20 October 2011

Untuk Yang Rasa-Rasa Tak Nak Menyesal Belajar Engineering







Siang tadi midterm untuk subjek Genetic Engineering. Macam biasa, sebelum dan selepas exam, aku seolah-olah tak ada perasaan sangat. Nak gelabah pun tak sesuai, nak tenang lagilah tak sesuai kan? Jadi aku buat-buat cool je masuk kelas untuk exam.

Subject ni antara yang awal exam berbanding dengan subjek-subjek lain mahupun, majoring lain. Jadi feel nak midterm macam tak berapa rasa sangat. Perlu ke? Ada satu benda yang aku perlu tahu tapi aku tak ambil tahu sebelum aku betul-betul decide nak belajar engineering ni. Apatah lagi Biotechnology Engineering. Tapi, dulu aku tak kisah sangat. Tak pernah risau pun tentang apa yang akan aku lalui dan apa yang akan aku hadap selama 4 tahun di university.

Sebelum masuk university dulu, selalu lah akan dengar orang cakap,

 “di university lah tempat paling best masa remaja nanti”

“di university lah nanti korang boleh buat macam-macam”

“kat U nanti korang dah bebas, tak kisah pun nak keluar pukul berapa, balik pukul berapa”

“kat U nanti ko boleh je nak buat assignment ke, tak nak buat ke, ikut suke je. Tak de dah cikgu cikgi nak anta ke guru besar kene sebat”

“seronok time kat U nanti. Boleh pergi jalan-jalan, join program macam-macam. Dah masuk barulah dapat rasa.”

“dah tak de uniform dah kat U nanti, pakai lah baju hapa yang korang nak. Jangan tak berbaju sudah”

“masa U nanti masing-masing dah besar, tue yang memang boleh bebas”




Memang betul belakalah apa yang aku dengar sebelum aku masuk UIA dulu. Semua rumors yang aku dengar tu memang terjadi. Memang macam-macam boleh buat, memang boleh ikut suka hati je kalau-kalau tak nak buat assignment, tak nak pergi kelas. Nak-nak lagi kalau di UIA ni, untuk kulliyyah engineering, kedatangan ke kelas dah tak di ambil kira pun untuk sit for exam. Jadi, kalau satu sem tuh nak datang hari pertama kelas dengan hari terakhir kelas pun boleh je.

TAPI! Semua rumors tu bersyarat. Dan syarat-syarat tu lah yang tak dinyatakan oleh orang-orang sekeliling.

Boleh je kalau nak jalan-jalan, melancong sana sini. Tapi, kena fikir sendiri hal kewangan. Kalau setakat dapat duit PTPTN je, pandai-pandailah nak jimat sana sini. Duit kena save untuk tampung perbelanjaan jalan-jalan tuh. Kalau dah namanya “keluar” setiap meter perjalanan kena bayar. Tapi lainlah kalau mak ayah kaya raya boleh support “jalan-jalan” tu. Itu kes lain.

Yup ! tak ada dah cikgu-cikgi nak check sorang-sorang punya buku latihan. Buat kerja ke tak. Buat latihan ke tak. Lecturer pun memang tak bagi homework hari-hari. Tak payah risau. Tapi nanti kita sendiri akan sedar, yang sebenarnya betapa perlu latihan dan homework hari-hari tuh. Sebab hanya orang genius tambah bijak+cerdik+pintar ALONG je yang tak perlukan latihan atau homework hari-hari tapi score melambung-lambung dalam exam. Dan hanya dengan homework atau assignment saja yang membuatkan kita sendiri revise apa yang kita dah belajar. Dan bila dah sedar tu, barulah kita dengan sendirinya akan cari latihan sendiri untuk excel dalam exam. 

