13 June 2011

Punctuality: Skema Lah Datang Awal !






Kalau janji jumpa pukul 2 petang, agak-agak pukul berapa patutnya dah ada di tempat yang dijanjikan ? 1.50 petang ? 2.00 petang sharp ? 2.10 petang ? atau 2.30 petang ? Worst ! masalah on time atau pun datang awal selalu membelenggu semua lapisan masyarakat. Tak kira lah dalam mesyuarat para pemimpin atasan sampailah ke temu janji sepasang kekasih. Semua orang bersangkut dengan masalah punctuality. Semua orang akan menjadikan masa atau “pukul” sebagai pengikat sesuatu perjumpaan. 

“pukul berapa nak jumpa?”

 “dalam 10 minit lagi kita pergi !”

“seten gah jam je perjalanan ke sana.”

“pukul 5 ye !”

 

Tapi, masalah kita sekarang pengikat itu semakin longgar ataupun tak lagi di ikut benar-benar ikut. Semakin lama orang tak lagi menganggap kata-kata janji semua tu penting dan perlu sangat-sangat di patuhi.

“ala, datang awal pun belum mula lagi”

“biasa ar, janji pukul 3, pukul 3.30 baru start. Tak payah gesa-gesa”

“malas ar datang awal, nanti kena tunggu orang lain”

“baik datang lewat sikit, datang-datang je dah start”

Punctuality ini macam penyakit berjangkit. Contohnya, dalam mesyuarat bila seorang datang lewat dan semua orang perlu tunggu si lewat. Dan semakin memburukkan keadaan, orang yang datang lewat itu tidak pula di kenakan apa-apa hukuman. Ini dah memberi isyarat kepada orang lain bahawa datang lewat itu tak apa. Mesyuarat yang akan datang akan membuatkan orang lain berlengah-lengah dan menganggap, “tak apa datang lewat, diorang paham”. Dan semua alasan di atas juga akan diguna pakai oleh semua orang yang selalu datang lewat. 






Ada sebab juga kenapa orang datang lewat. Mungkin ada alasan yang memang tak dapat di elakkan dan alasan itu hanya terjadi pada masa perjanjian itu. Tapi, pada aku, ada lagi satu sebab yang membuatkan sesorang itu datang lewat dan ianya adalah disengajakan. Mungkin seuatu ketika dulu, kita dah selalu datang awal atau on time. Tapi selalunya datang awal ini seakan-akan satu jenis denda kerana perlu tunggu pulak orang yang datang lewat. Ini yang membuatkan kita yang selalu datang awal ni pun nak bertukar arah supaya datang lewat juga dan tak perlu menunggu orang yang datang lambat. Ini yang semakin berjangkit dikalangan kita.

Siapa yang perlu dipersalahkan? Disamping kita mencari solution untuk masalah ini kita perlu juga sedar siapa sebernarnya yang membuatkan punctuality ini satu barah dalam organisasi kita. Pasti-pastinya diri kita sendiri perlu muhasabah. Berapa kali je kita datang awal ke suatu pertermuan? Berapa kali je kita sukarela untuk datang awal dan set up tempat mesyuarat? Tuding menunding memang tak pernah berhenti. Tapi, bila kita mula menunding ke arah kita sendiri, barulah kita ada rasa takut untuk menunding ke arah orang lain. Mula lah dengan diri sendiri, datang awal. Ataupun, set kan jam sendiri 15 minit awal. Tergesa-gesalah untuk menghormati masa orang lain dan orang lain juga akan tergesa-gesa menghormati masa kita.

Seorang ketua juga haruslah sedikit sebanyak menghukum ahli yang datang lewat. Jangan hanya memberikan senyuman dan mengalu-alukan kedatangan ahli yang lewat. Berikanlah sedikit sindiran dan teguran sinis supaya memberikan pengajaran tanpa memalukan di depan orang ramai. Memang ada phrase “better late than never” tapi kalau itu kalau never. Kalau boleh early kan lebih bagus ! “early birds get the worm” (ini idiom aku reka =p ). Dan yang sangat-sangat penting, seorang ketua itu sendiri perlu datang awal dan menjadi contoh pada orang bawahan. Bukanya datang lewat kerana anda di hormati ! 





Isu ini selalu timbul dalam organisasi persatuan pelajar. Isu yang sangat dekat dengan aku. Selalu kalau kami memulakan sesuatu meeting pasti akan dimulakan dengan al-fatihah sebagai pembuka majlis dan akan di akhiri majlis dengan al-‘asr. Tapi tak semua yang benar-benar menghayati maksud al-‘asr tu. Semakin lama, ianya hanyalah bacaan sambilan sahaja untuk semua. Semakin ramai yang datang lewat. Janji meeting pukul 9 malam semestinya start meeting pkul 9.30 malam paling awal. Ada juga kes yang lebih teruk bila janji pukul 9 malam, start pukul 10 malam. Memang sangat menyedihkan. Ini semua dah “alah bias tegal biasa”. Tapi hakikatnya ianya adalah perkara yang memalukan dan menyedihkan. Memang tak akan majulah kalau 10 minit pun tak dapat diuruskan dengan baik. 

Dulu aku tergolong dalam kalangan yang terianaya. Selalu datang awal, tetapi seakan-akan terdenda dan kena tunggu yang lain datang supaya cukup korum. Dan semakin hari semakin jelak dengan perangai manusia semacam ini. End up with datang lewat so, hati pun tak sakit (ok, aku memang tak patut). Aku rasa kita perlu ada rasa malu untuk hal-hal lewat nih. Kebiasaan orang melayu datang lewat sehinggakan ada pepatah untuk orang melayu “janji melayu”. Pernah dengar “janji cina?” “janji jepun?” memang memalukan untuk seantero orang melayu termasuk juga orang melayu yang concern dengan punctuality. Kesiaaann… !  




“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.. ”  

[103:1-3]







No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments