10 July 2012

Perhati Dan Tulis



Aku mengaku jujur yang aku sangat jealous dengan blogger yang mampu menulis kata-kata yang sedap dibaca.

Biar pun tulisan dia panjang menjela. Tapi alunannya sedap dan sesuai untuk di ikut. Lebih jealous kalau dia di kalangan baya-baya aku. Ah! Mana dia dapat masa untuk menelaah alunan kata-kata tu?

Kalau ianya di alasan kan sebagai bakat semulajadi, yup! Aku bertambah-tambah jealous.

Untuk mengusaha kan itu, aku lebih suka memerhati dan merasai. Teringin untuk mengisi setiap masa aku dengan pengalaman dan ikatkan dengan kata-kata mudah untuk semua dapat merasai apa yang aku rasa.

Membaca juga iya. Menambahkan kosa-kosa kata untuk penggunaan umum. Biar satu dunia faham apa maksud sebutan papan kekunci aku.

Hurrmm.. gagal nya selalu.

Aku memerhati, dan akhirnya aku sesat dengan dunia aku sendiri. 

Belum sempat disampaikan kepada orang lain, aku hilang kata-kata. Faktanya, aku sangat ingin memberitahu dunia apa yang aku ada dan aku apa yang aku rasa. 

Memendam juga mungkin. Ego ada juga. 



Semoga aku ingin terus menulis.








24 June 2012

Industrial training












Kalau ikutkan rasa, malas je nak ngadap computer dah nak menulis blog atau melayan social network berjam-jam. Baru aku tahu apa itu keletihan bekerja.

Dari kecik aku tak pernah bekerja. Aku tak tahu rasa kena marah dengan orang atasan, manager, atau supervisor. Baru aku tahu yang kalau dapat arahan dari atasan aku kena patuh. Tak boleh tangguh dan tak boleh argue. Lagi satu, kena datang tepat pada masanya dan balik pada masanya jugak. Ah! Ini letih.

Setiap saat ada wang. Cuti kene apply awal. Tak boleh sesuka hati nak ponteng kerja.

Sangat lain keadaan masa belajar. Aku sesuka hati boleh argue dengan lecturer kalau tak setuju. Boleh lewat ke kelas. Tapi tak buat la. Boleh tak buat assignment kalau rasa tak nak buat. Senggang masa kelas walau sejam, aku boleh balik asrama untuk short nap.kini tak lagi. 

Sangat beza.

Setiap pagi, drive 20 minit untuk sampai ke tempat praktikal. Harusla untuk punch card. Pagi-pagi dah perlu ada mind set planning nak buat task apa untuk the whole day. Point ini baru aku sedar setelah masuk seminggu praktikal. Tiada lagi orang yang akan suruh kita satu-satu. Kita sendiri perlu ada inisiatif untuk buat apa setiap hari.

Yup! Tempat kerja tu kita perlu buat macam company mak bapak sendiri untuk dimajukan. Walaupun kita hanya kuli. Haha. Kuli sepenuh masa.

Baaannyyaakkk yang aku belajar daripada seminggu menjadi pekerja. Pekerja kilang mungkin. Ke ladang? Dua-dua pun boleh. 

Aku praktikal atas kapasiti seorang pelajar jurusan ijazah muda Biochemical-Biotechnology Engineering. Tapi, sekarang aku hanyalah lepasan SPM. Tak ada apa yang aku boleh banggakan. Macam-macam boleh jadi yang membuatkan scroll degree tu aku tak dapat genggam pun. Ini fakta.   

Dari sini aku sedar, kalau manager aku tu lepasan SPM je pun, tapi dia dah 5 6 tahun dalam bidang yang sama, ye, aku perlu tunduk dan patuh.

Aku belajar untuk letakkan aku sebawah yang mungkin. Menerima arahan dan kritikan. Biarpun kritikan tak membina. 

Oh, tempat praktikal aku? Hanya company tissue culture kecil yang baru memulakan perniagaan 3 tahun dulu. HQ di kelana jaya, lab dan ladang di linggi. Aku boleh tahu setiap selok belok pengurusan company. Aku juga boleh tahu scandal yang berlaku dalam company. #eh. Setiap skill yang perlu dalam lab untuk tissue culture. Dan anjing. 

Hahaha… anjing di entri kemudian.

Seronok? Hurrmm..

Ramai orang kata, kalau waktu kita belajar di sekolah, kita akan rasa seronok kalau di university. Kalau kita di university, kita akan rasa nak bekerja. Dan suatu hari nanti bila kita bekerja kita akan rasa rindu nak kembali ke zaman belajar. Haha.. manusia memang tak reti bersyukur.

Tapi sekarang aku akui. Mungkin aku baru lagi nak rasa-rasa bekerja. Tapi, sungguh aku sudah rasa rindu untuk ke kelas. Bersama kawan-kawan. Bergelak ketawa. Sentiasa ada kawan untuk berlibur.tergopoh-gopoh buat assignment. Tidur lewat untuk study last minit.

Tapi, takkan aku nak jadi seperti dinasor yang tak mahu menerima perubahan kan? 

