Owh, memang bukan akulah yang akan join aktiviti bervlogging ni. Cukup sekadar berblogging tempat untuk aku melontarkan pendapat dan pandangan mahupun kritikan kepada vlogger atau hal semasa. Vlogger pertama yang aku kenal adalah Matlutfi. Kemudian barulah terdedah dengan vlogger lain. Selalunya sumber aku dapat tahu, pastilah dari FB. Bila orang duk share-share, gatal jugak tangan nak tengok. Pernah jugak layan vloggers ni sampai pkul 3 4 pagi. Macam addicted bila tengok mereka berkata-kata. Pasti ada cara dan gaya yang berbeza-beza. Tertanya jugak, “vlogger ni kalau di dunia sebenar, macam ni jugak ke?”
Matlutfi, Anuar Hadi, Shortnap antara vlogger yang aku biasa dengar/tengok vlognya. Tapi memang sedia maklum, Matlutfi yang paling favourite. Banyak kali dah terfikir nak tulis satu entri pasal Matlutfi. Tapi masih menangguh-menangguh. Entri kali ni just nak expose satu cabaran atau satu pelawaan Matlutfi kepada semua peminat vlog dia. Pada yang masih belum pernah tengok vlog dia yang terbaru, bolehlah tengok.
Bagi menyahut cabaran atau pelawaan dia, atau dengan kata lain dengan semangat nasionalism dalam diri ini, aku bersepakat dengan adik aku untuk buat satu vlog yang pendek seperti yang disarankan. Kalau dia tak nak sepakat dengan aku, memang takkan adalah vlog editan aku yang pertama didunia ni. Moga-moga menjadi antara pilihan matlutfi untuk masukkan dalam compilation vlog dia yang seterusnya nanti. Ermm.. kalau nanti tak ada dalam compilation dia, mungkin adik aku ni tak cukup handsome agaknye. Eish! Sia-sia.. huhu..
Ini adik aku. Sila percaya.
Macam tak ada kerja lainlah aku siap sign up untuk upload video dalam youtube ni demi Matlutfi. Haha. Tapi ini adalah salah satu cara aku nak tunjuk semangat sayangkan Negara masih ada dalam diri ini. Kalau di sekolah dulu, adalah jugak Bulan Kemerdekaan, pertandingan melukis poster ataupun, hari pakaian kebangasaan. Tapi, bila dah di pengajian tinggi, nilai-nilai itu semakin pudar dan hilang. Tambahan lagi tahun ni semua Universiti di Malaysia cuti bulan Ogos ni.
Tambah pulak lagi memandangkan Malaysia yang semakin tidak aman, masalah perkauman dan agama semakin di tahap membimbangkan. Kenapa tidak, vlogger atau blogger bersatu menunjukkan bahawa kita masih lagi ingin bersatu dan bukan berpecah belah. Jangan jadikan masalah pemimpin pada hari ini adalah penghalang untuk kita bekerjasama dan bersatu.
Antara kredit yang aku boleh bagi pada Matlutfi ini adalah penyampai vlog dia yang agak natural dan bukan dibuat-buat seperti vlogger yang lain. Atau mungkin aku je yang rasa vlogger lain buat-buat. Errmm.. Unsur-unsur humor yang diselitkan tidak membosankan. Idea dia best dan ringan mudah difaham oleh semua lapisan masyarakat. Ok, untuk kredit dan pujian seterusnya aku akan wat satu entri nanti. Bile entah?
Salam Ramadhan ~~
No comments:
Post a Comment