24 June 2012

Industrial training












Kalau ikutkan rasa, malas je nak ngadap computer dah nak menulis blog atau melayan social network berjam-jam. Baru aku tahu apa itu keletihan bekerja.

Dari kecik aku tak pernah bekerja. Aku tak tahu rasa kena marah dengan orang atasan, manager, atau supervisor. Baru aku tahu yang kalau dapat arahan dari atasan aku kena patuh. Tak boleh tangguh dan tak boleh argue. Lagi satu, kena datang tepat pada masanya dan balik pada masanya jugak. Ah! Ini letih.

Setiap saat ada wang. Cuti kene apply awal. Tak boleh sesuka hati nak ponteng kerja.

Sangat lain keadaan masa belajar. Aku sesuka hati boleh argue dengan lecturer kalau tak setuju. Boleh lewat ke kelas. Tapi tak buat la. Boleh tak buat assignment kalau rasa tak nak buat. Senggang masa kelas walau sejam, aku boleh balik asrama untuk short nap.kini tak lagi. 

Sangat beza.

Setiap pagi, drive 20 minit untuk sampai ke tempat praktikal. Harusla untuk punch card. Pagi-pagi dah perlu ada mind set planning nak buat task apa untuk the whole day. Point ini baru aku sedar setelah masuk seminggu praktikal. Tiada lagi orang yang akan suruh kita satu-satu. Kita sendiri perlu ada inisiatif untuk buat apa setiap hari.

Yup! Tempat kerja tu kita perlu buat macam company mak bapak sendiri untuk dimajukan. Walaupun kita hanya kuli. Haha. Kuli sepenuh masa.

Baaannyyaakkk yang aku belajar daripada seminggu menjadi pekerja. Pekerja kilang mungkin. Ke ladang? Dua-dua pun boleh. 

Aku praktikal atas kapasiti seorang pelajar jurusan ijazah muda Biochemical-Biotechnology Engineering. Tapi, sekarang aku hanyalah lepasan SPM. Tak ada apa yang aku boleh banggakan. Macam-macam boleh jadi yang membuatkan scroll degree tu aku tak dapat genggam pun. Ini fakta.   

Dari sini aku sedar, kalau manager aku tu lepasan SPM je pun, tapi dia dah 5 6 tahun dalam bidang yang sama, ye, aku perlu tunduk dan patuh.

Aku belajar untuk letakkan aku sebawah yang mungkin. Menerima arahan dan kritikan. Biarpun kritikan tak membina. 

Oh, tempat praktikal aku? Hanya company tissue culture kecil yang baru memulakan perniagaan 3 tahun dulu. HQ di kelana jaya, lab dan ladang di linggi. Aku boleh tahu setiap selok belok pengurusan company. Aku juga boleh tahu scandal yang berlaku dalam company. #eh. Setiap skill yang perlu dalam lab untuk tissue culture. Dan anjing. 

Hahaha… anjing di entri kemudian.

Seronok? Hurrmm..

Ramai orang kata, kalau waktu kita belajar di sekolah, kita akan rasa seronok kalau di university. Kalau kita di university, kita akan rasa nak bekerja. Dan suatu hari nanti bila kita bekerja kita akan rasa rindu nak kembali ke zaman belajar. Haha.. manusia memang tak reti bersyukur.

Tapi sekarang aku akui. Mungkin aku baru lagi nak rasa-rasa bekerja. Tapi, sungguh aku sudah rasa rindu untuk ke kelas. Bersama kawan-kawan. Bergelak ketawa. Sentiasa ada kawan untuk berlibur.tergopoh-gopoh buat assignment. Tidur lewat untuk study last minit.

Tapi, takkan aku nak jadi seperti dinasor yang tak mahu menerima perubahan kan? 

Perlahan-lahan mengadaptasikan diri di tempat asing. Tempat yang suatu hari nanti, akhir-akhir praktikal tak lagi asing. Rindu pulak mungkin.

Aku puas, bila balik rumah aku tahu dari mana, apa dan bagaimana aku nak mulakan karier idaman aku yang tak mahu berada di bawah orang. Memulakan perniagaan keluarga berteraskan apa yang aku belajar untuk ijazah ini. insyaAllah





  

Intense Debate Comments