23 March 2012

Suami




….Baru aku faham ape perasaan MAK bila ayah dah takda. MAK sunyi takde tempat berborak, takde tempat nak mengadu, takde teman makan sekali. Aku asik sibuk je, Bila aku sunyi camni MAK jugak aku cari kan. Bila aku sakit MAK jugak yang datang angkat mandikan aku haritu. Hmm. Aku nak balik jumpe MAK nak teman MAK makan harini. nak teman MAK jalan2 sekejap. Nak jumpa ayah aku kat pusara dia harini, aku tahu die tunggu aku bawakkan buah tangan untuk dia harini. :'( Aku taktahu nak ungkap perasaan kat sape sekarang…..”


Ini status FB kawan aku masa sekolah menengah. Ah! Really touched! Dia lelaki, dan dia ada rasa kesian pada mak dia yang duduk seorang di rumah. Sunyi.… 

Ayah dia dah meninggal 4 tahun lepas. Dan sekarang baru dia tahu mak dia sangat sunyi tanpa suami disisi.

Dan aku pun barulah tahu yang ayah berada dirumah bukan sekarang melengkapkan definisi term “keluarga” dalam kamus. Dan juga pelaksanaan seorang ayah itu bukan sahaja mencari rezeki untuk seisi keluarga.

Ah! Memang macam tu, kita manusia ini akan lebih menghargai bila dah tiada. 

Kalau nampak pasangan yang sudah tua mesti kita tertanya-tanya, “tak boring ke dah hidup lama bersama-sama?” atau “macam mana aku nak hadap muka lelaki ni sampai tua”. Nak-nak lagi bila kita tahu yang pasangan itu adalah pilihan keluarga. Cinta selepas berkahwin.

Tapi hakikatnya, itu lebih bahagia. Selalu je aku dengar cerita, yang kalau seorang tua perempuan itu meninggal, tidak lama lepas itu, mesti suaminya pula yang menyusul. Betapa cinta itu di bawa hingga mati. Biarpun pasangan itu adalah si isteri yang suka mengomel, si suami yang suka menyepahkan baju.

Seorang isteri yang tak pernah mengeluh menyediakan air minum tiap-tiap petang untuk suami, sediakan baju tiap-tiap pagi untuk suami, menyediakan diri sendiri tiap-tiap hari untuk suami, pasti akan mula mengeluh bila tiba saat tiada lagi insan untuk diperlakukan begitu. 

Umi pernah cerita, ada seorang isteri berbangsa Punjabi baru kehilangan seorang suami. Apabila ditanya, apakah yang paling dirindunya apabila suaminya tiada lagi? Maka dia menjawab, “Aku rindu akan bunyi dengkurannya setiap gelap pagi” Ah ! kalau benar itu cinta sejati, jodoh abadi, pasti setiap sifat takkan di pandang keji…! 

Aku bukan sudah mula untuk berangan atau mengimpikan mendapat seorang suami yang sempurna. Atau mula membayangkan seorang suami yang sanggup melayan setiap tingkah bodoh aku. Atau seorang suami yang mengukirkan senyum dalam hari-hari aku. Walaupun tak salah untuk aku mula bermimpi-mimpi. 

Tapi aku lebih memikirkan umi. Aku harap ayah akan panjang umur dan sentiasa menjaga umi. Sentiasa ada untuk makan masakan umi di rumah. Sentiasa ada untuk melayan rindu umi pada anak-anak dan cucu. Sentiasa ada untuk mendengar bebelan umi. Dan sentiasa ada untuk menjaga sakit pening umi. Begitu juga sebaliknya.

Agar aku tak perlu menanggung dosa kalau-kalau aku tak mampu menjadi seorang yang boleh membahagiakan cinta kepada cintanya. Aku yakin, aku tak mampu.
  










No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments