23 July 2012

“Jom Zohor jap”



Bukan senang.

Misi untuk mengajak solat Zohor 2 orang pekerja di tempat aku praktikal masih di bawah level gagal. Aku yang malu? Entah. 

Teringin untuk tahu alasan mereka. Aku pasti ada alasan yang kukuh. Walaupun aku sendiri tahu sifat kukuh pada alasan bukan adjektif yang boleh diterima untuk tidak solat.

Aku sedang salahkan diri sendiri. Masih berat mulut, walaupun hanya berbasi-basi mengajak solat.

Ah! Aku yang selalu mencari alasan untuk tidak mengajak.

Mampu untuk terus bersangka baik sedangkan solat bukan hal ringan.

Baik, mereka bukan penjenayah. Mereka hanya tak solat. Mereka berpuasa. Mereka tidak melakukan maksiat. Mereka juga berpendidikan.
                                               
Ini kata-kata Majdi Nadwan.

Mind of Daie - Pendakwah tidak mengeluh kepada orang yang beria-ia menyambut Ramadhan, berpuasa di siang hari setiap tahun, dan Ramadhan merupakan sesuatu perkara yang besar pada dirinya. Tetapi tidak bersolat dan tidak juga menutup aurat dengan mengatakan:

"Puasa sambut beria-iya. Tapi solat yang Allah suruh jaga dan tutup aurat tak mau pula.."
Sama dengan keadaan orang yang solat jumaat, tapi tak solat fardhu.

"Haish, solat jumaat je jadi wajib, yang lain tak buat pula.. Teruk betul.."

Tapi seorang daie berfikir,

"Macam mana nak jadikan diorang rasa solat dan menutup aurat ni wajib dan besar sama macam Ramadhan? Macam mana nak bagi diorang rasa kegempakan solat dan tutup aurat ni sama macam semua orang wajib puasa kalau tak malu sekampung?"

Begitu juga,

"Macam mana nak terapkan bagi diorang rasa takut nak tinggal solat ni sama macam takut gila kalau terlepas solat jumaat?"

:)

Berfikir dan mencari ruang. Kemudian usaha melakukan. Pemikiran seorang Daie, anda berminatkah?


Jadi, terus salahkan diri sendiri. Salah tidak mengajak, walau hanya “jom zohor jap”.

*Sigh


Mereka melayu, 

perempuan.

berpendidikan.

Aku masih tak mampu. Apatah lagi pekerja ladang yang berbangsa bangla

lelaki,

kurang berpendidikan

pendatang asing,

dan

.

.

.

.

.

.

muslim.







*Sigh





No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments