03 March 2012

Gilmore Girls


Gilmore Girls yang anak beranak duduk kat depan


Dulu masa zaman remaja. Form three kalau tak silap memang selalu tengok drama ni.
Selalunya hari ahad, pkul 10 kat tv 3.

Well, esoknya Isnin dah start sekolah, memang ayah menjeling bila anak-anak ada depan tv time-time macam nih.

Jadi, untuk pandai-pandai hidup, dalam pukul 10 ni lah masa untuk iron baju. Selagi tak habis sitcom ni, selagi tulah duk iron baju.. kalau boleh baju untuk seminggu terus. hahah.. suka hati.

Tapi last-last aku tak habis pun tengok semua season Gilmore girls ni. Mungkin tv3 dah x supply cerita ini atau tak ada orang pun yang suka dengan cerita macam ni. Terlalu jujur tapi kadang-kadang idealistik, pada aku. Yeke? 

Kalau cerita yang berseason-season ni, kebanyakkan orang lebih popular dengan “friends”, “desperate housewife” tak pun “smallville”. Ada lagi satu cerita itu, apa+entah+nama dia, mungkin sebab aku tak suka pun tengok, so, tajuk pun tak penting untuk aku hafal. 

Tiba-tiba kawan aku kata dia layan gak Gilmore girls ni. Aku pun excited la nak cakap aku pun style gak layan cerita macam tu. 

Padahal aku dah jauh sangat ketinggalan. Cerita tu ada 7 season kot ! Entah-entah yang aku tengok kat tv3 curi-curi tu adalah dalam 10 episod agaknya. 

Anyway, aku dah copy half of those. 4 seasons. Weekend ini macam banyak menghabiskan masa depan PC je. Ah! Sampai sakit belakang kot. 

Mungkin addicted ni samalah macam orang-orang lain yang layan cerita Korea agaknya. Bila kita ada kuasa untuk tahu apa yang akan terjadi seterusnya, mesti kita terlalu terburu-buru untuk tahu.

Samalah macam dengan kehidupan kita. Kalau kita semua ada kuasa untuk tahu apa kan jadi pada diri kita, keluarga kita, masa depan kita mesti semua orang terburu-buru untuk tahu tanpa menjalani kehidupan sebenar terlebih dahulu. Kalau tak, kenapa fortune teller still boleh menanggung kehidupan dengan kerja diorang tu.

Anyway, Gilmore Girls seronok untuk di tonton untuk membaiki hubungan anak perempuan dan ibu. Berkisar tentang masalah komunikasi dalam keluarga. Dan aku rasa masyarakat kita ke arah itu, ke arah merosakkan institusi kekeluarga dengan alasan sibuk bekerja.  

Semoga aku tak macam tu, one day nanti.


Hah ! kawan aku yang tahu and gile-gile suke cerita apa+entah+nama tu dah fly untuk student exchange, Aussie. Mungkin kalau dia baca entri ni, boleh la komen dan ingatkan nama cerita tuh. Salah seorang pakatan hackers cik farahin pun, student exchange gak. Good job peeps !  










No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments