12 May 2012

Bukan Sahaja Boleh Di Hirup, Juga Boleh Di Baca.





Ada orang kata “you are what you eat”. Ada gak orang kata “you are what you read”. Aku tak percaya dua-dua. Haha.. suka hati…

Kalau kita belajar metabolism (how energy is generated), kita tahu yang metabolism kita tak sama antara satu sama lain. 

Sebab tu, ada orang makan banyak gile, kalau roti canai sebagai sarapan, dia kena makan dua tiga keping. Nanti time lunch dia makan lauk ayam ada telur mata, still badan dia sekeping. Paling tak pun, ideal lah. Kalau dia tak buat macam ni, dia akan kelaparan macam apa entah. 

Tapi ada orang makan biasa-biasa je. Ikut macam orang lain. Sarapan roti canai sekeping, lunch nasi, lauk satu sayur satu. Tapi still ada lemak sana sini kat badan. Hahaha. Maknanye dia kena bersenam banyak gile. 

Tapi time kecik dulu, aku ingatkan, phrase “you are what you eat” tu, macam kalau kau suka gile makan ayam, ko akan ada bau ayam tak pun, gelak bunyi ayam ke. Owh, sangat innocent kanak-kanak comel. 

Aku perasan aku mula suka membaca start lepas SPM. Well, mestilah start dengan novel-novel cinta. Novel-novel alaf 21 jadi bacaan sulung. Ah! Menyesal! 

Kalau sebelum SPM, orang minta biodata macam malulah kalau tak tulis hobi membaca, walaupun budak-budak nerd memang tulis hobi membaca walaupun duduk mengadap tv je yang lamanya. Selamba aku tulis, hobi aku tido. Bukan tuan punya buku tu pergi check aku kat rumah atau soal selidik mak aku. Heh~

Tapi bila banyak baca novel cinta ni, padahal 2 3 buah je, aku rasa tak berpijak pada bumi yang nyata. Penulis mereka cerita ikut apa yang pembaca nak. Agak-kalau hero heroin mati hujung cerita mesti tak laku novel tuh. Dan selalunya, mesti watak heroin yang jadi watak utama. Yelah, pembaca ramai wanita.

Lepas novel, aku beralih membaca buku-buku motivasi. Buku novel motivasi gempak sekali. Orang dah tahu yang kalau aku dengan andrea hirata dah sinonim. #ehyeke?  Dan aku tak jumpa lagi novel motivasi sebest tulisan andrea hirata. 

Sekarang aku ketagih novel indie. Ketagih ke? Tak jugak, Cuma lebih preferable. Kalau aku nak mendefinisikan apa itu novel indie, novel indie tak terikat dengan isi kandungan dan perkatan yang digunakan pada satu-satu peraturan. Penulis bukan sapa-sapa atau dari mana-mana. Entah-entah, murid darjah enam pun ada dalam novel indie. 

Berbeza dengan buku-buku yang di publish kan secara tak indie. Penulis siap letak, anak isteri berapa orang, sekolah dulu-dulu kat mana, dan berapa banyak ijazah yang ada. Confirm, segala yang dicoretkan adalah positive dan ke arah kebaikkan sahaja. Negative hanya sebagai case study.

Kalau novel indie. Taklah menyeru pada ke “negativ” an. Tapi, ia seolah-olah, menyatakan norma-norma kehidupan yang real biar pun yang baik atau yang buruk. Semua jelas. Telus. Atau lantang. Tok imam yang menzalimi isteri. Tokey starbuck yang sangat di kasihi 3 orang isteri. Keruntuhan akhlak dan bagaimana nak runtuh kan akhlak, perangai lelaki kepada perempuan dan sebaliknya. Semua telus.

Owh, aku tak promo novel indie kat sini. Aku promo kat FB je. #eh? 

Tapi ada satu point untuk aku sendiri bila baca buku-buku indie.

Aku akan terikut-ikut budaya negative dalam novel ini? 

Atau 

Aku dah tahu punca, rahsia atau cara masalah social dalam masyarakat.?

Yelah, kalau kita tak tahu yang api besar menyebabkan puding caramel kita terlalu hangus, next time kita akan guna api yang besar juga untuk buat puding hangus.

Jati diri yang penting. Biar kau dicampak dalam rumah yang sedang berparty mabuk, kau still prefer air tembikai laici tanpa setitik arak, apalah sangat novel indie.  

Apa aku nak cuba sampaikan, aku tak setuju juga dengan “you are what you read” melainkan ada dalam nas-nas al-quran. 

Ermm, orang baca alquran hari-hari, tapi still susah atau teragak-agak nak park motor kat tepi jalan sebab nak alih ranting kayu yang halang lalu lintas. Kan? Nak-nak lagi musim hujan ni. Still, you’re not what you read…










22 April 2012

Gentlemen Bukan Memikat ..



Dulu aku pernah sekolah menengah dari tingkatan 1 sampai 3 sekolah yang majoritinya adalah anak-anak cina. Dari peladang, pemandu lori,  peniaga runcit sampailah bos-bos besar company ada sekolahkan anak kat sekolah nih.

Masa aku tingkatan 1, ketua pengawas ni cina. Mula-mula briefing pasal pengakap, aku kagum sebab ada juga melayu yang berkaliber dalam pengakap. Rupa-rupanya dia ketua pengakap dan dia cina dan dia jugaklah ketua pengawas tu.

Fluent malay.

Ok

Mana melayu?

