Aku bermula dengan tetralogi lasykar pelangi [ Lasykar Pelangi, Sang Pemimpi, Edensor, Maryamah Karpov ]. Masa baru habis SPM, mencari-cari juga apa yang boleh dibuat sementara menunggu result spm yg akan kuar dalam masa 3 bulan lagi. Aku pun tak tahu kenapa, masa usia itu, umie belum lagi terbuka hati nak bagi aku kerja part time kat mana-mana. Jadi aku habiskan masa dengan membaca novel.
Apa yang membuatkan aku tertarik membeli novel Sang Pemimpi ini sebabkan testimonial nya.
Dia Andrea Hirata, karyanya ternyata berbeza. Dia ‘bikin’ filem dengan kata-katanya. Tulisanya adalah polos dan jujur. Kemurniaan hati watak-wataknya menyentuh lubuk perasaan yang terdalam. Keperitan mereka mengejar impian membuahkan rasa sedih dan sebak. Namun kelucuan laku polos mereka menjentik senyuman dan tawa.
–Imaen , Novelis Gurindam Jiwa, Vendetta dan Labyrinth-
Aku tak pernah pun baca tulisan Imaen tu, tapi kata-kata dari seseorang yang dah menulis beberapa buah buku berbanding Andrea, aku rasa tertarik. Aku rasa bukan senang nak dapat kritikan positive dari orang yang lebih berpengalaman untuk dijadikan salah satu cara promosi. Ternyata, selesai aku baca buku ini, membuahkan satu semangat lain dalam diri ini. Bukan mengenai cinta atau perasaan, tetapi semangat untuk meneruskan hidup walau apa pun cabaran yang ada.
Buku yang hanya setebal 219 pages, bercerita mengenai pelbagai cerita. Bagaimana sekumpulan anak kecil yang mempunyai cita-cita yang sangat tinggi hingga ke luar Negara walaupun hanya bersekolah yang mempunyai sebuah bilik darjah je. Dalam buku kedua sang pemimpi ni, ikal adalah watak utama dan arai adalah watak yang bersahabat baik dengan ikal. Andrea terus menulis mengenai liku-liku kehidupan sampilah dia berjaya menjejakkan kaki ke bumi Perancis bersama Arai. Lintang, mahar, zainab semuanya watak-watak yang member warna dalam novel ini. Ada dua perenggan kata-kata Andrea yang aku pernah masukkan dalam entri lepas. Cara Andrea bercerita mengenai keadaan dan suasana sangat teliti dan mampu mempengaruhi minda kita untuk terus mengetahui lebih lagi. Arrghh, terlalu indah dan sangat tak terungkap.. !
Hari sabtu yang lepas aku ke pesta buku dengan satu harapan yang sangat tinggi. Bila dapat tahu Andrea akan datang sebagai penulis jemputan PTS hari tu. Wah ! Hati berbunga nak pergi 3 minggu awal dah excited ! Last minute, dapat call dari kawan yang Andrea cancel last minute sebab ada hal lain. Heish ! Frust betul. Tapi semangat nak pergi tetap ada sebab nak dapatkan latest book dia yang bertajuk Padang Bulan.
Padang Bulan adalah buku dwilogi. [ Padang Bulan, Cinta di Dalam Gelas]. Aku rasa andrea suka tulis buku yang bersiri. Mungkin sebab dia terlalu banyak yang hendak dinukilkan, kalau buat satu je, takut mahal sangat pulak. Agaknyelah.. sampai je ke pesta buku, tempat yang sangat sesak dengan orang. Kenapalah penganjur dah tahu tiap-tiap tahun akan sesak macam ni, still tak ubah tempat yang lebih luas dan terbuka?
Sampai je ke booth PTS, ada sales girl tu bagitau “Padang Bulan dah habis stok lah hari ini, adik”. Rasa nak nanges kat situ juga. Aku dah mengharungi orang yang sangat ramai hari itu, boleh sales girl itu bagitau berita buruk tanpa rasa bersalah.. aduuss... Tapi, kalau dah memang namanye rezeki dah tertulis untuk kita, memang betul-betul depan rak yang sangat banyak dengan buku tuh, tangan dah pun terletak atas buku yang bertajuk Padang Bulan tulisan Andrea Hirata, sebelum mata sempat menangkap. Girang yang sangat tak dapat diungkapkan. “Sapa kata dah habis, kak?” haha.. ! Terus bayar tanpa menoleh kat orang lain dah.
Menghargai sebuah buku yang mengandugi satu penulisan yang hebat macam menghargai satu kehidupan yang bernyawa.
Kepada reader yang terhingin untk membaca tulisan yang bermutu dan lain dari penulisan penulis Malaysia, cubalah baca buku-buku ini. Mereka bercerita berdasarkan pengalaman hidup yang lebih kepada reality hidup dan dekat dengan diri kita. Tapi, mungkin ada yang sudah membaca tetapi tak rasa ruh yang cuba disampaikan. Mungkin factor keadaan, status dan suasana mempengaruhi. Penerimaan dan tanggapan setiap orang kan berbeza-beza.
(^^,) V
No comments:
Post a Comment