03 January 2012

Ini Untuk Kawan-kawan




“tahun depan saya rase nak kawen laaaa~~~ :)))”


Selama aku hidup, kawan hari-hari aku tak pernah bertahan sampai lebih dari 3 tahun.

Bila belajar untuk degree ni baru tahu, aku boleh ada kawan yang sanggup hadap muka aku hari-hari selama lebih 4 tahun dah. Owh, baru tahu.

Bila dah kawan lama, banyak rasa yang hilang antara kami. Mungkin bukan hilang, di+tak+pedulikan atau di+buat+buat+tak+tahu.

Hack.

Itu kisah di facebook. Aku di hack depan mata kalau nak tahu. Sambil tunggu Maghrib.

Settle kene hack, dalam solat pun sengih-sengih. Aku just cuba jadi sporting. Alah, setakat statement panas sekali-sekala, aku tak ada hal sebenarnya. Ada hari boleh balas. Ketawa sikit.

Terima kasih pada pakatan hackers Cik Farahin.

At least ada bahan nak tulis kat satu ruang blogspot cik chempaka ni. Dan, doa mungkin.

Kadang-kadang kita biarkan saja benda jadi. Untuk jadi “bahan” gelak kat café time tunggu makanan order sampai. 

Erti kata lain, volunteer je jadi “bahan”. Biar ada gelak tawa pecah berderai dalam café yang makin lama makin mahal harga makanan. Entah-entah, gelak tawa tu yang buat makanan kita lebih sedap.

Aku seronok ada kawan-kawan macam korang. Statement ni mesti jadi bahan jugak lepas semua dah habis exam fever nanti. Aku pasti yang itu. Aku tahu korang tahu siapa korang. Thanks anyway.

Macam mana sekarang aku rindukan kawan-kawan sekolah, aku rasa lepas grad nanti rasa rindu pada korang lebih hebat. Lebih sakit agaknya. 

Asal birthday je gather. Dah tak kire birthday sapa. Click tak click. 

Sorang buat program, yang lain kena ugut untuk participate. Haha. Ini ambil kesempatan. 

Masing-masing tak sabar menunggu masing-masing kahwin. Siapalah suami dia nanti, siapalah suami dia nanti. Konon-kononlah semangat nak datang rewang kenduri 3 hari sebelum. 

Rumah aku wajib ye,cop! 

Aku tak ada adik beradik perempuan, wei. Sanggup korang tengok aku pakai inai sendiri? Mak aku sibuk jaga cucu. Haha..

Berangan.

Tak perlu aku describe atau pupuk perasaan ala-ala konon syahdu tu kat sini. Sebab kita semua rasa. Pandai-pandailah nak appreciate. 


 “Tinggal 3 sem je… Degree aku tak akan gugat degree korang.. Degree korang takkan akan gugat degree aku, tapi sebab masing-masing dah ada degree, kita jauh… ”










02 January 2012

Jealous




Masih mencari identity. Ah ! Alasan kan?

Sangat lama tak update.

Sangat cemburu pada kawan-kawan yang sentiasa ada idea dan motif untuk ditulis. Hasil tulisan yang bukan boleh dibuat gelak.

“Wah ! Nampak je pendiam, tulisan kat blog mantap kot”

Pastilah kata-kata ni bukan untuk aku.

Jadikan alasan subjek Penulisan masa UPSR dapat B. Boleh? Ini fakta.

Sangat cemburu juga pada kawan-kawan yang sentiasa ada masa untuk di luangkan pada blogspot apatah lagi wordpress.

Inferior kot.. 

Manusia diminta bagi alasan, pimpinan zaman batu pun boleh di salahkan untuk dijadikan alasan.

Escapism. 

Bila teringat pada blog, dalam hati konon-konon,

“aku tak nak jadi blogger hangat-hangat tahi ayam”

Yelah tu….

Mungkin aku tak hidup di kalangan blogger.

Kawan-kawan aku kadang kutuk-kutuk kot kat blogger dan sifat normal seorang blogger.

Down.

Alasan lagi…

Aku akhirnya, sibuk bagi alasan sibuk.


   “Selamat tahun baru.. 0000 1 January 2012 aku istimewa..”







20 October 2011

Untuk Yang Rasa-Rasa Tak Nak Menyesal Belajar Engineering







Siang tadi midterm untuk subjek Genetic Engineering. Macam biasa, sebelum dan selepas exam, aku seolah-olah tak ada perasaan sangat. Nak gelabah pun tak sesuai, nak tenang lagilah tak sesuai kan? Jadi aku buat-buat cool je masuk kelas untuk exam.

Subject ni antara yang awal exam berbanding dengan subjek-subjek lain mahupun, majoring lain. Jadi feel nak midterm macam tak berapa rasa sangat. Perlu ke? Ada satu benda yang aku perlu tahu tapi aku tak ambil tahu sebelum aku betul-betul decide nak belajar engineering ni. Apatah lagi Biotechnology Engineering. Tapi, dulu aku tak kisah sangat. Tak pernah risau pun tentang apa yang akan aku lalui dan apa yang akan aku hadap selama 4 tahun di university.

Sebelum masuk university dulu, selalu lah akan dengar orang cakap,

 “di university lah tempat paling best masa remaja nanti”

“di university lah nanti korang boleh buat macam-macam”

“kat U nanti korang dah bebas, tak kisah pun nak keluar pukul berapa, balik pukul berapa”

“kat U nanti ko boleh je nak buat assignment ke, tak nak buat ke, ikut suke je. Tak de dah cikgu cikgi nak anta ke guru besar kene sebat”

“seronok time kat U nanti. Boleh pergi jalan-jalan, join program macam-macam. Dah masuk barulah dapat rasa.”

“dah tak de uniform dah kat U nanti, pakai lah baju hapa yang korang nak. Jangan tak berbaju sudah”

“masa U nanti masing-masing dah besar, tue yang memang boleh bebas”




Memang betul belakalah apa yang aku dengar sebelum aku masuk UIA dulu. Semua rumors yang aku dengar tu memang terjadi. Memang macam-macam boleh buat, memang boleh ikut suka hati je kalau-kalau tak nak buat assignment, tak nak pergi kelas. Nak-nak lagi kalau di UIA ni, untuk kulliyyah engineering, kedatangan ke kelas dah tak di ambil kira pun untuk sit for exam. Jadi, kalau satu sem tuh nak datang hari pertama kelas dengan hari terakhir kelas pun boleh je.

TAPI! Semua rumors tu bersyarat. Dan syarat-syarat tu lah yang tak dinyatakan oleh orang-orang sekeliling.

Boleh je kalau nak jalan-jalan, melancong sana sini. Tapi, kena fikir sendiri hal kewangan. Kalau setakat dapat duit PTPTN je, pandai-pandailah nak jimat sana sini. Duit kena save untuk tampung perbelanjaan jalan-jalan tuh. Kalau dah namanya “keluar” setiap meter perjalanan kena bayar. Tapi lainlah kalau mak ayah kaya raya boleh support “jalan-jalan” tu. Itu kes lain.

Yup ! tak ada dah cikgu-cikgi nak check sorang-sorang punya buku latihan. Buat kerja ke tak. Buat latihan ke tak. Lecturer pun memang tak bagi homework hari-hari. Tak payah risau. Tapi nanti kita sendiri akan sedar, yang sebenarnya betapa perlu latihan dan homework hari-hari tuh. Sebab hanya orang genius tambah bijak+cerdik+pintar ALONG je yang tak perlukan latihan atau homework hari-hari tapi score melambung-lambung dalam exam. Dan hanya dengan homework atau assignment saja yang membuatkan kita sendiri revise apa yang kita dah belajar. Dan bila dah sedar tu, barulah kita dengan sendirinya akan cari latihan sendiri untuk excel dalam exam. 

