01 August 2011

Bila Port Dickson dilanggar ribut






Hari sabtu yang lepas, sekitar kawasan batu 4 Port Dickson ribut. Macam berita dah. Dalam pukul 11 pagi agaknya kejadian berlaku. Hari itu, sebelum kejadian aku keluar dari port Dickson ke Gombak untuk ambil barang dia UIA. Tiba-tiba ada kawan aku dari johor message dan tanya apa yang terjadi di Port Dickson. Malu jugak rasanye bila tuan rumah tak tahu apa yang terjadi. Huhu.. kebetulan ada majlis tamat belajar di kem askar berdekatan. Itulah yang menambahkan ramai mangsa yang terlibat. Bukan sahaja orang Port Dickson, malah dari seluruh Negara. Bila balik je semula ke port Dickson, keadaan dah reda pun. Tapi pokok-pokok disekeliling banyak yang tumbang. Daun-daun berselerakkan. Bak kata umie, macam ada giant yang lalu.


Wayar-wayar elektrik jatuh ke bumi. Kalau kawasan yang rendah, naik air sampai buku lali. Kereta di hempap dek pokok. Hinggakan kubah azan masjid pun menyembah bumi. Kalau melalui jalan dalam di pinggir hutan, memang boleh Nampak pokok-pokok tumbang bagai ditolak-tolak.


Ah ! susah nah di ceritakan. Let the picture describe it !





























Haaa… nilah sedikit gambaran apa yang telah terjadi. Kalau dilihat dari kawasan sekeliling gambar, memang ini adalah kawasan Port Dickson. Tidak syak lagi. Takziah pada mangsa-mangsa bencana. Mungkin ini adalah ujian dan cubaan dalam menghadapi bulan Ramadhan yang penuh rahmat ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.



 Allah tidak membebani seseorang diluar kemampuannya….
 (Al-Baqarah: 286)






Sumber :semut


No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments