29 September 2011

Ada Dua Benda je



Sem baru dah nak masuk ke minggu ketiga. Sejak post aku yang terakhir itu, baru hari ini aku kembali memanjakan diri dengan blog ni. Post terakhir tu buat lepas sahur sementara tunggu subuh, di mana orang lain tunggu subuh sambil baca Al-Quran. Adeh. 

Ada dua benda je yang kalau baru masuk sem ni rosak, sangat menyakitkan hati. Mulalah rasa nak stress. Nak tension. Nak balik rumah. Nak tidur lama-lama. Nak makan banyak-banyak. Eh?

Kadang-kadang orang memang ambil ringan tentang sesuatu perkara. Yang mana pada pihak lain yang menganggap ianya bukanlah seringan itu. Lampu motor tu dah tukar masuk 3 kali. Boleh ke pomen tu kata still masalah mentol? 

“eh bro, takkan nak tukar mentol lagi?”
“ye ar, mentol terbakar ar tuh kalau tak nyala nih”
“tapi saya dah tukar 3 kali kot. Mesti ada prob kat wiring ke, kan? Check ar dulu,bro”
“tak pe, kita tukar dulu yang baru, nanti kita tengok boleh tahan sampai bila”
“jadi, kalau terbakar jugak, kita nak buat apa?”
“kita tukar mentol yang RM5 plak….”
“…………….”

Kalau memang itu solution untuk prob motor tuh, rasa nak pergi kilang mentol beli banyak-banyak pastu pasang sendiri kalau terbakar lagi.

“akak yang tak amik engineering ke, elektronik ke hapa ke nih, pun rasa bukan masalah mentol dah tuh.. logiknya pun, memang masalah wiring lah tuh”

Sem kali ni bateri ok plak. Mungkin sebab sebelum cuti hari tu dah service sampai RM400. Tapi, mungkin juga sebab service tu, buat masalah lain pula.

Aku bawa motor dengan ketiadaan lampu depan… 

 PC aku perform dengan sangat baik sem nih. Setakat ni tak ada masalah. Alhamdulillah. Cuma printer macam dah tunjuk ada benda yang menggangu perjalanan kertas. Ada benda yang jatuhlah tu. Tips: kalau boleh letak printer tempat yang tinggi.

Dua je. Kalau motor masalah, nak ke sana-sini dengan kadar yang segera memang payah. Perlu plan keluar bilik dari pagi tak balik-balik dah sampai malam. Kalau Pc yang rosak pulak, banyak assignment dan kerja-kerja lagha lain yang tergendala. Suka hati. Tak boleh nak tengok movie. Tak boleh nak chatting. Tak boleh nak facebookwalking. Dan sebagainya. Yang paling penting mestilah sebab nak buat assignment dan study kan? Yelah tue.

Anyway, dah rasa lama sangat tak balik rumah. Banyak kerja belajar dan juga sibuk program convocation fiesta bulan 10 nih. Rindu sangat! Pagi tadi dapat text dari umie. Simple. Tapi aku senyum sampai petang.

Umie : “umi saayaanngg ain”


(^^,)V








No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments