Showing posts with label praktikal. Show all posts
Showing posts with label praktikal. Show all posts

23 July 2012

“Jom Zohor jap”



Bukan senang.

Misi untuk mengajak solat Zohor 2 orang pekerja di tempat aku praktikal masih di bawah level gagal. Aku yang malu? Entah. 

Teringin untuk tahu alasan mereka. Aku pasti ada alasan yang kukuh. Walaupun aku sendiri tahu sifat kukuh pada alasan bukan adjektif yang boleh diterima untuk tidak solat.

Aku sedang salahkan diri sendiri. Masih berat mulut, walaupun hanya berbasi-basi mengajak solat.

Ah! Aku yang selalu mencari alasan untuk tidak mengajak.

Mampu untuk terus bersangka baik sedangkan solat bukan hal ringan.

Baik, mereka bukan penjenayah. Mereka hanya tak solat. Mereka berpuasa. Mereka tidak melakukan maksiat. Mereka juga berpendidikan.
                                               
Ini kata-kata Majdi Nadwan.

Mind of Daie - Pendakwah tidak mengeluh kepada orang yang beria-ia menyambut Ramadhan, berpuasa di siang hari setiap tahun, dan Ramadhan merupakan sesuatu perkara yang besar pada dirinya. Tetapi tidak bersolat dan tidak juga menutup aurat dengan mengatakan:

"Puasa sambut beria-iya. Tapi solat yang Allah suruh jaga dan tutup aurat tak mau pula.."
Sama dengan keadaan orang yang solat jumaat, tapi tak solat fardhu.

"Haish, solat jumaat je jadi wajib, yang lain tak buat pula.. Teruk betul.."

Tapi seorang daie berfikir,

"Macam mana nak jadikan diorang rasa solat dan menutup aurat ni wajib dan besar sama macam Ramadhan? Macam mana nak bagi diorang rasa kegempakan solat dan tutup aurat ni sama macam semua orang wajib puasa kalau tak malu sekampung?"

Begitu juga,

"Macam mana nak terapkan bagi diorang rasa takut nak tinggal solat ni sama macam takut gila kalau terlepas solat jumaat?"

:)

Berfikir dan mencari ruang. Kemudian usaha melakukan. Pemikiran seorang Daie, anda berminatkah?


Jadi, terus salahkan diri sendiri. Salah tidak mengajak, walau hanya “jom zohor jap”.

*Sigh


Mereka melayu, 

perempuan.

berpendidikan.

Aku masih tak mampu. Apatah lagi pekerja ladang yang berbangsa bangla

lelaki,

kurang berpendidikan

pendatang asing,

dan

.

.

.

.

.

.

muslim.







*Sigh





22 July 2012

Rakan kerja





Tempat praktikal aku, Terra Garden (Biotech) kitorang suka-suka bagi nama gelaran. Ada lebih dari 10 jugak ar nama gelaran yang boleh kira permanently melekat. Haha.. 

Dan aku masih mengambil masa untuk ingat semuanya. Atau aku macam tak nak peduli je. Sebab tu, dah masuk minggu ke 6 aku masih lagi tak ingat semua.


Sani

Mula-mula aku datang ke tempat kerja ni, dia ar paling kecoh sekali. Tak boleh nampak aku sikit, bising je. Ada je benda dia nak bising. Nasib baik ar dia terlekat di tempat dia je. Tak lah dia boleh ikut aku nak bising-bising kat aku.

Ah! Aku bukan kenal pun dia sebelum ni.

Sekarang tak lagi. Mungkin sebab supervisor aku selalu marah dia kalau dia bising-bising. Tahu pun nak diam.  

Aku pulak yang ejek-ejek dia selalu. Haha

Murry

Dia suka sorok kan selipar orang. Dengki betol!

Kalau dia dah amik selipar orang, jangan harap ar nak pulang balik. Esok memang kene beli selipar baru.

Aku amik langkah selamat. Memang awal-awal pagi sebelum masuk lab lagi aku sendiri dah sorok kan selipar aku. Aku berazam, dia takkan dapat selipar aku. Sebab semua orang kat sini dah ada pengalaman kene amik selipar dari dia.

Dia sangat gemarkan ikan. Gemuk !

Moo

Orang panggil dia Moo sebab dia ni macam lembu. Haha. Tak tahulah part mana yang macam lembu. 

Tapi tak panggil cow plak.

Kalau yang sering dibuli itu, tahulah dia. Tempang sebelah kaki. Semua nya gara-gara dibuli. Ah, kesian.

Dapat tahu, yang dia bukan dari keluarga nya. Di pungut dan di jaga.

Sebab dia ganjil, dia sering dibuli.

Sinonim.

Brownie

Dia ar paling tua di kalangan semua pekerja pun.

Masa awal-awal farm dan lab dibuka, dialah yang paling setia. Macam dah mengabadikan diri untuk Biotech Terra Garden ni.

Kesian, dia ada masalah kulit. Kulat. Selalu tergaru-garu. Macam-macam rawatan dah dibuat. Tapi tak berkesan jugak. Erm, masalah bau badan pun ye jugak.

Bekas manager farm yang sangat sayang kat dia. Dulu dia pernah sakit teruk. Hampir pada nazak. Tapi tak tahu semangat dari mana, pulih.

Blacky

Suka bersendirian.

Buat hal sendiri.

Tak usik orang lain.

Tak berminat pada popularity. #eh

Fatty

Haha.. dah nama pun fatty. Mestilah paling gemuk. Tapi gebu. Paling cantik di kalangan yang lain.

Masalah dengan aku, suka hadang kereta aku bila aku sampai. Ah! Bila kat bukit aku perlu berhentikan tayar 4 manual, itu susah.

Memalukan aku, bila aku brek mengejut dan mati enjin. Ah ! dia paling rapat dengan supervisor aku. 

Bodek lah tuh !



Yup!

Anjing-anjing di tempat kerja aku.

12 semuanya mungkin.








Intense Debate Comments