23 May 2012

Wordless Wednesday







Amirul Amin
Atiff Amin
Muaz Amin









muaz: kak ain, kak ain!!
kak ain : (monolog) apa la budak ni nak lagi... nak pinjam handphone aku main game la nih..
muaz: kak ain, kak ain, mane??!!
kak ain : ye..! "kak ain... kak ain..." nak mintak main game lah tuh!

muaz: x lah, ni untuk kak ain. tadi dapat time family day..
atiff: atiff pun dapat jugak. nah ! 
kak ain: terharu plak rasa.. rasuah ek?
muaz: heheh... mana ada.. :))













22 May 2012

Backpacking around Europe





Aku pernah bercerita dengan kawan aku yang aku nak sangat backpacking. Ini semua gara-gara terpengaruh dengan novel “sang pemimpi”. Ah ! andrea hirata lagi.

Dia cerita macam mana watak hero boleh survive hidup kat Europe tanpa duit yang cukup, skill yang ada boleh selamat dari mati kesejukan. Ah! Banyak betul pengaruh novel itu.

Aku pun sedar, sejak dari aku baca novel itu aku start suka melancong ke negara-negara orang. Abang aku pernah juga cakap, 

“buat apa sibuk gie negara orang, Malaysia pun tak abis jelajah lagi”.

Entah. 

Lain.

Kalau berada kat negara orang kita akan mula rasa sayang pada negara kita sendiri. Rasa sayang yang lebih. Macam mana ek nak describe? Tapi memang lain. 

Ye, kita akan compare dan contrast. Tapi, still rasa sense of belonging pada negara sendiri tu sangat.
Kalau bila comparing tu rasa negara kita kurang, kita ada azam untuk merubah, tapi bila kita rasa negara kita better, kita ada rasa bangga. Bangga yang bukan sebarangan.

Aku nak tahu budaya, aku nak tahu kebiasaan orang-orang di tempat lain. Aku nak tahu cara dan pembawakan orang lain di negara lain. Aku nak tahu makanan orang lain. Aku nak tahu pakaian orang lain. 

Kalaulah tercapai impian nak backpacking, aku tak kisah kalau tak duduk hotel lapanbelas bintang, aku tak kisah kalau tak pergi ke mall ada butik Gucci terbesar di dunia. Aku pun tak kisah kalau aku terpaksa pergi pakai kasut kulliyyah aku je. Aku pun tak kisah juga kalau aku perlu backpacking guna beg sandang aku yang dah 6 tahun ni. Haha. #miskinbetoi

Tapi, aku nak tinggalkan jejak tapak kaki aku di tepi-tepi jalan. Cap-cap jari aku tiang-tiang lampu. Aku nak baca peta di bandar-bandar kecil. Aku nak berinteraksi dengan orang-orang tempatan. Aku nak berinteraksi dengan sipenjual burger tepi jalan. Aku jugak nak terhangak-hangak kehairanan melihat bangunan dan seni bina seni ukir di negara orang. 

Aku nak jadi seperti kanak-kanak kecik yang baru melihat dunia. 

Ye, dunia yang lain. 

Bertanya itu dan bertanya ini.

Moga dengan umur yang semakin singkat ini, aku sempat menjelajah. 

Jangan pernah tanya aku, perihal tahap keinginan untuk ke tempat yang perlu diziarah penuh syarat oleh umat Islam. 

Aku tiada jawapan.

Yuna
Backpacking around Europe

We question what we are
This I spent the best so far
And I miss you
When we're apart

I... I barely even know you
You rarely do this too
I don't usually talk to strangers
Until I met you

And this feeling shall last
This feeling shall last
We are proud to know to not to know
That we are strong enough to let it go
And this feeling shall last
This feeling shall last
I could be a thousand years apart
And you always have my heart

Well this has been nice
We'll meet again sometime
But I can't promise you
'Coz I'm flying away

When I'm (on) top of some building
With the lovely view
I'll think of you

And this feeling shall last
This feeling shall last
We are proud to know to not to know
That we are strong enough to let it go
And this feeling shall last
This feeling shall last
I could be a thousand years apart
And you always have my heart


We're going that backpack intrigue
We're traveling around Europe
And 7 different languages
And learn how to say Hello
Oh will you do stop by the Eiffel Tower
We'll drive around Rome
Before we head on home

It's a small world darling
And we are still young
We might be so far away
We might just meet again someday

And this feeling shall last
This feeling shall last
We are proud to know to not to know
That we are strong enough to let it go
And this feeling shall last
This feeling shall last
I could be a thousand years apart
And you always have my heart






12 May 2012

Bukan Sahaja Boleh Di Hirup, Juga Boleh Di Baca.





Ada orang kata “you are what you eat”. Ada gak orang kata “you are what you read”. Aku tak percaya dua-dua. Haha.. suka hati…

Kalau kita belajar metabolism (how energy is generated), kita tahu yang metabolism kita tak sama antara satu sama lain. 

Sebab tu, ada orang makan banyak gile, kalau roti canai sebagai sarapan, dia kena makan dua tiga keping. Nanti time lunch dia makan lauk ayam ada telur mata, still badan dia sekeping. Paling tak pun, ideal lah. Kalau dia tak buat macam ni, dia akan kelaparan macam apa entah. 

Tapi ada orang makan biasa-biasa je. Ikut macam orang lain. Sarapan roti canai sekeping, lunch nasi, lauk satu sayur satu. Tapi still ada lemak sana sini kat badan. Hahaha. Maknanye dia kena bersenam banyak gile. 

Tapi time kecik dulu, aku ingatkan, phrase “you are what you eat” tu, macam kalau kau suka gile makan ayam, ko akan ada bau ayam tak pun, gelak bunyi ayam ke. Owh, sangat innocent kanak-kanak comel. 

Aku perasan aku mula suka membaca start lepas SPM. Well, mestilah start dengan novel-novel cinta. Novel-novel alaf 21 jadi bacaan sulung. Ah! Menyesal! 

Kalau sebelum SPM, orang minta biodata macam malulah kalau tak tulis hobi membaca, walaupun budak-budak nerd memang tulis hobi membaca walaupun duduk mengadap tv je yang lamanya. Selamba aku tulis, hobi aku tido. Bukan tuan punya buku tu pergi check aku kat rumah atau soal selidik mak aku. Heh~

Tapi bila banyak baca novel cinta ni, padahal 2 3 buah je, aku rasa tak berpijak pada bumi yang nyata. Penulis mereka cerita ikut apa yang pembaca nak. Agak-kalau hero heroin mati hujung cerita mesti tak laku novel tuh. Dan selalunya, mesti watak heroin yang jadi watak utama. Yelah, pembaca ramai wanita.

Lepas novel, aku beralih membaca buku-buku motivasi. Buku novel motivasi gempak sekali. Orang dah tahu yang kalau aku dengan andrea hirata dah sinonim. #ehyeke?  Dan aku tak jumpa lagi novel motivasi sebest tulisan andrea hirata. 

Sekarang aku ketagih novel indie. Ketagih ke? Tak jugak, Cuma lebih preferable. Kalau aku nak mendefinisikan apa itu novel indie, novel indie tak terikat dengan isi kandungan dan perkatan yang digunakan pada satu-satu peraturan. Penulis bukan sapa-sapa atau dari mana-mana. Entah-entah, murid darjah enam pun ada dalam novel indie. 

Berbeza dengan buku-buku yang di publish kan secara tak indie. Penulis siap letak, anak isteri berapa orang, sekolah dulu-dulu kat mana, dan berapa banyak ijazah yang ada. Confirm, segala yang dicoretkan adalah positive dan ke arah kebaikkan sahaja. Negative hanya sebagai case study.

Kalau novel indie. Taklah menyeru pada ke “negativ” an. Tapi, ia seolah-olah, menyatakan norma-norma kehidupan yang real biar pun yang baik atau yang buruk. Semua jelas. Telus. Atau lantang. Tok imam yang menzalimi isteri. Tokey starbuck yang sangat di kasihi 3 orang isteri. Keruntuhan akhlak dan bagaimana nak runtuh kan akhlak, perangai lelaki kepada perempuan dan sebaliknya. Semua telus.

Owh, aku tak promo novel indie kat sini. Aku promo kat FB je. #eh? 

Tapi ada satu point untuk aku sendiri bila baca buku-buku indie.

Aku akan terikut-ikut budaya negative dalam novel ini? 

Atau 

Aku dah tahu punca, rahsia atau cara masalah social dalam masyarakat.?

Yelah, kalau kita tak tahu yang api besar menyebabkan puding caramel kita terlalu hangus, next time kita akan guna api yang besar juga untuk buat puding hangus.

Jati diri yang penting. Biar kau dicampak dalam rumah yang sedang berparty mabuk, kau still prefer air tembikai laici tanpa setitik arak, apalah sangat novel indie.  

Apa aku nak cuba sampaikan, aku tak setuju juga dengan “you are what you read” melainkan ada dalam nas-nas al-quran. 

Ermm, orang baca alquran hari-hari, tapi still susah atau teragak-agak nak park motor kat tepi jalan sebab nak alih ranting kayu yang halang lalu lintas. Kan? Nak-nak lagi musim hujan ni. Still, you’re not what you read…










Intense Debate Comments