03 October 2012

Sembang-sembang Pilihan Raya Kampus IIUM





Kalau entri lepas aku kata aku jiwa kosong. Tak tahu dan tak nak amik tahu pasal pilihan raya kampus (PRK) kat uia ni. Tapi lepas je tahu ada re-election untuk semester kali ni, errmmm, kenapa tidak aku terlibat sekali walau memerhati.

Ini unik. Aku tak pernah dengar ada re-election kat mana-mana. Kalau ada re-election kat pilihan raya umum (PRU) tu mesti sebab kematian atau pun tarik diri. Ini kampus je. Nak re-election jugak?

Masih ramai lagi kawan-kawan aku yang tak tahu, tak nak amik tahu, tak nak tahu dan tahu-tahu yang lain mengenai PRK ni. Tapi sesetengah yang lain pula, PRK adalah satu event yang sangat besar. Perlu bersatu, amik tahu, kaji..

Sebab ramai kawan-kawan aku yang tak tahu, aku dengan sedikit ilmu pasal PRK ni berpeluang la nak jual-jual temberang, tambah-tambah info pasal PRK.. hahaha. Suka hati.






Aku pernah tahu kalau di UM, ada parti yang sampai dibaling telur waktu bentang manifesto umum. Sepanjang di UIA aku pernah tahu pasal simbah cat je. Macam along pun ada. Haha..

Tapi mind set aku untuk UIA senang je “ala uia, sah-sah dah tahu sapa yg menang”. Anggapan aku senang je kot. Entah. Mungkin sebab sebelum kenal dan tahu apa itu PRK, abang aku dah tolong set kan dalam kepala, kata nya “uia memang pembangkang je menang selalu. Satu-satunya university yang pembangkang je menang”. Well, time tu aku acuh tak acuh je dengar. Aku tak kisah sangat. Tengah pikir nak start hidup ala-ala asrama pun dah gerun, apatah lagi nak cite pilihanraya.

Sekarang tahun empat, lebih paham tanggungjawab pada diri, dan masyarakat. Sepatutnya ke tempat lain, tapi tunjuk muka je sekejap curi-curi ke tempat pengumuman election. Terlambat, tapi still rasa aura orang-orang lain. Yeke ke? ye kot.

Dikelilingi student perempuan yang rata-rata berjubah dan bertudung labuh. Tak kurang juga berniqab. Ermm, mula pandang diri sendiri dari atas sampai bawah. Ok, pas! Still tutup aurat dengan sempurna. Walaupun tshirt dan seluar. Kalau siang, nampak aneh dah kami di kelompok tu.

Selesai semua diumumkan, semua, diulangi, semua yang ada kat situ berkumpul dan buat saf untuk sujud syukur. Aku tahu ini perkara biasa. Haruslah sujud syukur kalau dapat sesuatu yang menggembirakan (bukan lepas akad nikah je). Tapi, kesatuan itu yang aku kagum. Di ikuti dengan doa dan memuji-muji ALLAH. 

Mungkin aku je yang pelik. Pada mereka ini perkara biasa. Ye, aku rasa keislaman itu ada. Fully submission itu ada pada ketika itu. Tapi kalau masih ada orang macam aku yang rasa pelik, aku rasa raaamai lagi yang duduk dalam bilik tak tahu apa-apa lagi pelik.

Perjuangan PRK bukan pada tinggi nilai undi saje. Bukan pada nilai berapa yang keluar mengundi dan bukan juga pada undi rosak. Berapa kali election pun, siapa yang menang pun, aku sebagai student biasa, yang hanya melakukan tanggungjawab mengundi ini inginkan perubahan dan pembelaan. Itu saja. 

Andai kata yang menang si A dari pihak yang kurang islamnya, tapi personally dia memimpin dengan penuh keislaman aku tetap sokong. Andai kata si B dari pihak yang tinggi nilai islamnya menang, tapi memimpin dengan tidak islamnya, maaf tiada undi dari aku. 

Entri aku sebelum ini, mungkin bukan kerana jiwa aku kosong. Kosong yang benar-benar kosong. Tapi aku saja mengosongkan jiwa ini. Biar tak serabut dengan tipu helah dan fitnah dunia. 



mereka hero-hero aku. sampai.... sampai... aku dah bersuami.. #kbai


Jangan balas semula “pandai cakap je, test ar bertanding”. Sangat tak adil. Memang perlu ada yang mengkritik. Dan setiap raja itu perlu ada rakyat. Andai semua bertanding, siapa jadi rakyat? Fitrah raja rakyat, tiada. 

Semoga yang menang akan terus berkobar-kobar. Bukan akan sibuk dengan program-program tahunan yang diwarisi. bukan hanya sibuk dengan perwakilan pelajar ke luar kampus. Tapi focus dan lebih faham setiap masalah pelajar. Menjadi yang tengah untuk pelajar dan admin, membawa perubahan hingga terasa pada student yang hanya melekat punggung di kerusi belajar. 

Masih menunggu ketokohan adam adli versi uia. Kene buang kampus bukan isu besar andai di pihak yang betul.

Once dah jadi pemimpin, sebelah kaki di syurga, sebelah kaki di neraka. Ingat..~


Confession: aku tak mampu untuk bertanding untuk apa-apa kerusi. Aku hanya mampu berbisik..~    









No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments