Typography
25 August 2011
Solat Ultraman
Dalam video ni ada satu perihal yang aku tak percaya ada jadi kat dunia ni dalam perihal solat. Tapi semalam masa solat terawikh, aku perasan ada pak cik sorang ni yang buat ala-ala apa yang Ustaz Azhar Idrus ni cakap. Masa sebelum takbir tu, terpadang pula pasal seorang pakcik di depan tu. Terus teringat kat video yang pernah tengok ni. Pasal apa? Layan dulu video ni..
18 August 2011
Andai Kata Muda Aku Selamanya..
Sebenarnya lama dah tulis hal ni. Tapi takut ada kawan-kawan yang claim aku ni perasan ke, poyo ke atau ntah apa-apa lagi ar. Lama-lama ikut pengamatan aku, ramai je yang dah rasa situasi-situasi yang akan aku cerita ni. Mesti salah satu daripada apa yang akan aku list out nih, adalah dari golongan kita. Al-maklumalah, kalau untuk gadis-gadis tu umur lingkungan aku nih boleh buat-buat nyanyi lagu Britney spears “I’m not a girl, not yet a women”. Tapi kalau untuk lelaki, errmm…
15 August 2011
Port Dickson
Selalu kalau aku ajak kawan datang rumah, mesti kawan-kawan akan tanya semula, “apa yang menarik ada kat PD?”. Pastilah aku jawab laut kan? Laut di Teluk Kemang dan Batu 4 memang tak boleh lawan laut di tempat lain. Sama ada di Melaka, Johor atau Terengganu sekali pun. Kalau dah nama “teluk” mestilah keadaan geografinya yang sangat best. Keadaan laut yang sentiasa airnya pasang. Sentiasa tak menjadi satu kerugian untuk orang yang tinggal jauh-jauh datang ke port Dickson hanya untuk mandi laut di teluk kemang kerana air laut yang sentiasa pasang. Kalau di batu 4, agak berjudi sikit. Sebab ada masanya air akan surut nun jauh ke tengah. Tapi berkejar-kejar dengan ketam-ketam kecik pon ok what? Ketawa. Memang tak ok, sebab agak kegelian kaki terpijak pasir laut yang ada lubang ketam-ketam tuh. Tapi lokasi laut di batu 4 agak strategic kerana berdekatan dengan pasar malam dan deretan kedai yang sangat mengalu-alukan kedatangan pelancong.
12 August 2011
Vlogging?
Owh, memang bukan akulah yang akan join aktiviti bervlogging ni. Cukup sekadar berblogging tempat untuk aku melontarkan pendapat dan pandangan mahupun kritikan kepada vlogger atau hal semasa. Vlogger pertama yang aku kenal adalah Matlutfi. Kemudian barulah terdedah dengan vlogger lain. Selalunya sumber aku dapat tahu, pastilah dari FB. Bila orang duk share-share, gatal jugak tangan nak tengok. Pernah jugak layan vloggers ni sampai pkul 3 4 pagi. Macam addicted bila tengok mereka berkata-kata. Pasti ada cara dan gaya yang berbeza-beza. Tertanya jugak, “vlogger ni kalau di dunia sebenar, macam ni jugak ke?”
Subscribe to:
Posts (Atom)




