ada. Syabas !

Layak ke aku yang nak bagi syabas nih?


Kalau boleh nak pergi lagi ke Uya Bistro untuk beli buku-buku indie yang lain. Oh, duit !

  







   

30 September 2011

Islam ke Kejuruteraan Ni?




Masa mula-mula masuk UIA ni ada satu rasa double standard pada student yang ambil bidang keislaman dan sains. Yelah, UIA sendiri suatu ketika dulu memang unggul dengan bidang-bidang yang jelas dekat pada ilmu-ilmu Islam. Contoh macam ilmu wahyu, usuluddin dan juga syariah. Jadi bila bidang kejuruteraan atau pun sains computer atau pun yang paling mudah bidang mass comunitcation mula diserap dalam UIA ini, macam mane nak relate dengan Islam? Pasti ke yang semua ilmu ni adalah diperlukan dalam Islam? 

Buat aku terfikir bila berkawan kawan-kawan yang ambil bidang usulluddin atau syariah ni yang selalu dengan Quran. Selalu je rujuk tafsir. Dah tu, aku belajar segala bagai rumus ni, mana ada dalam Quran. Yeke?  

Ada satu subjek dalam pengijazahan aku dalam Biochemical-Biotechnology Engineering ni iaitu subjek "Seminar". Actually, semua majoring dalam Kulliyyah Engineering ada subjek nih. Apa yang aku rasa istimewanya seminar untuk major aku adalah, aku semakin dapat “relate”kan apa kepentingan pembelajaran aku dengan Islam.

Dan aku bolehlah konon-konon rasa penting juga kewujudan student course aku disamping student yang ambil usulludin atau syariah etc. dan tanpa wujudnya graduate macam dari majoring aku suatu hari nanti, susah sikit nak praktikan apa yang ada dalam Quran tuh.

Satu subjek yang aku rasa best, adalah "Genetic Engineering". Dalam subjek nih, aku akan belajar bagaimana nak gunakan gene dari sumber lain (khinzir, kuda, etc) untuk dijadikan ubat, makanan, ataupun bahan mentah lain. Dan kadang-kadang ada je hanya pada khinzir sahaja gene itu boleh digunakan untuk mengubati. Contohnya macam insulin yang orang guna untuk ubati diabetis. 

Kalau dulu, memang sah-sah ambil dari unsur khinzir. Tapi, dengan adanya technology, kita boleh imitate insulin ni dan ubati diabetis. Itu salah satu contohlah. Kalaulah tiada kepakaran dari subjek begini, sampai bila-bila pun orang akan terus guna insulin untuk mengubati diabetis. Kan? 




Seminar ini membuka minda aku untuk apa jenis research yang aku boleh buat untuk terus menjana umat islam tanpa khinzir. Ada satu cara penggunaan gene khinzir, tapi pada akhir proses itu, tiada lagi gene khinzir yang terlibat. JAKIM masih lagi mengambil masa untuk selidik boleh atau tidak, halal atau haram penggunaan seperti ini. Ha… saat ni aku rasa kalau JAKIM tiada orang yang berkepakaran dalam penyelidikan seperti itu, mesti ramai scientist dah kencing JAKIM. Eh, terkasar disitu.. mesti ramai scientist dah tipu JAKIM. Sama ada tipu sebabkan keuntungan ataupun personal interest. 

Sekarang banyak dah Halal Research di Malaysia ni. Di universiti penyelidikan biasanya mesti ada, seperti UPM dan juga UKM. UIA pun ada dan kebanyakkan researchers dalam tu adalah dalam kalangan lecturer aku. 

Bukan nak belagak dengan department sendiri. Aku hanya mencari-cari sinar keislaman dalam pendidikan aku. Walaupun aku tahu bahawa segala jenis ilmu adalah datangnya dari Allah, tapi sejuh mana kita yakin dan kita mampu untuk mempraktikannya? 

Hari itu, ada lecturer aku “Transport Phenemona” bercerita tentang anaknya yang baru gred lapan. Ala-ala darjah dua agaknya.

“dad, who ever believe  newton 1st law is syirik”
“why did you say that?”
“because it stated that, energy can’t be made nor destroy. But it is contradict with Islamic principle. Only Allah can’t be destroy.. ”

Haa.. Nampak tak? Kalau kita percaya je segala jenis law yang ada dalam buku teks kita, mungkin serba sedikit lari lah aqidah kita. Tapi terpulang gak dengan sejauh mana kepercayaan kita tuh. 

Lecturer tu jelaskan bahawa, memanglah energy tidak boleh dicipta dan di musnahkan. Ia hanyalah boleh transform dari satu bentuk ke bentuk yang lain. Tapi itu pada level kita sebagai manusia. Tapi pada level ALLAH yang lebih agung, memusnahkan energy pasti perkara yang mudah. Sangat mudah.

Ilmiah sikit entri kali ini. Jom cari relationship antara Islam dan apa yang kita belajar sekarang. Tak kiralah nak jadi akauntan ke, nelayan ke, perniaga ke, cleaner ke. Mengislahkan setiap pembelajaran kita InsyaALLAH kan meningkatkan mutu muslim pada masa akan datang. Tak mudah Islam di perkotak katik kan dan di permainkan Islam dan muslim itu sendiri.




Nak jadi macam albert einstain? 

“I left my god outside my laboratory door”



Ermmm…..  (^^)





Intense Debate Comments