12 January 2012

Kasut Tumit Tinggi


Kalau ada baca entri aku pasal andrea hirata dan buku-buku dia tuh mesti tahu buku "Cinta Dalam Gelas".

Dalam tu ada slot macam mana seorang lelaki yang nak sangat jadi tinggi. Sampai sanggup beli produk ala-ala “smartshop” yang boleh tambahkan ketinggi beberapa cm.

Dalam cerita tuh, dia nak 2 3 cm je lagi tinggi supaya bila dia padam papan hitam kat sekolah tak perlu jingkit-jingkit. 

2 3 cm lebih tinggi supaya dia tak perlu turunkan kaki bila berhentikan basikal tua bapak dia. 

2 3 cm supaya dia nampak lebih tinggi berbanding kawan-kawan dan Ai Ling (gadis idaman) nampak kewujudan dia.

Nasib baik aku perempuan. Tak perlu beli barang ala-ala dari product "smartshop" untuk tambah tinggi. Boleh je pergi buat pembedahan lutut untutk tambah tinggi sikit. #eh

Mahu juta-juta kena bayar. 

Ye, kasut tumit tinggi.

Bukan tinggi sampai 3 4 inci. Memang tak lah. Sebab kalau tinggi sampai macam tuh, mungkin sekarang aku menaip dengan menggunakan teknologi voice recognition.

Sakit tulang belakang.

Cukup juga 2 3 cm untuk aku lebih tinggi tak perlu mendongak memandang pada kawan.

Ah ! Aku tak serendah mana. Cuma serendah orang percaya andai aku kata aku budak tingkatan 3. 
Ah !  Budak tingkatan 3 sekarang pun dah persis model tinggi tuh.

Bila aku naik komuter balik ke Seremban, selalu tak dapat duduk dan perlu memaut pada tangkai yang terjurai itu untuk stabil masa komuter bergerak. Terasa aku perlu panjangkan tangan untuk memaut bila tidak mengenakan kasut bertumit.

Bila naik scooter rasa hanya mencecahkan hujung jari kaki je ke tanah bila bila berhenti. Itu andai kata pakai selipar yang flat.

Tapi kalau bertumit, terasa seluruh kaki mencecah bumi.

Betapalah 2 3 cm itu sangat mengubah life style. Ke aku je yang rasa? Biarlah…

Tapi umi selalu kata, “belilah kasut yang bertumit sikit. Tak ada lah jalan bersepah”.

A’ah, jalan bersepah. Kira kalau bertumit sikit, jalan sedikit teratur antara sebabnya kita berjaga-jaga semasa berjalan. Gadiskan? 

Tapi diingatkan tumit yang 2 3 cm je. Bukan sampai 2 3 inci.





No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments