20 May 2011

It is a long short cut !



Tak semua jenis short cut orang suka. Kalau naik kereta, lepas tu traffic sesak, mulalah semua orang cari short cut. Masa ni semua orang suka short cut. Tapi ada satu jenis short cut ni yang semua orang tak suka. Tapi aku tetap suka. Haha.

Semester kedua tahun dua di UIAM. Ada seorang lecturer ni, dia mengajar subjek Organic Chemistry untuk majoring biotechnology engineering. Seorang pensyarah yang mendidik. Bukan setakat mengajar sahaja. Setiap kali kelas, pasti ada je sedikit imbuhan makanan rohani untuk santapan pelajar. Satu masalah dalam kelas ni adalah, setiap kali dia insert pendrive dia dalam computer kelas, pasti virus short cut ni menular. Nak tunggu bahan mengajar je, kelas kena tunggu sampai 30 minit. Buang masa betul! Tapi, memang tak siapa tahulah macam mana nak settle kan virus ni.


*******

Ada suatu hari ni, kawan aku message, bertanya kalau-kalau aku tahu macam mana nak remove kan virus short cut dalam pendrive. Ah! Masalah yang sama lagi. manalah aku nak tahu. Kalau aku tahu, dah lama kau tunjuk hero dalam kelas tadi. Haha. Baik punya merayu dia mintak aku tolong jugak sebab dalam pendrive dia tu ada final projek la, report la, entah apa lagi entah. Untuk tidak mengecilkan hati dia, aku pun janji akan cuba tanyakan kat kawan yang agak-agak arif pasal computer ni. Pendekkan cerita, so called kawan+yang+agak+arif+pasal+computer ni pun tak tahu. Selalunya kalau jadi kat dia, dia format je pendrive dia. Masalah ni !

******

Dulu aku ada masuk kelas programming. Yang mengajar adalah Dean Kulliyah Engineering. Dia selalu mendorong student supaya belajar sendiri. Dia kata, google je apa-apa yang kita nak tahu. Sekarangkan dunia di hujung jari. Kata-kata dia membuat aku terfikir untuk google kan masalah shortcut ni. Lagipun, bila fikir semula, pendrive atau apa-apa yang berkaitan dengan computer mesti satu dunia terlibat. Malaysia bukan Negara maju hingga memulakan sesuatu teknologi, pendrive khasnya. Jadi, mesti masalah short cut ini juga pernah di hadapi oleh sesiapa sahaja di mana-mana pun.

So ! berbekalkan ilmu yang sangat sikit ni, aku pun menggunakan teknik meng’google’ aku. Nah ini lah hasilnya. Bukan nye susah pun nak buang hapuskan virus ni.  



      1.  Click START, ataupun kat lambang windows penjuru kiri bahagian bawah. Kemudian, click RUN.


      2.      Bila dah tekan run, akan ada satu dialogue box yang akan keluar, taip kan cmd dan click OK.


     
     3.      Kemudian, satu lagi dialogue box akan keluar, kat sinilah rahsia sebenarnya. Command dari  sini       dapat ubah setting dalam computer kita. Taipkan attrib -h -r -s /s /d j:\*.*

      
     4.      Huruf j perlulah ditukar pada huruf yang directkan pendrive kita. Mungkin boleh jadi, k, f, g atau apa-apa huruf.

     5.      Kemudian click ENTER
     
     6.      Bila dah siap loading and thinking, bukak semula folder pendrive tu, folder baru yang bersih dari short cut virus akan ada tapi folder yang masih ada virus ni masih lagi appear. Tanpa rasa ragu-ragu, delete je semua folder yg ada shortcut tu.
    
     7.      DONE !
         
Selain dari cara ini, mungkin banyak lagi cara lain, tapi aku rasa ini yang paling mudah dan effective.

selamat mencuba !

*******

Esoknya kat kelas, dengan rasa bangga dan bongkak nye volunteer nak betulkan pendrive lecture tu. Haha. Hujung-hujung semester tuh, lecturer tersebut menambah 2 markah sebagai balasan effort aku tu. Untungkan? Aku pun pulangkan pendrive member aku yang sibuk  nak selamatkan semua folder dia tuh tanpa sebarang short cut virus lagi.

Kawan-kawan yang tahu hal ni ingat aku terror sangat programming computer sampai aku boleh hack system dalam computer ni. Padahal, result subjek programming entah apa-apa. Semuanya dengan kuasa peng’google’ lan je. Haha… 


It is really true, segalanya di hujung jari anda !  (^^,)V  








Lama sangat tak update blog ni, sebab ……………..MALAS………… =P

  



No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments