18 August 2011

Andai Kata Muda Aku Selamanya..







Sebenarnya lama dah tulis hal ni. Tapi takut ada kawan-kawan yang claim aku ni perasan ke, poyo ke atau ntah apa-apa lagi ar. Lama-lama ikut pengamatan aku, ramai je yang dah rasa situasi-situasi yang akan aku cerita ni. Mesti salah satu daripada apa yang akan aku list out nih, adalah dari golongan kita. Al-maklumalah, kalau untuk gadis-gadis tu umur lingkungan aku nih boleh buat-buat nyanyi lagu Britney spears “I’m not a girl, not yet a women”. Tapi kalau untuk lelaki, errmm…



 

Persepi pertama masyarakat pada kita memang kadang-kadang tak betul dan sukar nak betul apabila angka yang menjadi pesoalannya. Yelah, bukan semua orang pandai math. Oh, tak ada kena mengena dengan math pun. Jadi kalau agak-agak dah salah tanya tu, kena lah pandai-pandai cover semula supaya orang yang di tanya tu tak lah kembang semangkuk sangat. Dan orang yang ditanya pula perlu mencari jawapan yang sesuai dengan soalan yang ditanya. Apakah crap nih?






Firstly,

“Akak ni datang dengan anak ye? Anak dah sekolah darjah berapa?”.


Owh, ini sangat menghinalah kalau “akak” yang dimaksudkan tu baru berumur 21 tahun. Dan “anak” yang dimaksudkan tuh adalah adik kepada “akak” tuh. Mungkin ramai yang tak percaya situasi ini. Dan kalau tak nak percaya tak apa. Tak kisah pun. Tapi pada aku ini serius pernah jadi. Satu situasi bila umur lebih muda dari wajah atau appearance. Ada orang akan rasa down sebab orang rasa dia tua. Seolah-olah, macam-macam renovation yang perlu dibuat pada diri untuk kelihatan setaraf dengan umur.

“takkan ko nak kat dia kot, dia macam mak orang ar…!”

Tapi ada juga orang yang rasa cool dengan tanggapan macam tuh. At least orang akan respect dia bila dalam urusan berjual beli atau negotiation. Tambah lagi kalau jalan seorang diri dan bergaya, mesti orang akan pandang dia ala-ala wanita bekerjaya dan hebat serba serbi. Dan tak ada pandangan serong kalau ber “handbeg” atau bertumit tinggi. Orang akan lebih mudah terpengaruh kalau dia ingin memimpin atau mewakilkan organisasi.


Secondly,

A: “sekarang dah tingkatan berapa?”
B: “Owh saya dah 4 tahun tinggalkan kain turquoise saya”

A: “abang awak yang baru habis sekolah tuh buat apa sekarang?”
B:”errkk, tue adik saya. Dia tanam anggur belakang rumah, makcik !”

Part ini ramai yang rasa macam honoured kalau jadi kat sesiapa. Bila umurnya dah banyak tapi appearance atau wajah masih lagi ala-ala baby face gitu. Sila ketawa. Kalau sekali kena tanya macam persoalan-persoalan di atas mesti rasa macam nak kembang semangkuk. Senyum sampai ke telinga. Rasa muda, rasa macam boleh main gelongsor atau buaian lagi kat taman permainan tu. Beli lollipop atau TORA pun boleh selumber.

Tapi kalau dah umur 22 pun orang kendarat bersusah payah carikan gula-gula instead of bunga telur untuk bezakan antara kanak-kanak dan dewasa, I rather said it seem secretly insulting. Ia nya akan lebih obvious kalau ada (untuk perempuan) adik perempuan yang di sangka kakak kepada seorang perempuan itu, and vice versa.


Thirdly,

A:“sekarang belajar kat mana? Dah anak dara dah sekarang ye”
B: “owh, kat UIA. Huhu. Biasalah makcik, dah habis sekolah. hee”

Ok, yang ni agak sama je antara umur dan appearance. Dengan perwatakan dan gaya, orang boleh teka dengan baiknya. Tiada masalah mata atau penaakulan dalam masyarakat sekeliling. Tiada yang sakit hati, dan tiada make over yang perlu dibuat. Nice.  


Konklusi

Ok, mengaku. Aku adalah dalam kategori kedua. Bila aku bercerita pada orang pasal peristiwa-peristiwa ini, mesti orang akan rasa aku seolah-olah bangga diri atau masuk bakul angkat sendiri. Ehem. Masa baru-baru habis sekolah dan ada kata-kata macam ni, ianya boleh membuatkan aku senyum hingga ke telinga. Rasa muda. Dan memang rasa petang tu jugak nak pergi main gelongsor lagi kat taman permainan.




Tapi kalau sekarang aku dah 22 tahun, dan masih orang tanya aku tingkatan berapa. Dan kadang-kadang darjah berapa. Hurrmm… *sigh. Like I said before, it is the other way of insulting. Bukan biggie sangat kalau orang tersalah macam tuh, tapi sometimes ia akan merendahkan self esteem kita.

Contohnya, tiba-tiba ada makcik datang kat kita, then kata kat kita, “amboi, kecik-kecik dah pandai bawa beg tangan”. Rasa macam nak “hoi!” kan je mak cik tuh. Oppss.. itu kurang hajar namanya. Tak lah. Tapi, agak down. Yang lagi best kalau sepatutnya waktu sekolah, ada driver bas ke KL tanya kat kita “adik, time sekolah nih nak pergi mana naik bus ni? Sekolah cuti ke?”   

Sila berfikir.

Bila masuk peringkat pengajian tinggi ni, memang susah dah nak dapat gelaran “akak” dari junior. Daripada aku tahun satu sampai  ke tahun 3 akan sentiasa tahun satulah status aku kesimpulannya. Kalau ada jumpa makcik kenalan umie jalan dengan anak dia yang ala-ala baru belajar persamaan serentak dalam MATH tuh, boleh anak dia buat muka sombong tak nak hulur tangan salam dengan aku. Ok, selalu dah dalam hati akan cakap “I take it as a compliment”.  

Alhamdulillah

Tetap bersyukur dengan apa je yang di anugerahkan oleh ALLAH pada diri ini.





Cuma kadang-kadang (ke selalu?) keliru dengan keadaan dunia. Adakah kerana budak-budak sekolah sekarang sangat up dated dengan fashion dan gaya membuatkan golongan awal dewasa macam aku ini agak ketinggalan dengan semua itu. Haha. Crap!

Walau di mana pun kategori kita, just be ourselves. Biarlah apa pun yang orang nak assume kan pada kita. Zaman sekarang, bukan setakat mulut orang tak boleh nak kita kawal. Mata dan fikiran pun memang payah kita nak kawal. Inner self confidence is much more important !  

Entry lebih pada diri sendiri.. ~~




“ Everybody is unique in their own way. If that is called abnormal. :)  “



*
*
*
*
*
*
*
*
*

Surau

Makcik : kanak-kanak boleh pulak masuk kat hospital ni malam-malam ye?
Umie : owh, tak tahu pulak saya. Boleh  agaknya...
Makcik : semalam anak buah saya tak dibenarkan masuk malam-malam macam ni
Umie : owh, I see.
Mak cik : dah tu nurse tak tanya apa-apa bila puan bawak anak puan tuh masuk melawat?
Umie : anak saya yang perempuan nih? Huuurrmm…..
Aku : LOL…..















    

No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments