14 January 2011

Homesick





Yup, aku homesick [nokhtah]

Haha. Ada juga kawan-kawan yang tegur, takkan dah tua-tua pun homesick jugak? Eh, mestilah homesick sampai ke tua. Kalau dah tak homesick, maknanye dah tak ada lah perasaan rindu kat kampung halaman. Tapi mungkin tahap kerinduan kita dirumah itu berbeza-beza. Dan ianya dibeza-bezakan pula dengan aktiviti harian.


09 January 2011

Kami Prihatin, Anda Bagaimana?




Hari ini aku terpaksa ke satu seminar atau lebih tepat lagi pelancaran kempen “Kami Prihatin, Anda bagaimana?.”  Seminar ini diwajibkan untuk semua student yang amik subjek Cocuricular Parenting kat uia. Adoii.. Macam tak ihklas je ke seminar itu, sebab “credited” kan? Whatever it is, aku cuba untuk ikhlaskan hati ke majlis ilmu itu.


08 January 2011

Lelaki Tunjuk Pandai? Ok With Me!

 


Masuk minggu ketiga dalam sem ini, dah 2 kali motor rosak. Arghh.. satu cabaran untuk aku bila motor rosak. Banyak hal yang tak dapat nak beres on time. Semua jadual lari dek kerana makan masa berjalan kaki. “eleh, orang lain dah berkurun kot jalan kaki, boleh je survive..!” hahaha. Pada muka aku bila aku mengeluh pasal penat jalan kaki kat member-member. Tak apelah, dugaan kita berbeza-beza.


02 January 2011

Perlu ke Azam Tahun Baru??




Perkara yang aku nak sangat buat pada tahun baru ialah sama-sama turun ke KLCC ke, dataran merdeka ke, tak pun bukit bintang. Tempat-tempat yang sangat ramai orang turun yang konon nya untuk meraikan tahun baru. Dulu aku pernah ke dataran merdeka untuk 31 Ogos. Tapi itu masa umur 6 atau 7 tahun. Dengan ayah dan umi. Masa itu tak tahu apa-apa lagi. tahu nak tengok bunga api je. Cabarannya lain kalau aku pergi sendiri dengan umur sekarang dan pemahaman tentang hidup yang jauh berbeza masa aku umur 6 atau 7 tahun.  

Aku bukan nak buat apa pun. Aku cuma nak memerhati. Memerhatikan gelagat manusia yang sememangnye datang ke tempat yang ramai-ramai orang untuk bersama-sama melaungkan Happy New Year. Itu saje! Tak pun, untuk tengok bunga api. Itu je ke? Mungkin pada aku itu saja. Mungkin ada banyak lagi sebab yang aku tak tahu. Sebab itulah aku nak sangat rasa berada dilautan manusia tu!


01 January 2011

Intense Debate Comments