Haha. Sekarang aku seolah-olah rasa nak ada uniform sendiri untuk ke kelas hari-hari. Senang. Tak payah nak pikir nak pakai baju apa hari-hari. Tak perlu juga nak fikir, nak draw and match kan baju aku dengan tudung, dengan stoking, dengan anak tudung, dengan beg dan dengan-dengan yang lain. Tue tak masuk lagi nak kene follow the flow, yang shawl-shawl lah, high heels lah. Dan kalau adanya uniform untuk student university, aku rasa tak ada dah masalah fesyen atau pengaruh budaya barat dalam pemakaian hari harian kita. Kan..kan?

Dah lama tak tulis entri panjang-panjang.

Tulisan ini hanya reflect back apa yang aku dah lalui selama 2 tahun bergelar mahasiswa. Setiap gerak geri, tindak tanduk kita akan diperhatikan seluruh masyarakat. Bergelar mahasiswa bukan saja nak pergi jalan-jalan, bukan saja ada sikap tak buat assignment, bukan saja ada rasa benci dengan uniform sekolah. Tapi lebih dari itu. Lebih dari hal-hal kecik itu. 

Jadi mahasiswa seolah-olah kita pulak suatu hari nanti yang harus pikir “apa alternative assignment?” “apa cara nak keluar berjalan-jalan tapi jimat kos” dan sebagainya. Belum masuk lagi bab-bab yang mahasiswa ini perlu cakna dengan isu semasa, agama dan politik. Haa… ada berani nak bergelar mahasiswa?

Apa je yang terjadi di dunia ni, masyarakat anggap, mahasiswa perlu tahu. Kalau lah tiba-tiba bila di tanya tentang sesuatu perkara kemudian kita jawab 

“eh, yeke? Tak tahu plak …!” 

ha… anda bersiap sedia dengan respond 

“huh ! nama je belajar tinggi-tinggi sampai ke university, tu pun tak tahu!” 

Padahal, mana ada bilik kat hostel tv sorang satu. Ok, dunia memang tak adil.

 Mungkin tak semua mahasiswa setuju dengan apa yang tulis, tapi aku peduli apa kan? Blog aku. #eh.

Mungkin juga semua ini hanya applicable untuk mahasiswa yang belajar kos seumpama Engineering. Disebabkan kesibukkan dunia dan kesusahan belajar membuatkan sesetengah orang seperti aku tak dapat nak catch up enjoynya belajar pada masa yang sama pentingnya isu semasa. 

Dan kata-kata akhir kepada semua adik-adik yang agak-agak terhingin nak bergelar mahasiswa, nak-nak lagi dalam bidang Biotechnology Engineering, perlulah tahu bahawa, untuk score high mark dalam midterm subject Genetic Engineering, anda perlu baca+paham+menguasai+jelas SETIAP patah kata dalam buku teks “An Introduction to Genetic Engineering” third edition, tulisan Desmond S.T Nicholl.










Ok, jelas tak kat mana yang membuatkan aku ada idea untuk entri kali ini?? Sekian ~~









    

17 October 2011

Rindu itu Sakit. Sangat Sakit...


aku paling comel, sekian ~~


Permata ~Mirwana

Sunyi...selubungi malam...
Mengusik minda yang terlontar jauh...
Masih hangat terasa ...
Tangan yang membelai yang mengusik manja...
Daku damba kasihmu...
Biar jadi pedoman...
Buat penyuluh jalan kugapai impian...


C/O: Angin...kau nyanyikan lagu...
Untuk permataku...tenang selalu...
Bayu...sampaikan berita...
Daku kini ceria...aman dan bahgia...
Selimutkan rinduku bersama malammu...


Hadirlah...kau dalam mimpiku...
Agar kau selalu...ada disisiku...
Rindu belaian kasihmu...
Rindu senyumanmu...
Penawar lukaku...
Dengarkan laguku...hadiah untukmu...
Jasa dan baktimu ku kenang selamanya...


C/O: Bridge: Dikaulah cahaya...
Bila malam menjelma...
Kasihmu membawa ke syurga...
Dan redha yang Esa...





