12 May 2012

Bukan Sahaja Boleh Di Hirup, Juga Boleh Di Baca.





Ada orang kata “you are what you eat”. Ada gak orang kata “you are what you read”. Aku tak percaya dua-dua. Haha.. suka hati…

Kalau kita belajar metabolism (how energy is generated), kita tahu yang metabolism kita tak sama antara satu sama lain. 

Sebab tu, ada orang makan banyak gile, kalau roti canai sebagai sarapan, dia kena makan dua tiga keping. Nanti time lunch dia makan lauk ayam ada telur mata, still badan dia sekeping. Paling tak pun, ideal lah. Kalau dia tak buat macam ni, dia akan kelaparan macam apa entah. 

Tapi ada orang makan biasa-biasa je. Ikut macam orang lain. Sarapan roti canai sekeping, lunch nasi, lauk satu sayur satu. Tapi still ada lemak sana sini kat badan. Hahaha. Maknanye dia kena bersenam banyak gile. 

Tapi time kecik dulu, aku ingatkan, phrase “you are what you eat” tu, macam kalau kau suka gile makan ayam, ko akan ada bau ayam tak pun, gelak bunyi ayam ke. Owh, sangat innocent kanak-kanak comel. 

Aku perasan aku mula suka membaca start lepas SPM. Well, mestilah start dengan novel-novel cinta. Novel-novel alaf 21 jadi bacaan sulung. Ah! Menyesal! 

Kalau sebelum SPM, orang minta biodata macam malulah kalau tak tulis hobi membaca, walaupun budak-budak nerd memang tulis hobi membaca walaupun duduk mengadap tv je yang lamanya. Selamba aku tulis, hobi aku tido. Bukan tuan punya buku tu pergi check aku kat rumah atau soal selidik mak aku. Heh~

Tapi bila banyak baca novel cinta ni, padahal 2 3 buah je, aku rasa tak berpijak pada bumi yang nyata. Penulis mereka cerita ikut apa yang pembaca nak. Agak-kalau hero heroin mati hujung cerita mesti tak laku novel tuh. Dan selalunya, mesti watak heroin yang jadi watak utama. Yelah, pembaca ramai wanita.

Lepas novel, aku beralih membaca buku-buku motivasi. Buku novel motivasi gempak sekali. Orang dah tahu yang kalau aku dengan andrea hirata dah sinonim. #ehyeke?  Dan aku tak jumpa lagi novel motivasi sebest tulisan andrea hirata. 

Sekarang aku ketagih novel indie. Ketagih ke? Tak jugak, Cuma lebih preferable. Kalau aku nak mendefinisikan apa itu novel indie, novel indie tak terikat dengan isi kandungan dan perkatan yang digunakan pada satu-satu peraturan. Penulis bukan sapa-sapa atau dari mana-mana. Entah-entah, murid darjah enam pun ada dalam novel indie. 

Berbeza dengan buku-buku yang di publish kan secara tak indie. Penulis siap letak, anak isteri berapa orang, sekolah dulu-dulu kat mana, dan berapa banyak ijazah yang ada. Confirm, segala yang dicoretkan adalah positive dan ke arah kebaikkan sahaja. Negative hanya sebagai case study.

Kalau novel indie. Taklah menyeru pada ke “negativ” an. Tapi, ia seolah-olah, menyatakan norma-norma kehidupan yang real biar pun yang baik atau yang buruk. Semua jelas. Telus. Atau lantang. Tok imam yang menzalimi isteri. Tokey starbuck yang sangat di kasihi 3 orang isteri. Keruntuhan akhlak dan bagaimana nak runtuh kan akhlak, perangai lelaki kepada perempuan dan sebaliknya. Semua telus.

Owh, aku tak promo novel indie kat sini. Aku promo kat FB je. #eh? 

Tapi ada satu point untuk aku sendiri bila baca buku-buku indie.

Aku akan terikut-ikut budaya negative dalam novel ini? 

Atau 

Aku dah tahu punca, rahsia atau cara masalah social dalam masyarakat.?

Yelah, kalau kita tak tahu yang api besar menyebabkan puding caramel kita terlalu hangus, next time kita akan guna api yang besar juga untuk buat puding hangus.

Jati diri yang penting. Biar kau dicampak dalam rumah yang sedang berparty mabuk, kau still prefer air tembikai laici tanpa setitik arak, apalah sangat novel indie.  

Apa aku nak cuba sampaikan, aku tak setuju juga dengan “you are what you read” melainkan ada dalam nas-nas al-quran. 

Ermm, orang baca alquran hari-hari, tapi still susah atau teragak-agak nak park motor kat tepi jalan sebab nak alih ranting kayu yang halang lalu lintas. Kan? Nak-nak lagi musim hujan ni. Still, you’re not what you read…










No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments