27 April 2011

Kaki di bumi Hong Kong





20 April hingga 23 April 2010. 3 hari  di bumi Hong Kong. Berjalan di negeri orang adalah satu pengalaman yang sangat best ! bak kata abang aku, biarlah kita ke Negara mana pun, kalau dah namanye tempat orang, memanglah sangat seronok. Educational And Cultural Exchange Programme at Hong Kong, organized by Mahallah Representative Committee Mahallah Ali and Mahallah Halimatus Sa’adiah, IIUM.


16 April 2011

They are Talking About Us !


 



Hari ini secara rasminye telah tamat semsester 2 tahun 2 aku di UIA Gombak. Bila kira-kira semula hampir 4 tahun aku bergelar mahasiswi UIA. InsyaALLAH lagi 2 tahun bergelar siswazah UIAM pula.

Semakin melepasi semua peringkat-peringkat pendidkan. Begitu jugalah dengan umur yang semakin meningkat. Untuk menuntut ilmu kejuruteraan sahaja aku akan menghabiskan sekurang-kurangnya 6 tahun. Kepada yang bijak, selama 6 tahun itu akan diisi dengan ilmu sampingan. Soft skill, bahasa ke 3 atau ke 4 dan sebagainya. Maka akan keluarlah siswazah yang lengkap dengan sahsiah diri. 

Anda bagaimana?

Sebelum balik ke rumah, ayah aku singgah ke rumah kawan beliau, seorang pengusaha batik di Gombak. Terkejut juga ada orang buat batik kat Gombak ini. Ingatkan batik hanyalah di Terengganu dan Kelantan. Di pinggir kota ni ada juga orang yang masih gigih melakar dan melukis batik.

Apa yang sangat memberi kesan kepada aku adalah apabila, pakcik ini hanya mengusahakan perniagaan batik itu hanya berdua dengan isterinya sahaja. Bayangkan kalau mendapat tempahan sehingga 50 helai batik, pakcik akan melukis dan isteri nya mewarnakan. Kenapa tak ambil pekerja?

14 April 2011

Kenangan Zaman Sekolah Rendah




Entri kali ini memang dah lama terfikir nak buat, tapi asyik tangguh-tangguh sebab tak dapat feel sebenar untuk recall semula semua kenangan dulu-dulu masa zaman hingusan. Kebetulan masa blogwalking, terserempak dengan “contest Kenangan zaman sekolah rendah” yang agak menarik untuk join dan kena dengan tujuan entri. Kalau ada rezeki and dapat recall semua kenangan masa sekolah rendah dulu dengan baik, ada juga hasil entri kali ini. 


Apa bezanya zaman belajar masa kecik-kecik dulu dan zaman belajar sekarang kan? Belajar jugak. Guna pencil juga. Guna buku tulis jugak. Ada cikgu jugak. Dan yang paling penting, guna juga ABC dan 123 yang sama. Tapi mungkinlah font yang berbeza. Masa sekolah dulu, tulisan buruk, sekarang dah pandai tulis surat cinta, lawa lah sikit.  Ke gune emel je sekarang? Beratus-ratus font ada.


13 April 2011

Bila Kita DiUji






Lepas satu, satu hal yang perlu dihadapi. Ada orang kata, hidup ini hanyalah menyelesaikan masalah. Kalau kat dunia ini dah tak ada masalah untuk di selesaikan, tak perlu lah kita hidup. Entah. Aku tak tahu. Dengan suasana kampus yang semakin kosong, kegusaran result-result exam yang aku dah buat, keadaan yang berminggu-minggu dah tak balik rumah, dan cuaca yang selalu mendung. Aku bersedih.

11 April 2011

Brothers are not allOwed !

10 April 2011
Flaming steamboat (Danau)





Ok, entri kali ini adalah antara serangan hendap untuk saudara Izwan di atas entri beliau yang bertajuk Gathering Mechatronics eng. student IIUM ”. Entri jelah serangan hendap, tapi tujuan utama activity kami adalah ikhlas, jujur dan amanah untuk memupuk nilai-nilai murni dan merapatkan silaturrahim di antara kami: pelajar perempuan tahun dua Biochemical-Biotechnology Engineering IIUM. 

 

10 April 2011

Geng Kapak




Masa mula-mula nak start blogging pikir jugak,kata ganti diri apa yang sesuai ni. Kau aku ke, atau saya awak. Kata ganti pun bawa pening. Tapi, aku rasa untuk keselesaan aku sendiri, aku lebih selesa guna “aku”.

