25 September 2012

Jiwa Kosong…



Aku tulis entri ni semasa ramai kanak-kanak UIAM yang berpusu-pusu ke experimental hall untuk tahu keputusan pilihan raya kampus 2012. Aku tak tahu kenapa semester ini macam sengit terlebih. Kempen pun macam meriah terlebih. Semua orang byk duit agaknya nak kempen sana sini.

Aku sambung tulis entri ni bila aku dah dua round menjelajah tasik maryam. Konon nak bukak FB nak check kalau-kalau yang menang kerusi ada yang aku kenal.

Ermm.. hambar, keputusan tangguh.

Nasib baik aku tak jadi kanak-kanak yang berpusu ke hall, tapi kanak-kanak yang sibuk nak ke tasik.
On the way balik dari tasik tadi, aku call kawan yang buat miss call kat aku tengahari tadi, kawan aku itu pulak, spesies kanak-kanak yang….ermm.. dalam lab. Buat eksperimen untuk subjek bio..

Aku suka kalau semua orang setuju kalau aku cakap kanak-kanak di tasik semuanya jiwa kosong. Jiwa kosong dengan politik. 

Alahai, kalau dah kosong kan jiwa dengan politik kampus, apatah lagi nanti kalau pilihanraya umum.
Dulu aku  tak begini. Aku pernah sekali tunggu di dalam hall untuk keputusan. Walhal masa itu aku baru tahun satu. Aku kenal dan aku tahu sapa yang bertanding. Aku juga pernah jadi jentera.

Sekarang tak lagi. 

Ye, jiwa kosong.

Bosan dengan manifesto-menifesto yang hanya janji kosong. Aku lansung tak berminat dengan helaian-helaian yang disisipkan di bawah pintu. Apatah lagi yang diberi dari tangan ke tangan.

Yelah..

Mungkin ada yang benar-benar ingin berjuang, bernar-benar nak kan nasib pelajar terbela. Tapi, apabila kita semakin galak bertanding dan berkempen, kita hanya memecah belahkan pelajar. Ehyeke?

Yang akan menang nanti tetap akan berada di bawah admin pihak university. Tetap harus ikut dengan procedure yang dah di tetapkan. Kadang-kadang aktiviti tahunan pun dah siap. Tinggal nak kene warisi kan je. Klise~~

Erm.. mungkin welfare banyak kerje sikit kot..

Entah..

Ye, jiwa kosong.

Semakin tiada rasa percaya pada mana-mana sumber. Tak tahu nak percaya yang mana. Orang kata kita kene kaji. Ini tanggungjawab.

Lastly, kami undi ikut member, atau pun ikut muka. Hensome dan bergaya, sedap mata memandang. Itu lah pilihan. 

Bukti jiwa kosong kan?

Suka hati..~




aku suka vid ni. santai. tapi penuh makna.. orang muda yang semakin lelah dengan politik negara..













Intense Debate Comments