Kalau entri lepas aku kata aku
jiwa kosong. Tak tahu dan tak nak amik tahu pasal pilihan raya kampus (PRK) kat
uia ni. Tapi lepas je tahu ada re-election untuk semester kali ni, errmmm,
kenapa tidak aku terlibat sekali walau memerhati.
Ini unik. Aku tak pernah dengar
ada re-election kat mana-mana. Kalau ada re-election kat pilihan raya umum (PRU)
tu mesti sebab kematian atau pun tarik diri. Ini kampus je. Nak re-election
jugak?
Masih ramai lagi kawan-kawan aku
yang tak tahu, tak nak amik tahu, tak nak tahu dan tahu-tahu yang lain mengenai
PRK ni. Tapi sesetengah yang lain pula, PRK adalah satu event yang sangat
besar. Perlu bersatu, amik tahu, kaji..
Sebab ramai kawan-kawan aku yang
tak tahu, aku dengan sedikit ilmu pasal PRK ni berpeluang la nak jual-jual
temberang, tambah-tambah info pasal PRK.. hahaha. Suka hati.
Aku pernah tahu kalau di UM, ada
parti yang sampai dibaling telur waktu bentang manifesto umum. Sepanjang di UIA
aku pernah tahu pasal simbah cat je. Macam along pun ada. Haha..
Tapi mind set aku untuk UIA
senang je “ala uia, sah-sah dah tahu sapa yg menang”. Anggapan aku senang je
kot. Entah. Mungkin sebab sebelum kenal dan tahu apa itu PRK, abang aku dah tolong
set kan dalam kepala, kata nya “uia memang pembangkang je menang selalu. Satu-satunya
university yang pembangkang je menang”. Well, time tu aku acuh tak acuh je
dengar. Aku tak kisah sangat. Tengah pikir nak start hidup ala-ala asrama pun
dah gerun, apatah lagi nak cite pilihanraya.
Sekarang tahun empat, lebih paham
tanggungjawab pada diri, dan masyarakat. Sepatutnya ke tempat lain, tapi tunjuk
muka je sekejap curi-curi ke tempat pengumuman election. Terlambat, tapi still
rasa aura orang-orang lain. Yeke ke? ye kot.
Dikelilingi student perempuan
yang rata-rata berjubah dan bertudung labuh. Tak kurang juga berniqab. Ermm,
mula pandang diri sendiri dari atas sampai bawah. Ok, pas! Still tutup aurat
dengan sempurna. Walaupun tshirt dan seluar. Kalau siang, nampak aneh dah kami
di kelompok tu.
Selesai semua diumumkan, semua, diulangi,
semua yang ada kat situ berkumpul dan buat saf untuk sujud syukur. Aku tahu ini
perkara biasa. Haruslah sujud syukur kalau dapat sesuatu yang menggembirakan (bukan
lepas akad nikah je). Tapi, kesatuan itu yang aku kagum. Di ikuti dengan doa
dan memuji-muji ALLAH.
Mungkin aku je yang pelik. Pada mereka
ini perkara biasa. Ye, aku rasa keislaman itu ada. Fully submission itu ada
pada ketika itu. Tapi kalau masih ada orang macam aku yang rasa pelik, aku rasa
raaamai lagi yang duduk dalam bilik tak tahu apa-apa lagi pelik.
Perjuangan PRK bukan pada tinggi
nilai undi saje. Bukan pada nilai berapa yang keluar mengundi dan bukan juga
pada undi rosak. Berapa kali election pun, siapa yang menang pun, aku sebagai
student biasa, yang hanya melakukan tanggungjawab mengundi ini inginkan
perubahan dan pembelaan. Itu saja.
Andai kata yang menang si A dari
pihak yang kurang islamnya, tapi personally dia memimpin dengan penuh keislaman
aku tetap sokong. Andai kata si B dari pihak yang tinggi nilai islamnya menang,
tapi memimpin dengan tidak islamnya, maaf tiada undi dari aku.
Entri aku sebelum ini, mungkin
bukan kerana jiwa aku kosong. Kosong yang benar-benar kosong. Tapi aku saja
mengosongkan jiwa ini. Biar tak serabut dengan tipu helah dan fitnah dunia.
mereka hero-hero aku. sampai.... sampai... aku dah bersuami.. #kbai |
Jangan balas semula “pandai cakap
je, test ar bertanding”. Sangat tak adil. Memang perlu ada yang mengkritik. Dan
setiap raja itu perlu ada rakyat. Andai semua bertanding, siapa jadi rakyat? Fitrah
raja rakyat, tiada.
Semoga yang menang akan terus
berkobar-kobar. Bukan akan sibuk dengan program-program tahunan yang diwarisi.
bukan hanya sibuk dengan perwakilan pelajar ke luar kampus. Tapi focus dan
lebih faham setiap masalah pelajar. Menjadi yang tengah untuk pelajar dan
admin, membawa perubahan hingga terasa pada student yang hanya melekat punggung
di kerusi belajar.
Masih menunggu ketokohan adam
adli versi uia. Kene buang kampus bukan isu besar andai di pihak yang betul.
Once dah jadi pemimpin, sebelah
kaki di syurga, sebelah kaki di neraka. Ingat..~
Confession: aku tak mampu untuk
bertanding untuk apa-apa kerusi. Aku hanya mampu berbisik..~
No comments:
Post a Comment