Dulu Cikgu tuisyen add math aku pernah cerita pasal perkataan “aku” ni. Dia kata perkataan “aku” ni untuk yang paling rapat dengan kita je. Contoh nye kalau kita cakap dengan diri kita sendiri. Ada tak kita cakap macam ni 

“kenapa apa yang saya buat semua tak menjadi ni?” 

kat diri kite sendiri? Tak pun

 “saya rasa saya rindu kat mak saya” 

monolog sendiri? Tak..kan? Mestilah kita selalu monolog guna word “aku”. Lagi satu yang cikgu aku cerita, “aku” ni untuk tuhan kita. Kalau kita berdoa, mesti kita doa macam ni 

“ya ALLAH, berikan aku ketenangan hati”

Atau

“ya ALLAH, kurniakan aku kebahagiaan di dunia dan di akhirat”

Kan?

Cuba sesekali kita berdoa guna word “saya”. Ermm, korang trylah sendiri berdoa lewat solat guna perkataan saya. Mesti macam pelik sikit.

08 April 2011

Mereka kata kami sama.. Yeke??!!





Bila nak makan teringat kat dia.
Bila nak sujud terakhir solat, teringat kat dia.
Bila nak start buka buku teringat kat dia.
Bila nak tidur pun teringat kat dia. 

Eish! Leceh !

07 April 2011

Awak dah Usik Hati Saya !






Ada ke patut time-time exam ni, nak usik-usik hati orang. Memang tak patut. Macam manalah aku nak fokus untuk 2 paper lagi ni. Eish ! Bila nak start study je teringat kat dia. Betapa dia sangatlah mempengaruhi hidup aku dua tiga hari ini. Dulu ada jugak orang yang buat macam ini. Tapi bukanlah waktu exam. Yes, I need to be extra focus during exam period. Tapi, nak buat macam mana. Sapa suruh layan movie time-time exam ini. Ermm…huhuhu.. 3 Idiot !

Aku memang selalu ketinggalan. Dulu masa Transformers dah berabad keluar wayang, aku barulah terkedek-kedek nak impress dengan cerita tu. Bila aku punyalah excited nak cerita kat member-member betapa aku kagum dengan cerita 3 Idiot tuh, member-member aku macam dah malas nak dengar. Dah basi kononnya. Haha. Tak apalah, aku bukannye kaki wayang yang nak pergi first show setiap movie.

05 April 2011

IIUM vs UIAM







Untuk pengetahuan semua orang, International Islamic University Malaysia (IIUM) adalah tempat yang sama dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Entri kali ini just nak share semua gambar coincidently aku capture bila aku menunggu. Yes, perkara yang paling aku tak suka adalah menuggu orang. Tapi terubat bila aku leka capture gambar. Guna camera handphone je. No DSLR, ok. Kebanyakkan gambar di lokasi Kuliyyah Of Engineering. So, enjoy !


04 April 2011

Jodoh: Talk about Jodoh? Eiiuuwww….!





28 March 2011
“Kau nak tahu, ada seorang budak pharmacy kat UIA kuantan dah kawin cuti hari tu. Batch kita kot. Suami dia gune orang tengah je message tanya available ke tak. Dia jawab simple je, kalau elok agamanya, saya nak mula istikharah.”

29 March 2011
“Undangan majlis kesyukuran sempena perkahwinan …” ok, yang lelaki batch aku, yang perempuan junior kat matric.

30 March 2011
Sony Erricson T707
New message received…
“Salam. Korang tahu, minah(bukan nama sebenar) nak nikah bulan 6. Masa cuti panjang nanti. Dia dah jemput korang belum?”

31 March 2011
Sony erricson t707
New message received….
“Ain, umie nak bagi tahu ni kak Wani, (sepupu) nak kawin dah bulan depan. Tapi nikah gantung lah. Hah, weekend nie Hasbul (sepupu yang lain) nikah, balik tak?”


02 April 2011

Dakwah : Aku bukan budak surau ! Usrah apatah lagi !




Payah ke nak berdakwah ni? Kalau orang suruh aku bagi kata-kata mudah pasal dakwah, aku nak cakap macam nih. “Kadang-kadang kita dah berdakwah tanpa sedar !” sebab itulah tanggungjawab berdakwah ni jatuh pada semua umat Islam kat dunia ini. Tak terikat pada tok imam ke, orang arab ke, tok siak bentang sejadah ke, budak IRK (Islamic Revealed Knowledge) ke,  ustaz ustazah ke, makcik cuci toilet ke, mak cik ngajar ngaji kat kampong ke, atau orang-orang tua yang ulang alik pergi surau tu je. Jatuh pada bahu semua orang Islam.


Intense Debate Comments