Ada orang kata “you are what you
eat”. Ada gak orang kata “you are what you read”. Aku tak percaya dua-dua. Haha..
suka hati…
Kalau kita belajar metabolism (how
energy is generated), kita tahu yang metabolism kita tak sama antara satu sama
lain.
Sebab tu, ada orang makan banyak
gile, kalau roti canai sebagai sarapan, dia kena makan dua tiga keping. Nanti time
lunch dia makan lauk ayam ada telur mata, still badan dia sekeping. Paling tak
pun, ideal lah. Kalau dia tak buat macam ni, dia akan kelaparan macam apa
entah.
Tapi ada orang makan biasa-biasa
je. Ikut macam orang lain. Sarapan roti canai sekeping, lunch nasi, lauk satu
sayur satu. Tapi still ada lemak sana sini kat badan. Hahaha. Maknanye dia kena
bersenam banyak gile.
Tapi time kecik dulu, aku
ingatkan, phrase “you are what you eat” tu, macam kalau kau suka gile makan
ayam, ko akan ada bau ayam tak pun, gelak bunyi ayam ke. Owh, sangat innocent
kanak-kanak comel.
Aku perasan aku mula suka membaca
start lepas SPM. Well, mestilah start dengan novel-novel cinta. Novel-novel
alaf 21 jadi bacaan sulung. Ah! Menyesal!
Kalau sebelum SPM, orang minta
biodata macam malulah kalau tak tulis hobi membaca, walaupun budak-budak nerd
memang tulis hobi membaca walaupun duduk mengadap tv je yang lamanya. Selamba aku
tulis, hobi aku tido. Bukan tuan punya buku tu pergi check aku kat rumah atau
soal selidik mak aku. Heh~
Tapi bila banyak baca novel cinta
ni, padahal 2 3 buah je, aku rasa tak berpijak pada bumi yang nyata. Penulis mereka
cerita ikut apa yang pembaca nak. Agak-kalau hero heroin mati hujung cerita
mesti tak laku novel tuh. Dan selalunya, mesti watak heroin yang jadi watak
utama. Yelah, pembaca ramai wanita.
Lepas novel, aku beralih membaca
buku-buku motivasi. Buku novel motivasi gempak sekali. Orang dah tahu yang
kalau aku dengan andrea hirata dah sinonim. #ehyeke? Dan aku tak jumpa lagi novel motivasi sebest
tulisan andrea hirata.
Sekarang aku ketagih novel indie.
Ketagih ke? Tak jugak, Cuma lebih preferable. Kalau aku nak mendefinisikan apa
itu novel indie, novel indie tak terikat dengan isi kandungan dan perkatan yang
digunakan pada satu-satu peraturan. Penulis bukan sapa-sapa atau dari
mana-mana. Entah-entah, murid darjah enam pun ada dalam novel indie.
Berbeza dengan buku-buku yang di
publish kan secara tak indie. Penulis siap letak, anak isteri berapa orang,
sekolah dulu-dulu kat mana, dan berapa banyak ijazah yang ada. Confirm, segala
yang dicoretkan adalah positive dan ke arah kebaikkan sahaja. Negative hanya
sebagai case study.
Kalau novel indie. Taklah menyeru
pada ke “negativ” an. Tapi, ia seolah-olah, menyatakan norma-norma kehidupan yang
real biar pun yang baik atau yang buruk. Semua jelas. Telus. Atau lantang. Tok imam
yang menzalimi isteri. Tokey starbuck yang sangat di kasihi 3 orang isteri. Keruntuhan
akhlak dan bagaimana nak runtuh kan akhlak, perangai lelaki kepada perempuan
dan sebaliknya. Semua telus.
Owh, aku tak promo novel indie
kat sini. Aku promo kat FB je. #eh?
Tapi ada satu point untuk aku
sendiri bila baca buku-buku indie.
Aku akan terikut-ikut budaya
negative dalam novel ini?
Atau
Aku dah tahu punca, rahsia atau
cara masalah social dalam masyarakat.?
Yelah, kalau kita tak tahu yang
api besar menyebabkan puding caramel kita terlalu hangus, next time kita akan
guna api yang besar juga untuk buat puding hangus.
Jati diri yang penting. Biar kau
dicampak dalam rumah yang sedang berparty mabuk, kau still prefer air tembikai laici
tanpa setitik arak, apalah sangat novel indie.
Apa aku nak cuba sampaikan, aku
tak setuju juga dengan “you are what you read” melainkan ada dalam nas-nas
al-quran.
Ermm, orang baca alquran
hari-hari, tapi still susah atau teragak-agak nak park motor kat tepi jalan sebab
nak alih ranting kayu yang halang lalu lintas. Kan? Nak-nak lagi musim hujan
ni. Still, you’re not what you read…