Setelah 6 minggu di perantauan, nak sangat balik rumah !! hanya kiamat akan menghalang pulangku ke rumah.. ye?











16 October 2011

Cikgu pun cari cikgu juga





Mula-mula nak letak tajuk ala-ala “bukan mudah jaga anak”,  tapi rasa macam blog mak-mak pulak letak tajuk anak ni. 

Hari selasa lepas, pengalaman pertama mengajar anak orang di rumah orang #eh. Boleh pula lecturer ni mintak tolong student untuk ajar anak dia. Subjek math dan tolong tengok-tengokkan subjek yang lain. 

 “saya  bukan tak boleh nak ajar dia, tapi tahulah kan? Bila anak sendiri ni bukan nak dengar sangat cakap kita. Kalau ada orang lain yang ajar, mungkin dia akan lebih respect dan dengar kata sikit”

“owh, betul jugak tu”

“nanti kamu boleh lah nasihat-nasihat sikit mengenai aurat ke, adap-adap belajar ke”

“insyaALLAH. Saya cuba”

Fuuhh.. konon aku nak nasihat anak orang. Diri sendiri pun tak berapa nak betul lagi nih. Setiap hari isnin selasa dan jumaat. Kalau petang-petang tu aku tak ada ke bilik, aku sedang melakukan aktiviti yang murni lah sebagai seorang pendidik. Chewah !

Masa 1st time sampai rumah tu, macam biasa lah. Rumah keluarga yang ada anak kecik. Macam-macam barang mainan sepah-sepah. Tapi barang mainan je lah. Perabot-perabot tersusun rapi je. Isteri lecturer ni suri rumah. Pastilah rumah dalam keadaan bersih dan tersusun. 

Aku rasa, aku rasa lah melalui pengamatan diri sendiri terhadap masyarakat. Bila si ibu nya tidak berkerja atau suri rumah, mesti anak-anak akan jadi sedikit manja. Ataupun memang dimanjakan. Nak-nak lagi kalau si ibu jenis yang agak rajin dan mampu untuk buat semua kerja.

Ermm… tue yang mula-mula nak buat tajuk “bukan senang nak didik anak”. Manjakan pun salah, tak manjakan pulak nanti claim kekurangan kasih sayang. Entahlah, aku yang menulis belum ada anak dan belum bergelar ibu. Mana nak tahu. Tapi sementara aku mampu memerhati, bolehlah aku belajar dari hidup orang lain. Ye tak ?




Yup ! pengalaman baru untuk aku apabila menaiki motor sendiri ke rumah orang asing untuk mencari sesuap nasi dan rezeki. Ececece… Barulah dapat rasa betapa payahnya cari duit untuk hidup bila sampai bilik maghrib-maghrib. Rasa macam dari keluarga susah gile bila terpaksa belajar sambil kerja. 

Anyway, ini yang aku pilih. Terus mencari seribu satu pengalaman sementara usia masih muda dan sihat. Aku ingin merasai inpati kehidupan pada setiap penjuru dunia, agar tiada apa pun yang mampu menghalang kesenangan aku suatu hari nanti. Ok, tetiba bersemangat sangat. Padahal ramai dah yang buat kerja-kerja ni. Lebih teruk mungkin.  


Lepas ni nak try buat apa pulak dalam hidup?


Mak ayah aku cikgu, aku pun ke pusat tuisyen juga. Anak-anak memang degil kot. (^^,) 







 

Gambar: rindu pulak dekat anak sedara sorang nih.. lama dah tak jumpa, tidur lagi kah kerje nya?