Haha. Sekarang aku seolah-olah rasa nak ada uniform sendiri untuk ke kelas hari-hari. Senang. Tak payah nak pikir nak pakai baju apa hari-hari. Tak perlu juga nak fikir, nak draw and match kan baju aku dengan tudung, dengan stoking, dengan anak tudung, dengan beg dan dengan-dengan yang lain. Tue tak masuk lagi nak kene follow the flow, yang shawl-shawl lah, high heels lah. Dan kalau adanya uniform untuk student university, aku rasa tak ada dah masalah fesyen atau pengaruh budaya barat dalam pemakaian hari harian kita. Kan..kan?

Dah lama tak tulis entri panjang-panjang.

Tulisan ini hanya reflect back apa yang aku dah lalui selama 2 tahun bergelar mahasiswa. Setiap gerak geri, tindak tanduk kita akan diperhatikan seluruh masyarakat. Bergelar mahasiswa bukan saja nak pergi jalan-jalan, bukan saja ada sikap tak buat assignment, bukan saja ada rasa benci dengan uniform sekolah. Tapi lebih dari itu. Lebih dari hal-hal kecik itu. 

Jadi mahasiswa seolah-olah kita pulak suatu hari nanti yang harus pikir “apa alternative assignment?” “apa cara nak keluar berjalan-jalan tapi jimat kos” dan sebagainya. Belum masuk lagi bab-bab yang mahasiswa ini perlu cakna dengan isu semasa, agama dan politik. Haa… ada berani nak bergelar mahasiswa?

Apa je yang terjadi di dunia ni, masyarakat anggap, mahasiswa perlu tahu. Kalau lah tiba-tiba bila di tanya tentang sesuatu perkara kemudian kita jawab 

“eh, yeke? Tak tahu plak …!” 

ha… anda bersiap sedia dengan respond 

“huh ! nama je belajar tinggi-tinggi sampai ke university, tu pun tak tahu!” 

Padahal, mana ada bilik kat hostel tv sorang satu. Ok, dunia memang tak adil.

 Mungkin tak semua mahasiswa setuju dengan apa yang tulis, tapi aku peduli apa kan? Blog aku. #eh.

Mungkin juga semua ini hanya applicable untuk mahasiswa yang belajar kos seumpama Engineering. Disebabkan kesibukkan dunia dan kesusahan belajar membuatkan sesetengah orang seperti aku tak dapat nak catch up enjoynya belajar pada masa yang sama pentingnya isu semasa. 

Dan kata-kata akhir kepada semua adik-adik yang agak-agak terhingin nak bergelar mahasiswa, nak-nak lagi dalam bidang Biotechnology Engineering, perlulah tahu bahawa, untuk score high mark dalam midterm subject Genetic Engineering, anda perlu baca+paham+menguasai+jelas SETIAP patah kata dalam buku teks “An Introduction to Genetic Engineering” third edition, tulisan Desmond S.T Nicholl.










Ok, jelas tak kat mana yang membuatkan aku ada idea untuk entri kali ini?? Sekian ~~









    

17 October 2011

Rindu itu Sakit. Sangat Sakit...


aku paling comel, sekian ~~


Permata ~Mirwana

Sunyi...selubungi malam...
Mengusik minda yang terlontar jauh...
Masih hangat terasa ...
Tangan yang membelai yang mengusik manja...
Daku damba kasihmu...
Biar jadi pedoman...
Buat penyuluh jalan kugapai impian...


C/O: Angin...kau nyanyikan lagu...
Untuk permataku...tenang selalu...
Bayu...sampaikan berita...
Daku kini ceria...aman dan bahgia...
Selimutkan rinduku bersama malammu...