Kalau waktu perjumpaan kokurikulum buat dalam kelas, mesti tak muat. Pengakap kira badan beruniform yang famous kat sekolah tuh. Mesti ada yang kena berdiri, kena cari kerusi, kena alih-alih meja, sebab nak menampung ahli dalam kelas yang kecik. Kalau yang datang awal, rilexlah. Kerusi ada lagi, siap boleh pilih kalau nak yang bawah kipas. 

Kalau Lau Chai Meng yang conduct meeting, dia akan announce “Yang lelaki bangun, bagi kerusi kat perempuan, pastu pergi cari kerusi kat kelas sebelah”. Well, perempuan boleh senyum lebar. Next-next meeting, lelaki bolehlah siap-siap standby kerusi lebih kat luar.

Pernah satu camping di sekolah, dia datang sekadar meninjau-ninjau anak buah buat kerja, tiba-tiba kedengaran azan maghrib. Dia selamber buat announcement “berhenti kejap, azan tuh”. 

Well, dia cina.

Aku mencari-cari juga sebab kenapa perempuan melayu sekarang semakin hilang rasa malu. Rasa sopan santun, rasa ingin memperlahankan suara di khalayak ramai, rasa ingin menutup aurat dengan sempurna (ini cliche). Rasa ingin bertegas dengan lelaki. Rasa ingin nampak garang depan lelaki. Perempuan tak lagi ada rasa kecik di kalangan lelaki. Tak lagi ada rasa hormat pada mana-mana lelaki.  


Perempuan tak lagi dengar kata lelaki, (ayah abang  suami). Perempuan seboleh daya nak bersaing dengan lelaki.

Aku tak jumpa-jumpa sebab ini. 

Mungkin aku pun tergolong. Alahai…

Selalu je aku ulang alik kampus naik public transport. 

Ada public transport, perlu ada coach wanita untuk lindungi wanita. Tapi still ada lelaki dalam tu, siap dapat tempat duduk. Ironically, perempuan berdiri, bergayut-gayut dengan tiang.

Ada public transport, yang  tiada coach wanita. Ok, semua orang boleh masuk mana-mana coach. Dan akan nampak 2 row tempat duduk yang penuh dengan lelaki-lekai gagah, smart-smart, sasa-sasa dan dikelilingi wanita still bergayut-gayut pegang tiang. Ada je scene lagi sedih, wanita tua berkedut sana-sini pun berdiri sandar kat pintu LRT.

Tak payah kira lagi lelaki yang potong line masa beratur nak naik bus, lagilah jauh nak bagi lalu dulu.

Owh, nie semua belum masuk lagi isu-isu, sexual harassment, buat-buat terlanggar, mata melilau-lilau, mencopet, tetas benang beg orang.

Ok


Aku masih lagi mencari sebab dan alasan.




Gentlemen Bukan Memikat ..









08 April 2012

Mangkuk penuh air









 








Aku suka kalau kalau aku ada kawan yang bukan dari dalam lingkungan kawan harian biasa aku. At least aku boleh react atau respond differently. Apa ek nak panggil? Secret friend? Secret company? Entah. Yang pasti seorang kawan.

Ok, so called kawan aku ni ada bagi perumpaan yang aku ingat sampai sekarang. Bayangkan, dalam beribu-ribu kata-kata yang kami duduk borak kan, ni je yang aku ingat. Haha. Suka hati.

Aku cuba untuk susun semula kata-kata dia agar mudah di faham untuk aku baca time aku dah tua kerepot nanti.


“ 
Hati perempuan ni ibarat mangkuk yang penuh dengan air. Penuh yang ke tahap bibir mangkuk. Lelaki yang hadir ke dalam hati perempuan ni pulak ibarat satu benda yang di isi ke dalam mangkuk tu. So, bila ada benda yang masuk, pasti air akan tertumpah. 

Makin besar yang mengisi, maka makin banyaklah air yang akan tertumpah. Tapi cuba bayangkan kalau benda yang mengisi itu pergi atau keluar dari mangkuk tadi, pastilah mangkuk itu tak lagi penuh seperti dulu 
 ”

Macam mana nak kait?


Semakin besar pengharapan dan pengisian cinta dari seorang lelaki kepada seorang perempuan, maka semakin banyaklah yang akan si perempuan korbankan untuk lelaki itu. Once lelaki itu meninggalkan kan dia, semakin kosonglah hati seorang perempuan itu.

Antara bukti, kalau perempuan yang dah biasa bercinta atau ber‘couple’, sekali dia terpisah, dia akan cuba mencari ganti. Agar hatinya kembali penuh dan tidak lagi kosong.

Tapi ada je yang tak mencari ganti, janda anak lima. Ermm.. mungkin hati dia di isi dengan kasih sayang dengan anak-anak.

Paling tidak pun, hati yang kosong itu serik bercinta atau sedikit trauma.

Pada lelaki,
Janganlah memberikan perasaan atau pengharapan itu sewenang-wenangnya pada mana-mana perempuan. Sebaliknya pilihlah sebetul-betulnya yang sesuai dan pasti untuk menjadi peneman sampai ke syurga.

Pada perempuan,
Juga jangan sewenang-wenangnya menaruh harapan dan memberi ruang untuk mana-mana lelaki yang belum dapat menjanjikan apa-apa. Biar yang mengisi hati itu menumpahkan  semua kandungan air dalam mangkuk, tetapi kekal sampai bila-bila….





Ececece ~~~



  

Intense Debate Comments