14 March 2015

Muka surat baru

Kurang 100 hari lagi.
Buku baru, muka surat baru.
Semoga banyak perubahan ke arah yang lebih baik.

Bukan taburan ringgit yg kita cita,
Tapi keberkatan yang berpanjangan.

Kau risau itu, aku risau ini..
Lengkap agaknya jalan cerita.

Nah, buat penyimpul bibir menjadi senyum..

:-)

17 February 2015

Kawan-kawan

Dulu, awal-awal blogging ada satu post pasal kawan-kawan.
Seronoknya lepak cafe petang-petang, celebrate birthday tiap sorang.
Weekend pergi mandi sungai, riadah-riadah kononnya.

Tapi sekarang tak lagi. Apa yang aku forecast dalam entri tu, semua betul.
Masing-masing sibuk dah bila dah dapat degree masing-masing.
Dah kerje, dah kahwin, dah ada anak, dah tunang (perlu ke?).

Soal, "ko yang tak datang rumah aku!"
Soal "aku banyak kali dah datang umah ko!"
Soal, "yelah, orang dah bersuami, takkan nak aku ajak gi wedding sama-sama"
Soal, "aku mana ada duit nak lepak-lepak selalu, aku kene jimat"

Dan soal-soal lain..

Ala, soal remeh temeh sebenarnya.. Cuba mengaku je, masing-masing rindu zaman dulu.

Zaman kita borak dalam train, macam satu gerabak tu kita punya.
Zaman kita borak kat kedai makan macam lah 10 tahun x jumpa.
Zaman kita punyalah excited nak cerita yang crush kita lalu depan kita. #heh?

Cari lah masa. Jangan berkira siapa jumpa siapa, siapa spend masa untuk siapa. Sebab kita sendiri yang perlu ubat hati sendiri yang rindu.

Sakit kat dalam tu pedih. Pedih sangat..

Flashback

Malam tadi pergi watch semula video-video mat lutfi.
Padahal pernah tengok dah..
Tengok dan senyum..
Dan ambil iktibar..
Padahal pernah tengok dah.

Heish..

Patut pun sebelum exam kene revision.

#eh

22 November 2014

Dah ke?

Kawan: serius ke Cik Puan dah bertunang?
CB: iye, insyaAllah.
Kawan: betul ke?
CB: Hahaha, iye..
Kawan: mesti tunang Cik Puan jenis ustaz-ustaz pakai songkok kan?
CB: Hahahahaah! Perlu kah?

Sentap

Let me know, what annoyed you most.

I'll change.. :-)

Perasaan ini

Dear heart,

Don't let this feeling go.

Please.

19 November 2014

Betul



Betul kata orang..
Menulis ni jangan di tangguh-tangguh.
Sewaktu berada dalam keadaan itu,
adalah masa yang terbaik untuk menulis tentang keadaan itu..

Tiup






Fuuuhh !

Fuuuhhh !

Fuuuhhhhh !!

21 January 2013

Kalau Lah Tak Berdosa..





 
 
Kawan aku pernah update status yang betapa dia sanggup berhabis berratus ringgit untuk ke kedai buku.

Rupanya aku pun sama…

Kata kawan aku itu lagi, kalaulah mencuri di kedai buku itu bukan satu bentuk dosa, pasti dia akan mencuri hari-hari.

Rupanya, aku pun sama…

Menceritakan,

Kedudukan MPH itu pasti perlu aku lalui Guardian, Watson..  oh! Masuk-masuk ke dalam Mall itu pasti perlu aku lalui timbunan baju yang sangat menarik perhatian. Akan dibelek-belek dahulu jeans, blouse yang kalau di padankan ke bahu, pasti terdetik “next week nak beli lah..”

Konon masuk ke Guardian dan Watson nak mencuba produk-produk baru dari silky girl, Revlon (yeke?),  Maybelline dan nivea untuk membandingkan harga dan produk. Haruslah nak terpasang niat “next week nak belilah..bila lagi nak pakai..”

Harapan…

MPH, “akak letak buku-buku ni kat kaunter dulu, saya nak pergi draw duit…”

Seluar baju banyak lagi dalam almari tak habis pakai. Elok-elok lagi semua…

Biar orang kata buku yang di baca “tiada kualiti” atau “tak best”, atau “tak ada jalan cerita”, atau “biasa-biasa je”.

At first point nak keluarkan duit dari purse yang dah bertahun tak tukar untuk buku yang boleh dipinjam dari member, tak semua orang boleh buat.



#ni semua gene dari ayah, ah !


20 January 2013

Boleh Dengar Sunyi?



Ironi,

Tahu.

Saat bila kita terlalu rimas dengan sms kawan yang bertanyakan soalan simple dan bodoh,
Ingatlah balik suasana sunyi ini…

Saat bila kita bosan dengan kunjungan kawan yang sama dari bilik sebelah,
Ingat balik suasana sunyi ini…

Saat bila kita rasa nak tutup lampu, pintu, kipas seolah-olah memberi isyarat jangan ganggu kepada orang sekeliling,
Ingat semula suasana sunyi ini...

Saat kita tak pedulikan message dari sesiapa seolah-olah kita kehabisan kredit, atau berada di kawasan tiada line, atau beralasankan silent mode,
Ingat semula suasana sunyi ini..



Baru tahu benar, manusia menghargai bila sudah tiada……




Notakaki: lama tak update blog..

Ah! Semua sedia maklum.




 

14 October 2012

K.A.W.A.N






     
Last week, hari sabtu aku pergi Asian Extreme Sport Village. Extreme ke? haha.. pada kami yang tak berapa nak aktif ini boleh la anggap extreme..

Sewa kereta, tak tahu jalan, bawa kereta ikut GPS, isi minyak cukup-cukup, gerak pagi-pagi, itu semua rutin biasa untuk student macam kitorang kalau nak berjalan. Bila dah usaha menebalkan muka untuk pinjam kereta tak berjaya, well haruslah menyewa. 

Aku tak berapa minat nak cerita keseronokkan bermain di sana. Sebab, tak boleh nak ungkap hanya dengan kata-kata pembacaan dalam blog ni. Kalau betul nak tahu, kene cerita face to face. Kene tengok reaksi muka dan gaya kitorang bercerita. Baru ar maha gempak keseronokkan journey ke sana. 

Haha.

Suka hati..






Apa yang lebih aku hargai? Bergelak ketawa dalam kereta, sesat dua tiga kali pada jalan yang sama, berbalah dalam kereta, ejek mengejek, bahan membahan. Well, serius, ini membuatkan kita lebih kenal antara satu sama lain. Selfish ke, care ke, belagak abang ke, pendiam ke, garang ke, cerewet ke, tenang ke, play safe ke. Ada saje. 



Aku berpijak pada bumi yang nyata. Memang semua tu ada di kalangan kawan-kawan. Opps, di kalangan manusia. Memang itu lumrah hakikat sifat manusia. Sekolah rendah saje aku ada 2, sekolah menengah ada 3. Kejiranan, tuisyen lagi.. Aku ada ramai kawan. So-called “kawan”.

Dan setiap kawan yang aku ada ni, aku boleh kategorikan di bawah title yang berbeza-beza. Aku tak lah hebat mana nak label-label orang. Tapi, please admit, memang setiap dari kita pun punya  hak untuk letak kawan kita pada standard yang mana.

Dan standard itu berbeza-beza. Kita tak boleh ada title kategori untuk kawan-kawan kita sama dengan orang lain. Paham ke ni? Haha.. blog aku, suka hati aku..





Bila sebut tentang kawan, aku suka beralah. Beralah ke kalah? Entah. Dengan kawan, baru aku tahu macam mana rasa ada adik beradik perempuan. Macam mana rasa ada makhluk yang punya sama sifat dengan kita. Macam mana rasa ada orang yang lebih pengemas dari kita. (Sebab kat rumah adik beradik lelaki tak berapa pemgemas..). 

Banyak kot yang aku belajar dari kawan. Daripada belajar shopping menghabiskan duit loan, sampailah jangan lupa doa makan sebelum makan and puasa sunat isnin khamis. Nak dengan tak nak buat je. Round satu Malaysia dari Johor ke Perlis lalu Kelantan pun jadi. Ke Sabah, ke HongKong, ke Kemboja, ke Singapura. Juga dengan kawan. Ah! Jangan cakap ke tempat berseronok yang lain, memang dengan kawan saje. Hahaha.. 

Apa lagi alasan untuk aku tak hargai kawan? Apa lagi alasan untuk aku khianat kawan? Apa lagi alasan untuk aku tak teruskan berkawan?

 

Tak ada..   





Selepas family yang ada ikatan darah, aku letakkan kawan. As I said, dalam kawan tuh ada banyak kategori. Tapi, selagi dalam rangkuman kawan, aku menghargai setiap perasaan. Hormat dan gelak tawa apatah lagi bermuka manis dan senyum, semua orang layak dapat dari aku.

Kawan sekelas, kawan sebilik, kawan semahallah, kawan semakmal, kawan setadika, kawan sesekolah, kawan sepermainan, kawan sekatil, kawan sekerusi, kawan sepersatuan, kawan seusrah, kawan sesocial network, kawan gaduh, kawan senyum, kawan tengok movie, kawan berjalan, kawan bergosip, kawan senegeri, kawan seuniversiti, kawan sekerja, kawan setempat praktikal, kawan sehobi, kawan ke pasar malam.. dan kawan-kawan yang lain.

Semoga berkekalan..

Dan selepas kawan-kawan perempuan ni, baru aku letakkan kawan lelaki. 

Satu makhluk tuhan yang aku kenal sejak kecil lagi. kenal? Ermm.. boleh laa…






Dan suatu hari nanti, kawan-kawan perempuan ni akan aku tinggalkan. Susah untuk aku hang out bersama lagi. Aku pasti yang itu. Sama ada aku, atau korang yang tinggalkan.. Almaklum la, nanti-nanti dah sibuk dengan suami dan anak-anak. Pasti hang out bersama kawan adalah priority yang terakhir.

 Aku paham. 


Kita sama-sama paham.

















 P/S: rasa nak letak banyak gambar, biar semua kawan aku terlibat masuk sekali... tapi apakan daya.. mungkin pada akaun flick boleh upload sume gambar.. mungkin..suatu hari nanti..~~





 

Intense Debate Comments