Hadirlah...kau dalam mimpiku...
Agar kau selalu...ada disisiku...
Rindu belaian kasihmu...
Rindu senyumanmu...
Penawar lukaku...
Dengarkan laguku...hadiah untukmu...
Jasa dan baktimu ku kenang selamanya...


C/O: Bridge: Dikaulah cahaya...
Bila malam menjelma...
Kasihmu membawa ke syurga...
Dan redha yang Esa...





Setelah 6 minggu di perantauan, nak sangat balik rumah !! hanya kiamat akan menghalang pulangku ke rumah.. ye?











16 October 2011

Cikgu pun cari cikgu juga





Mula-mula nak letak tajuk ala-ala “bukan mudah jaga anak”,  tapi rasa macam blog mak-mak pulak letak tajuk anak ni. 

Hari selasa lepas, pengalaman pertama mengajar anak orang di rumah orang #eh. Boleh pula lecturer ni mintak tolong student untuk ajar anak dia. Subjek math dan tolong tengok-tengokkan subjek yang lain. 

 “saya  bukan tak boleh nak ajar dia, tapi tahulah kan? Bila anak sendiri ni bukan nak dengar sangat cakap kita. Kalau ada orang lain yang ajar, mungkin dia akan lebih respect dan dengar kata sikit”

“owh, betul jugak tu”

“nanti kamu boleh lah nasihat-nasihat sikit mengenai aurat ke, adap-adap belajar ke”

“insyaALLAH. Saya cuba”

Fuuhh.. konon aku nak nasihat anak orang. Diri sendiri pun tak berapa nak betul lagi nih. Setiap hari isnin selasa dan jumaat. Kalau petang-petang tu aku tak ada ke bilik, aku sedang melakukan aktiviti yang murni lah sebagai seorang pendidik. Chewah !

Masa 1st time sampai rumah tu, macam biasa lah. Rumah keluarga yang ada anak kecik. Macam-macam barang mainan sepah-sepah. Tapi barang mainan je lah. Perabot-perabot tersusun rapi je. Isteri lecturer ni suri rumah. Pastilah rumah dalam keadaan bersih dan tersusun. 

Aku rasa, aku rasa lah melalui pengamatan diri sendiri terhadap masyarakat. Bila si ibu nya tidak berkerja atau suri rumah, mesti anak-anak akan jadi sedikit manja. Ataupun memang dimanjakan. Nak-nak lagi kalau si ibu jenis yang agak rajin dan mampu untuk buat semua kerja.

Ermm… tue yang mula-mula nak buat tajuk “bukan senang nak didik anak”. Manjakan pun salah, tak manjakan pulak nanti claim kekurangan kasih sayang. Entahlah, aku yang menulis belum ada anak dan belum bergelar ibu. Mana nak tahu. Tapi sementara aku mampu memerhati, bolehlah aku belajar dari hidup orang lain. Ye tak ?




Yup ! pengalaman baru untuk aku apabila menaiki motor sendiri ke rumah orang asing untuk mencari sesuap nasi dan rezeki. Ececece… Barulah dapat rasa betapa payahnya cari duit untuk hidup bila sampai bilik maghrib-maghrib. Rasa macam dari keluarga susah gile bila terpaksa belajar sambil kerja. 

Anyway, ini yang aku pilih. Terus mencari seribu satu pengalaman sementara usia masih muda dan sihat. Aku ingin merasai inpati kehidupan pada setiap penjuru dunia, agar tiada apa pun yang mampu menghalang kesenangan aku suatu hari nanti. Ok, tetiba bersemangat sangat. Padahal ramai dah yang buat kerja-kerja ni. Lebih teruk mungkin.  


Lepas ni nak try buat apa pulak dalam hidup?


Mak ayah aku cikgu, aku pun ke pusat tuisyen juga. Anak-anak memang degil kot. (^^,) 







 

Gambar: rindu pulak dekat anak sedara sorang nih.. lama dah tak jumpa, tidur lagi kah kerje nya?











Intense Debate Comments