Hari ini dah masuk hari keempat tak ada air di seluruh Port Dickson. Tapi ditambah terukkan dengan keadaan taman rumah aku ni yang tak ada tangki air untuk simpanan kegunaan penduduk. Dah bertambah teruk lagi bila tangki kat rumah aku pun turut sama rosak. Ditambah lagi dengan hujung-hujung minggu yang semua adik beradik aku balik rumah untuk menyambut 1 Ramadhan. Heish !
Tapi ada rahmat di kesusahan itu. Hari sabtu yang lepas, satu port Dickson digemparkan dengan ribut yang tiba-tiba datang. Hujan selebat-lebatnya. Pada yang ada dirumah boleh lah tadah-tadah air hujan. Tapi kalau ada di rumah pun tidur sedap time-time hujan, memang tak dapat apa lah. Berbekalkan besen air yang ada, dan penghuni rumah yang ramai, berapa lama jelah air tadahan itu boleh bertahan. Huurmm..
Bila keadaan tak ada air nih, teringat dekat satu Negara yang aku pernah pergi. Kemboja. Tapi Negara ini bukan tak ada air lansung. Cuma ia tak ada system pengairan yang baik macam Malaysia. Kat sana, mereka menggunakan pam air untuk dapatkan air dari dalam tanah. Pembinaan satu pam tuh mencecah 1000 dolar us. Haa… memang boleh nampak seketul dua pam je ar kat situ. Penduduk yang tak mampu dan madrasah yang berdekatan hanya menggunakan perigi je untuk dapatkan air. Kalau aku, hanya makan 4 5 hari je tak ada air. Tapi mereka yang dia kemboja tuh? Mahunye sepanjang hidup menghadap hidup yang macam tuh. Barulah tahu nak bersyukur sikit. Oh, rindu pada cambodia "reaching for the needy"...
Apabila satu nikmat itu ditarik, baru kita sedar yang selama ini wujudnya nikmat itu disamping kita. Nikmat makan hanya pada lapar. Inilah yang biasa orang katakan. Kalau tak lapar atau memang baru lepas kenyang, untuk menghadapi satu lagi hidangan macam tak meninggalkan kesan. Kalau makan pun, mungkin hanya lalu di sejengkal tekak sahaja. Boleh jadi, kita tak rasa pun kesedapan makanan itu.
Samalah apa yang jadi masa puasa ni. Kalau di siang hari, nampak apa pun sedap. Kalau tengok tv, ada 5 jenis iklan pasal air, kelima-lima air tu rasa nak diminum untuk berbuka. Padahal minum air sejuk dari peti ais pun dah cukup melegakan. Huurrmm.. air lagi..
Owh, entri kali ni sangat tak ada hala tuju. Mungkin sebab harunya hidup ni tanpa pengaliran air yang macam biasa. Basuh pinggan mangkuk tanpa sinki, mandi hanya sebaldi, air minum dari RO. Ahh ! sangat menguji kesabaran dan iman..
Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.
Al Baqarah : 153
Seharusnya, aku perlu lebih bersyukur….
No comments:
Post a Comment