23 May 2011

Ada Kuda Pusing di Padang Bulan




Kutunggu ayahku
Akan kurayu agar mengajakku nanti petang
Nanti petang, kawan, ada kuda pusing di Padang Bulan
Ada kereta kuda
Ada selendang berenda-renda
Ada boneka dari india

Kaki Dibumi Hong Kong : Part 2




Dah lebih kurang sebulan kehilangan satu perasaan iaitu perasaan baru di tempat orang. Perjalanan ke Hong Kong semakin aku rindu bila ia semakin jauh. Mungkin jugak journey bersama kawan-kawan ke negara orang, mengalami pengalaman baru, itu yang aku rindu. Entah !

Negara orang dewasa. Itulah impression yang aku bagitahu bila orang bertanyakan tentang Hong Kong. Aku bersyukur masih ada Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Johor, dan juga negeri-negeri lain di Malaysia ni yang membuatkan kita masih menyimpan segala khazanah budaya di Malaysia ini. Aku juga bangga dilahirkan melayu. Melayu yang penuh dengan sifat-sifat ketimuran. Pemalu, peramah dan juga murah dengan senyuman adalah asset yang ada pada orang melayu malah sukar dan mahal untuk di ambil oleh budaya lain. Yup ! Takkan melayu hilang didunia ! 

20 May 2011

It is a long short cut !



Tak semua jenis short cut orang suka. Kalau naik kereta, lepas tu traffic sesak, mulalah semua orang cari short cut. Masa ni semua orang suka short cut. Tapi ada satu jenis short cut ni yang semua orang tak suka. Tapi aku tetap suka. Haha.

Semester kedua tahun dua di UIAM. Ada seorang lecturer ni, dia mengajar subjek Organic Chemistry untuk majoring biotechnology engineering. Seorang pensyarah yang mendidik. Bukan setakat mengajar sahaja. Setiap kali kelas, pasti ada je sedikit imbuhan makanan rohani untuk santapan pelajar. Satu masalah dalam kelas ni adalah, setiap kali dia insert pendrive dia dalam computer kelas, pasti virus short cut ni menular. Nak tunggu bahan mengajar je, kelas kena tunggu sampai 30 minit. Buang masa betul! Tapi, memang tak siapa tahulah macam mana nak settle kan virus ni.

05 May 2011

Saat Kata-kata Keramat Dilafazkan





Entri kali ini just nak share satu lirik lagu. Lirik yang menggambarkan permindahan atau peralihan tanggungjawab dari seorang ayah kepada menantunya.

Enjoy !

04 May 2011

Andrea Hirata : Rekaan atau Pengalaman?




Aku bermula dengan tetralogi lasykar pelangi [ Lasykar Pelangi, Sang Pemimpi, Edensor, Maryamah Karpov ]. Masa baru habis SPM, mencari-cari juga apa yang boleh dibuat sementara menunggu result spm yg akan kuar  dalam masa 3 bulan lagi. Aku pun tak tahu kenapa, masa usia itu, umie belum lagi terbuka hati nak bagi aku kerja part time kat mana-mana. Jadi aku habiskan masa dengan membaca novel.


 Apa yang membuatkan aku tertarik membeli novel Sang Pemimpi ini sebabkan testimonial nya. 


Dia Andrea Hirata, karyanya ternyata berbeza. Dia ‘bikin’ filem dengan kata-katanya. Tulisanya adalah polos dan jujur. Kemurniaan hati watak-wataknya menyentuh lubuk perasaan yang terdalam. Keperitan mereka mengejar impian membuahkan rasa sedih dan sebak. Namun kelucuan laku polos mereka menjentik senyuman dan tawa.  

–Imaen , Novelis Gurindam Jiwa, Vendetta dan Labyrinth-

03 May 2011

Sekecil-kecil Pengorbanan Ibu Bapa

home sweet home



Pejam celik, pejam celik habis dua tahun di UIA Gombak.  Tak ada lagilah cuti untuk tahun dua. Welcome third year !

Cuti  kali ini hanya ada 3 minggu, kalau aku tak daftar untuk short sem, boleh jadi cuti sampai ke bulan 9 hampir 5 bulanlah tanam anggur di rumah. Jadi, lebih baik kalau daftar untuk short sem dan habiskan masa dengan bermanfaat sikit.

Minggu pertama cuti dah dihabiskan dengan lawatan sambil belajar ke Hong Kong. Balik je rumah tak sampai 10 jam, bergerak semula ke airport untuk hantar parents aku ke umrah. Yup ! Dua minggu baki cuti  aku menghabiskan masa di rumah tanpa parents aku. Argghh, tak lepas juga rindu pada parents aku.  Dan hidup aku dirumah merangkap seorang tukang masak, tukang kebun, driver, tukang basuh baju, dan jugak tukang kemas. Complete !


Intense Debate Comments