10 October 2011

Tak Semua Yang Menanti itu Menggembirakan



Sibuk dengan convocation fiesta. Salah faham sana sini. Masalah komunikasi sana sini. Overruled, overshadow, overact pun sepah-sepah. Tak tahu nak assume apa. Bila dalam satu organisasi ada yang salah ada yang betul, tapi yang salah terus melakukan kesalahan bila yang betul tak pernah nak tegur yang salah. Sigh. Tapi of course, good values and sweet memories will never fade away. InsyaALLAH..




ok, sweet.



yg paling comel yang gigi besar pakai spec tu je. sekian.



Dalam kesibukan mempromosikan program ni, umi telefon. Aku tahu, kalau umi call dalam situasi masa bukan kebiasaan, mesti nak ceritakan sesuatu yang penting, tak pun luahan rasa. Haha.

“umi pergi melawat maksu bersalin semalam. Anak perempuan. Comel ain.. rugi ain tak dapat tengok”

“yeke? Baby girl lagi tuh… alaa… tak pe lah nanti ain balik pd ain pergi lah melawat. Tapi tak tahulah minggu keberapa.. haha”

“tapi anak maksu tak sihat.”

“errkk, nape umi?”

“doc suspect dia syndrome.”

“yeke umi ? sedihnye” *baca dengan nada sayu+sedih+perlahan

“ha’ah. Mula-mula umi pelik jugak. Nape leher dia sangat lembik bila umi kendong dia. Tapi umi taknaklah assume apa-apa. Umi pun tak tahu apa tanda awal kalau syndrome nih. Tapi maksu yang bagitahu sendiri. doc bagitahu lepas dia bersalin tuh. Sekarang ni suspect jelah. Kena tengok jugak perkembangan dia nanti.”

“macam mana boleh jadi ek umi? Lagipun, kalau dalam keluarga kita tak ada pula kes-kes macam nih. Maksu ok tak umi?”

“kes ni tak kira siapa ain. Kalau tuhan nak uji tuh, sapa-sapa pun boleh kena. Maksu ok je, tapi dia sedih lah. Sebab masa mengandung, doc tak pula cakap apa-apa. Doc kata baby sihat je sepanjang 9 bulan tuh.”

“kesiannye maksu”

“tak kesian pun tak apa ain. Kenalah bersyukur. Hanya ibu yang isteimewa dapat anak yang istimewa. Tak semua ibu dapat macam ni. Anak ini akan tunggu ibunya di pintu syurga. Tak semua ibu boleh dapat tahu. Susah memanglah susah”

“yelah umi, tapikan anak pertama, sulung. Sama-sama excited tunggu ngan cucu umi tuh”

“yelah, tapi nak buat macam mana kan. Bersabarlah, pasti ada hikmah. Tu jelah mampu umi pesan kat maksu”

Setahu aku dalam arena perubatan ni, doc dah ada cara dah nak mengesan masalah syndrome dalam kandungan lagi. Agak terkejut bila dalam kes maksu aku, tak siapa pun dimaklumkan lebih-lebih lagi ibunya sendiri. Tapi pada pendapat umi pulak, mungkin doc memang tak berapa nak bagitau pada ibu yang mengandung supaya tidak terganggu emosi atau melakukan perkara-perkara yang tak sepatutnya.

Sebab kalau kat Malaysia, bayi dalam kandungan yang sihat dan tidak mengancam nyawa si ibu, dia akan terus diberikan peluang untuk hidup di dunia. Tiada alasan untuk digugurkan. Tapi, pemberitahuan awal kepada si ibu, bolehlah agaknya membuatkan si ibu bersedia mentally dan physically.






Aku tergamamlah sikit. Disekeliling aku, manusia diuji dengan berbagai cubaan. Kalau aku yang diuji? Mampu ke? Reti ke nak redha? Ini yang aku gusarkan. Mungkin juga ujian pada aku, aku sendiri tak perasan. Boleh jadi je.


Bersyukur


Redha


Sabar


Terima kasih


Maaf





Aku mahu lebih faham perkataan mudah ini.






 maksu:: sepupu sama nenek kepada ayah aku.





Intense Debate Comments