Perlahan-lahan mengadaptasikan diri di tempat asing. Tempat yang suatu hari nanti, akhir-akhir praktikal tak lagi asing. Rindu pulak mungkin.

Aku puas, bila balik rumah aku tahu dari mana, apa dan bagaimana aku nak mulakan karier idaman aku yang tak mahu berada di bawah orang. Memulakan perniagaan keluarga berteraskan apa yang aku belajar untuk ijazah ini. insyaAllah





  

23 May 2012

Wordless Wednesday







Amirul Amin
Atiff Amin
Muaz Amin









muaz: kak ain, kak ain!!
kak ain : (monolog) apa la budak ni nak lagi... nak pinjam handphone aku main game la nih..
muaz: kak ain, kak ain, mane??!!
kak ain : ye..! "kak ain... kak ain..." nak mintak main game lah tuh!

muaz: x lah, ni untuk kak ain. tadi dapat time family day..
atiff: atiff pun dapat jugak. nah ! 
kak ain: terharu plak rasa.. rasuah ek?
muaz: heheh... mana ada.. :))













22 May 2012

Backpacking around Europe





Aku pernah bercerita dengan kawan aku yang aku nak sangat backpacking. Ini semua gara-gara terpengaruh dengan novel “sang pemimpi”. Ah ! andrea hirata lagi.

Dia cerita macam mana watak hero boleh survive hidup kat Europe tanpa duit yang cukup, skill yang ada boleh selamat dari mati kesejukan. Ah! Banyak betul pengaruh novel itu.

Aku pun sedar, sejak dari aku baca novel itu aku start suka melancong ke negara-negara orang. Abang aku pernah juga cakap, 

“buat apa sibuk gie negara orang, Malaysia pun tak abis jelajah lagi”.

Entah. 

Lain.

Kalau berada kat negara orang kita akan mula rasa sayang pada negara kita sendiri. Rasa sayang yang lebih. Macam mana ek nak describe? Tapi memang lain. 

Ye, kita akan compare dan contrast. Tapi, still rasa sense of belonging pada negara sendiri tu sangat.
Kalau bila comparing tu rasa negara kita kurang, kita ada azam untuk merubah, tapi bila kita rasa negara kita better, kita ada rasa bangga. Bangga yang bukan sebarangan.

Aku nak tahu budaya, aku nak tahu kebiasaan orang-orang di tempat lain. Aku nak tahu cara dan pembawakan orang lain di negara lain. Aku nak tahu makanan orang lain. Aku nak tahu pakaian orang lain. 

Kalaulah tercapai impian nak backpacking, aku tak kisah kalau tak duduk hotel lapanbelas bintang, aku tak kisah kalau tak pergi ke mall ada butik Gucci terbesar di dunia. Aku pun tak kisah kalau aku terpaksa pergi pakai kasut kulliyyah aku je. Aku pun tak kisah juga kalau aku perlu backpacking guna beg sandang aku yang dah 6 tahun ni. Haha. #miskinbetoi

Tapi, aku nak tinggalkan jejak tapak kaki aku di tepi-tepi jalan. Cap-cap jari aku tiang-tiang lampu. Aku nak baca peta di bandar-bandar kecil. Aku nak berinteraksi dengan orang-orang tempatan. Aku nak berinteraksi dengan sipenjual burger tepi jalan. Aku jugak nak terhangak-hangak kehairanan melihat bangunan dan seni bina seni ukir di negara orang. 

Aku nak jadi seperti kanak-kanak kecik yang baru melihat dunia. 

Ye, dunia yang lain. 

Bertanya itu dan bertanya ini.

Moga dengan umur yang semakin singkat ini, aku sempat menjelajah. 

Jangan pernah tanya aku, perihal tahap keinginan untuk ke tempat yang perlu diziarah penuh syarat oleh umat Islam. 

Aku tiada jawapan.

Yuna
Backpacking around Europe

We question what we are
This I spent the best so far
And I miss you
When we're apart

I... I barely even know you
You rarely do this too
I don't usually talk to strangers
Until I met you

And this feeling shall last
This feeling shall last
We are proud to know to not to know
That we are strong enough to let it go
And this feeling shall last
This feeling shall last
I could be a thousand years apart
And you always have my heart

Well this has been nice
We'll meet again sometime
But I can't promise you
'Coz I'm flying away

When I'm (on) top of some building
With the lovely view
I'll think of you

And this feeling shall last
This feeling shall last
We are proud to know to not to know
That we are strong enough to let it go
And this feeling shall last
This feeling shall last
I could be a thousand years apart
And you always have my heart


We're going that backpack intrigue
We're traveling around Europe
And 7 different languages
And learn how to say Hello
Oh will you do stop by the Eiffel Tower
We'll drive around Rome
Before we head on home

It's a small world darling
And we are still young
We might be so far away
We might just meet again someday

And this feeling shall last
This feeling shall last
We are proud to know to not to know
That we are strong enough to let it go
And this feeling shall last
This feeling shall last
I could be a thousand years apart
And you always have my heart






Intense Debate Comments