23 May 2011

Kaki Dibumi Hong Kong : Part 2




Dah lebih kurang sebulan kehilangan satu perasaan iaitu perasaan baru di tempat orang. Perjalanan ke Hong Kong semakin aku rindu bila ia semakin jauh. Mungkin jugak journey bersama kawan-kawan ke negara orang, mengalami pengalaman baru, itu yang aku rindu. Entah !

Negara orang dewasa. Itulah impression yang aku bagitahu bila orang bertanyakan tentang Hong Kong. Aku bersyukur masih ada Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Johor, dan juga negeri-negeri lain di Malaysia ni yang membuatkan kita masih menyimpan segala khazanah budaya di Malaysia ini. Aku juga bangga dilahirkan melayu. Melayu yang penuh dengan sifat-sifat ketimuran. Pemalu, peramah dan juga murah dengan senyuman adalah asset yang ada pada orang melayu malah sukar dan mahal untuk di ambil oleh budaya lain. Yup ! Takkan melayu hilang didunia ! 











Perjalanan untuk mencari makanan halal di bumi Hong Kong, terpandang aku pada sebuah taman permainan kanak-kanak yang di kelilingi pagar setinggi dinding. Tiada rumput. Di tepi jalan. Sebesar court Futsal. Argghh. Beruntungnya aku di zaman kanak-kanak yang bermain di taman permainan sebesar padang bola, dikawasan hijau dan tersorok dari hiruk pikuk asap kereta. Keselamatan yang terjamin dan udara yang segar. Yang paling penting, tidak perlu berpagar setinggi dinding untuk aku bebas berlari dan berbasikal.








Bus semuanya dua tingkat. Mungkin bas perlancongan dan bus sekolah sahaja yang setingkat. Walaupun dua tingkat, aku rasa bus di sana lagi banyak jumlahnya bus kat sini. Tak putus-putus bus lalu lalang kat jalan raya. Belum sempat line orang beratur memanjang, bus pun sampai. Belum dikira dengan keretapi bawah tanah. Saling tak henti. Memang tak mungkinlah ada anak kecik yang terlepas dari pimpinan ibunya. Hiruk pikuk ini akan berterusan sampai ke malam. Malam hingga ke jam sebelas malam. 














Ada dua jenis pasar malam yang memang tiap-tiap hari akan di bukak. Tample street and ladies market. Tiap-tiap hari ia akan dibukak dan meriahnya sama tiap-tiap malam. Antara budaya kat pasar-pasar ni, ada satu kawasan yang berderet-deret dengan booth fortune teller. Sangat aku tak paham. Fortune teller ni dah jadi satu budaya pada mereka. Biar pun setiap fortune teller itu memberikan tilikan yang berbeza-beza, pelik masih ada pengunjung yang datang dan percaya dengan tilikan. Entah ! nasib baik aku punya agama untuk berpegang teguh. Tak perlulah berpegang pada fortune teller di tepi-tepi jalan nih.     

Tourist guide ada pesan kat kitorang, kalau ke ladies market, dalam pukul 11 malam dah tutup. Memanglah patut tutup pun sebab ladies market dibuka dari pagi. Market yang memang menjadi tumpuan pelancong. Tapi, aku dengan 2 orang kawan yang lain nak juga pergi untuk membuktikan kata-kata itu. Hurmm. Memang dah tutup, tapi tutup nye market bukan satu kerugian untuk kitorang. Pengalaman mengetahui hal malam di Hong Kong lebih mahal. Tak berjalan malam sampai pukul 11 malam bukan sebab kedai yang banyak dah tutup adalah kerugian, tapi soal keselamatan. Lewat pukul 10, orang mabuk di tepi-tepi jalan. Prostitute mula bersidai-sidai ditepi jalan menunggu pelanggan. Teringat pula majalah-majalah lucah yang di jual dimana-mana. Tiba-tiba kami rasa kaki ini perlu melangkah lebih laju dari fikiran yang dah mengarut ke mana-mana. Kuala lumpur pun macam ni ke? 






Mungkin perjalanan aku ke Hong Kong agak limited hanya di Kowloon sahaja membuatkan aku belum dapat menerokai segala budaya yang ada di Hong Kong. Pity me. Tapi, perjalanan ini dah memberi aku ibrah. Negara yang terlalu mengejar kemajuan technology dan ekonomi sahaja akan hilang serinya sebagai Negara yang gemar di lawati pelancong. Masyarakat yang tidak ada pegangan agama dan kerpecayaan. Masyarakat yang kehilangan atau kekurangan satu lapisan msyarakat iaitu kanak-kanak. Infrstruktur yang tidak kondusif untuk kanak-kanak dan remaja. Tidaklah aku memilih tanah Hong Kong di Bandar Kowloon sebagai tempat membesarkan anak-anak. 


Biar apa pun tomahan dan ejekan untuk Malaysia, aku masih bersyukur berpijak di Negara ini.




Ruginya tak ke Disneyland !!!!     (=_=")

  

No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments