24 January 2012

Cuti-Cuti Semester



Standard lah bila dah habis exam. Entri seterusnya mesti mengenai cuti semester yang dinanti-nanti. Tapi aku pelik juga bila ada sesetengah orang yang bila time kene study, ala-ala merungut. Banyak assignment la, banyak kelas la, banyak kuiz kene studylah. Tapi bila dah cuti, kata rindu pula nak pergi kelas buat assignment.

Ah ! manusia memang tak pernah bersyukur dengan apa yang ada. #emo

Wah ! banyak sangat aku nak ceritakan mengenai start hari pertama selepas exam paper genetic aku yang aku sendiri tak tahu boleh score abjad apa.

Aku suka bila ada mood, baru lah menulis entri. Rasa macam flow gile menaip tuh. Dan pastinya menaip dengan keyboard yang aku dah biasa.

Dan pasti jugalah keyboard PC aku sendiri yang sekarang terkunci dalam loker kat UIA tuh sedangkan aku kat rumah sekarang.

Anyhow, anyway, aku nak sangat meng‘update’ blog ini dengan semua kenangan aku bercuti kali ini.

Start dari journey ke Muar melawat ibu muda bersalin, hinggalah ke negari yang nak di bina jambatan bengkok ke Singapura tak jadi tuh. Oh, macamlah Muar tuh bukan Johor kan? Suka hati.

Serius, kawan-kawan aku dah jumpa sendiri entri yang lepas. Ah! Kat FB dah start jadi bahan. Tapi, at least traffic boleh kata naik dari macam biasa.

Diorang juga yang sibuk suruh update entri seterusnya. Konon nak tumpang glemer dalam blog nih. Padahal tak seberapa je reader yang aku ada. Harap maklum. Haha.

Yup ! makan-makan adalah paling best. Sementara masih muda. Konon-konon bolehlah nak suap apa saja di mulut, tunggu dah tua nanti banyaklah kene sukat. Haha.. tiba-tiba ..

Start dari chicken chop grilled, nasi ayam mak yam, rojak buah, kacang pool, seafood kg pasir putih, nasi lemak special wak kentut  akhirnya. Semua nya berbaik !

Ah, kalau lah boleh di ulang !

Anggap je lah ni sebagai teaser atau promo untuk entri seterusnya. Heee.. :p










17 January 2012

Metal Slug



Ada member lelaki ni tanya aku, kalau-kalau aku ada installer metal slug. Aku tanya roommate aku kalau dia tahu apa itu metal slug. Huh. Memang diorang tak tahu.

Aku rasa kurang sikit kegadisan aku bila di tanya macam tuh. Tapi memang hakikatnya aku main game tuh. Aku tak ada hal je sebenarnya.

Maaf lah kalau member lelaki ni baca. Ngee…

Kalau kecik-kecik dulu, cakap je game apa yang aku main. Maksud aku permainan tradisional, pasti. 

Gasing, kereta tamiya, guli, galah panjang, rounders, baling selipar, bola tenis beracun. 

Bila senarai-senarai macam ni, rasa macam tak banyak pulak games yang aku main. Tambah sikit lagi ar.

Counter strike, Mario, metal slug, pokemon, digimon.

Ah ! Memang rindu zaman kanak-kanak. Tak pernah ada masalah. 

Tapi memang macam tu, bila kita dah bergerak ke fasa hidup yang lain, kita akan rindu pada fasa hidup yang lama. Biasa. 

Dan sekarang aku cuba untuk bersedia untuk tidak terlalu rindu pada fasa ini pada masa akan datang.
Mak aku kata, hidup kita memang macam graf. 

Bukan sekadar graf cos atau sin corak dia. Graf yang tiada ketetapan yang sama untuk semua orang. Sebab standard kita berbeza-beza dalam dunia nih.

Ada masa hidup kita sedang naik , kita belajar, dapat kerje,enjoy-enjoy, kahwin, dapat anak, naik pangkat, naik gaji.

Kemudian hidup kita mendatar, dapat anak lagi, membesarkan anak, hantar anak sekolah. Beli baju anak. Hantar anak sekolah lagi. shopping raya untuk anak-anak. 

Sangat mendatar. Buat benda yang sama untuk beberapa tahun.

Kemudian mungkin graf kita menurun sikit. Bila cubaan datang. Suami curang, anak failed belajar, kene amik report card anak-anak yang banyak merah. kita kene buang kerja.

Tapi graf tu akan naik semula bila, keadaan stabil semula. Anak sambung belajar luar Negara. Suami naik pangkat. Beli kereta baru. Rumah dah siap renovate. Anak nak kahwin. Ekonomi keluarga dah stabil, boleh melancong.

 Dan graf itu akan terus kita corakkan. Hari-hari tua kita, ada ke orang nak jaga? Kalau ada untunglah. Kalau tak ada? Mungkin graf itu semakin menjunam. 

Ini tipikal kehidupan manusia di muka bumi ni. Mungkin ada je yang graf dia menaik-naik. Kemudian terus hilang sebab pendek umur. #eh

Tapi ada jugak yang kehidupan orang yang mendatar, tapi dia happy je dengan kehidupan itu.

Ada juga orang yang hidup dia dengan graf yang mencanak naik, dan mencanak turun. Kiranya, happy sekejap, tiba-tiba terus sedih. Semua nya corak-corak kehidupan. 

Ah ! bukan ini yang aku nak tulis di awal perencangan entri tadi.

Out off topic betul !

Okbai !  




13 January 2012

Exam? Apa tuh?



Yup ! Tue yang dah abis exam tuh, jom joget sket...


\(‾‾\) \(´`)/ (/‾‾)/

\(‾‾\) \(´`)/ (/‾‾)/


120112

Habis dah final exam semester 1 aku di tahun 3. Ermm, nak masuk semester 2 tahun 3 dah.


Gusar…..








12 January 2012

Kasut Tumit Tinggi


Kalau ada baca entri aku pasal andrea hirata dan buku-buku dia tuh mesti tahu buku "Cinta Dalam Gelas".

Dalam tu ada slot macam mana seorang lelaki yang nak sangat jadi tinggi. Sampai sanggup beli produk ala-ala “smartshop” yang boleh tambahkan ketinggi beberapa cm.

Dalam cerita tuh, dia nak 2 3 cm je lagi tinggi supaya bila dia padam papan hitam kat sekolah tak perlu jingkit-jingkit. 

2 3 cm lebih tinggi supaya dia tak perlu turunkan kaki bila berhentikan basikal tua bapak dia. 

2 3 cm supaya dia nampak lebih tinggi berbanding kawan-kawan dan Ai Ling (gadis idaman) nampak kewujudan dia.

Nasib baik aku perempuan. Tak perlu beli barang ala-ala dari product "smartshop" untuk tambah tinggi. Boleh je pergi buat pembedahan lutut untutk tambah tinggi sikit. #eh

Mahu juta-juta kena bayar. 

Ye, kasut tumit tinggi.

Bukan tinggi sampai 3 4 inci. Memang tak lah. Sebab kalau tinggi sampai macam tuh, mungkin sekarang aku menaip dengan menggunakan teknologi voice recognition.

Sakit tulang belakang.

Cukup juga 2 3 cm untuk aku lebih tinggi tak perlu mendongak memandang pada kawan.

Ah ! Aku tak serendah mana. Cuma serendah orang percaya andai aku kata aku budak tingkatan 3. 
Ah !  Budak tingkatan 3 sekarang pun dah persis model tinggi tuh.

Bila aku naik komuter balik ke Seremban, selalu tak dapat duduk dan perlu memaut pada tangkai yang terjurai itu untuk stabil masa komuter bergerak. Terasa aku perlu panjangkan tangan untuk memaut bila tidak mengenakan kasut bertumit.

Bila naik scooter rasa hanya mencecahkan hujung jari kaki je ke tanah bila bila berhenti. Itu andai kata pakai selipar yang flat.

Tapi kalau bertumit, terasa seluruh kaki mencecah bumi.

Betapalah 2 3 cm itu sangat mengubah life style. Ke aku je yang rasa? Biarlah…

Tapi umi selalu kata, “belilah kasut yang bertumit sikit. Tak ada lah jalan bersepah”.

A’ah, jalan bersepah. Kira kalau bertumit sikit, jalan sedikit teratur antara sebabnya kita berjaga-jaga semasa berjalan. Gadiskan? 

Tapi diingatkan tumit yang 2 3 cm je. Bukan sampai 2 3 inci.





09 January 2012

Eh, terlupa…



Ini vlog matlutfi hasil dari compilation dari respond fans dia. A'ah, dah lama punye cerita ni. And surprisingly, vlog aku hantar menggunakan khidmat adik aku tu terpilih la sikit untuk beberapa saat dalam vlog matlutfi untuk tajuk “Made by Malaysian” 

Hasil daripada vlog ni ramai gak yang sms-sms aku..

“eh, adik ain ke dalam vlog matlutfi tuh?”

“nama adik ko aiman kan? Bapak kau Mohamed Noh kan?”

“ada sorang budak dalam vlog matlutfi tu muka macam ko ar..” (heh !)

Aku confuse gak, matlutfi yang popular ke, adik aku yang popular.. ke aku? Eh ?








A’ah beberapa saat ja slot adik aku. 

Lagu Maher Zain, “Freedom” best !   







06 January 2012

Gelabah



Ada kawan aku ni suka cakap aku gelabah. Padahal aku cool je.  Tapi ye ar, kadang-kadang bila kita malu ke, bersalah ke, dalam keadaan dengan ego yang tinggi ke, memanglah nampak gelabah sikit. Tu pun dah puas cover dah tuh.

Tak adalah gelabah sangat sebenarnya.  

Gelabah ni macam ala-ala melatah kot. Ataupun tak keruan. Ye ke? 

Pointnya nak cakap,mungkin gelabah ni macam perlakuan kita yang tak terkawal. Dalam keadaan gelabah tu, perlakuan kita kadang-kadang tanpa sedar pun kita buat. Kadang-kadang terlebih. Kadang-kadang over. Kadang-kadang terus senyap, gelabah nya pasal. Ni play safe lah.

Tapi aku tak kisah pun kawan aku nak cakap aku cepat gelabah. Sebab tengok je zaman sekarang nih, berapa raaaaammmaaaiii lagi yang lagi teruk gelabahnya dari aku. 

2 3 keping gambar kecederaan pelajar-pelajar UPSI, macam-macam andaian ada dah. Pastu ramai pulak siap emo-emo. Baru dengar cite Adam Adli kat café meja sebelah borak, terus dah update status FB kutuk sana sini. Padahal tak tahu cerita sebenar.

Macam exaggerate pula aku. Ke gelabah. Mana ada.. 

Ini antara analogi untuk orang ramai je.

2 3 keping gambar amalina che bakri tersebar, ramai betul yang emo. Ni lagi aku tak paham. Lifestyle dan pendidikan agama adalah agak personal bagi aku. Kita sebagai orang luar memang tak ada hak untuk kutuk atau mengata.

Perlu sedar hidayah hanya untuk orang yang terpilih. Nikmat ALLAH adalah untuk semua. Tak semestinya pandai dapat hidayah. 

Sebab pandai adalah nikmat. Sebab tu orang yahudi, kristian, tamil, hindu, Buddha, sawai, kadazan pun ada yang pandai-pandai.

Duk ngata kat FB atau blog, bukan friend pun dengan amalina che bakri tu. Bukannya amalina che bakri tu follow pun blog korang. 

Andai kata menasihati, biar lah sampai kepada tuannya. Jangan sampai jatuh mengumpat plak.
Jangan terlalu gelabah mencari publisiti blogger terhebat dengan menjual pendapat yang lebih kurang je.

Jangan terlalu gelabah nak LIKE dan comment yang banyak dari friend buat status terkejut dengan perangai orang lain. (baik buat statement “hot” pasal diri sendiri..ketawa sikit)

Jangan terlalu gelabah nak bagitahu semua orang yang awak tu up to date dengan current issues. 

Tanya siapa duta Malaysia kat afganistan kang tak tahu jawab pulak.

Tanya berapa banyak bom kat Palestine kang tak reti jawab pulak.

Aku rasa macam aku pulak gelabah kutuk-kutuk orang lain gelabah… alahai… 






05 January 2012

E.X.A.M


1 message received
“ain, ada tak simpan petrol dalam tong? Ingat nak sikit”

Reply
“ada je. Tapi kawan punya. Dia tak amik-amik lagi kat bilik ni”

1 message received
“owh, ada kawan ni yang ni yang nak beli sikit, dia tak ada minyak lansung”

Reply
“oo, bleh je, tapi suruh dia amik semua lah, lepas tu isi semula. Senang sikit nak kira. Lagipun bukan ain punya kan..”

1 message received
“ok, nanti tanya dia kejap. Thanks ain, muah !”

******

1 message received
“sis, saya yang nak mintak minyak sikit tuh. Sis blok mana ye?”

Reply
“owh, boleh je.blok c. Tp, tahu kan yang minyak tu bukan saya punya, tapi kalau nak jugak amik semua and isi semua. Boleh?”

1 message received
“tak pe lah sis, saya dah ada kat tempat exam”

Reply
“erkk, ok, good luck exam! Kalau nak datang lepas exam pun boleh”

Heh ~~


******

Bila tiba time exam ni buat kita serba salah nak tolong orang. Eh, ke aku je? 

Time consuming. 

Rasa macam sangat berharga setiap minit dan saat yang ada. Tolak time makan, mandi, tidur, borak, chatting, Fb lagi. ada lah tinggal beberapa jam je dalam satu hari untuk study. Bertambah teruk lagi kalau spesies aku yang study last minit.

Dan minit-minit yang ada pun bukan 100% berguna untuk masukkan maklumat dalam otak ni. Alahai….

Berazam untuk tidak study hanya last minit rasanya sejak sem 1 kat matrix lagi. Sampai sekarang dah  jadi habits, still berazam. 

Berazam berzaman jadinya.

Bila fikir mengenai study last minit ni, banyak risiko sebenarnya.

Sakit.

Emergency kat kampung.

Kematian.

Blackout.

Kebakaran.

Orang mintak tolong.

Risiko-risiko ni membuatkan baki-baki masa yang kita ada untuk study last minit tuh burn macam tuh je. Tiba-tiba kena attend exam. Nak jawab apa kat exam? Berbekalkan perhatiaan time kelas je lah. Itu pun kalau tak ponteng kelas and tak tidur dalam kelas. Alahaaii…

******

“assalamualaikum, akak, saya yang mintak minyak tadi”

(suara bangun tidur)“owh, dah abis exam dah? Meh lah datang bilik kalau nak minyak”

“haa, saya dekat depan international school ni”

“owh, ingatkan awak duduk dalam UIA je”

“a’ah, memang saya duduk dalam UIA. Saya nak pergi isi minyak, tetiba dah kering motor dah tak boleh jalan. Akak tolong hantar minyak boleh?”

“Tadi tak datang ambil minyak sebelum keluar tuh kenapa ?! Lepas tuh keluar pergilah isi ! Heish! Kat area mana nih? Depan kedai makan tu?!”

“A’ah. Dekat traffic light ni”

“Yelah, akak datang lepas solat jap lagi. Tunggu situ diam-diam. Akak pinjam motor kawan akak pergi sana”

“Terima kasih akak.”
******

Ikutkan hati memang nak sambung tidur je. Buat-buat tak ada kudrat nak pergi. Tapi sebab aku pun pernah jugak kehabisan minyak. Nasib baik ramai kawan-kawan yang boleh jadi mangsa.
Aku pikir dia junior, tak ramai lagi kawan yang bermotor.

Then, tak reti lagi nak budget minyak sampai ke tak ke stesen minyak paling dekat. Pakai redah jelah tuh.

Tambah lagi, mintak tolong pada orang yang tak kenal, memang dah tak ada usaha lain lah tuh. Silapnya ego sikit tak nak datang lepas exam tu.

Aku pulak,

“Ingat ain, ikhlaskan hati bila tolong orang nih. Kadang-kadang ALLAH saje je buat orang lain mintak tolong kat kita supaya ada kebaikkan yang ko buat untuk ALLAH balas suatu hari nanti. Mudah jawab exam contohnya.”

“Kita tolong orang, ALLAH tolong kita. Jangan risau dengan masa yang kau gunakan tuh”

Monolog….
******

(sambil senyum)

“Nah minyak, nak isi dan pulang hari lain pun boleh. Kawan akak tu belum nak guna lagi”

“Terima kasih akak”

“No prob”

******

Semoga iman terus mengetuk pintu hati…

tuk..tuk..tuk..













Intense Debate Comments